Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehErlin Pranoto Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Sedia buku nota.. Salin…sambil salin sambil dengar penerangan guru……hari ini gambar tidak perlu lukis……okkkkkkkk Jangan bising???
2
WARNA
3
Roda warna
5
Pengenalan Warna Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu. Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
6
Warna Asas Warna asas ialah: merah, biru dan kuning
Warna asas atau warna primer Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain. Tujuan : poster, logo, lencana
7
Warna Sekunder warna sekunder (warna kedua) ialah:
jingga, ungu dan hijau Dicipta daripada campuran dua warna asas. WARNA ASAS + WARNA ASAS = WARNA SEKUNDER Campuran menghasilkan warna sekunder a. merah + kuning = JINGGA b. merah + biru = UNGU c. kuning + biru = HIJAU
9
Warna tertier Terhasil daripada campuran warna asas dan warna sekunder
Campuran warna tertier warna asas + warna sekunder = WARNA TERTIER Contoh campuran: a. biru + ungu = biru ungu b. biru + hijau = biru hijau c. kuning + jingga =kuning jingga d. kuning + hijau =kuning hijau e. merah + jingga =merah jingga f. merah + ungu = merah ungu
13
Warna neutral Warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas, sekunder, dan tertier. Terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-dua warna. Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya
14
Nilai warna
15
Nilai warna : Ton warna Nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperolehi melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau hitam. Warna yang di campur dengan warna hitam akan jadi ton gelap manakala warna yang di campur dengan warna putih akan lebih cerah.
17
Nilai warna : Kroma Ialah nilai ukuran warna
Terhasil dengan campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu. Merah jingga kuning
18
Gubahan Warna
19
Gubahan Warna : warna sewarna
Menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom Campuran warna putih kelihatan cerah dan warna hitam menghasilkan warna gelap.
20
Gubahan warna : Warna Harmoni
Warna harmoni ialah kumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna. Mempunyai hubungan warna, ton, suhu warna yang sama. Warna harmoni dikenali sebagai warna sekeluaga.
21
Gubahan Warna : Warna Penggenap
Merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yang saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga di kenali sebagai warna “complementary” Contoh warna penggenap ialah: Merah –hijau Kuning-unggu Biru- jingga
22
SUHU WARNA
23
Suhu Warna Ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk
24
Suhu warna : warna panas
Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi. Warna ini memberikan kesan yang terang dan garang seperti api serta merangsang pandangan. Contoh : merah, kuning, jingga dan hijau kuning
25
Warna panas dan sejuk
26
Suhu warna : warna sejuk
Warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah. Warna sejuk memberikan kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan mata memandang. Contoh : biru, unggu, hijau, dan biru hijau
27
Ok jadi salin. Hari ni tamat pembelajaran di sini…jumpa lagi.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.