Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Bab 13 Manipulasi Fail.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Bab 13 Manipulasi Fail."— Transcript presentasi:

1 Bab 13 Manipulasi Fail

2 Fail Input dan Output Input dan output piawai bagi aturcara C ialah papankunci dan paparan (monitor) Input juga boleh diterima dari fail, dan output boleh ditulis ke dalam fail  fail data Terdapat dua jenis fail data : fail teks dan fail binari Setiap fail teks diakhiri dengan aksara akhir-fail (end-of-file) <eof> Setiap baris diakhiri dengan aksara baris-baru <newline> Contoh: Fail ini adalah fail teks.<newline> Ia terdiri dari dua baris. <newline> <eof>

3 Membuka dan Menutup Fail
Penuding fail digunakan untuk membuka, menutup, dan merujuk kepada tempat tertentu dalam fail input dan output Sintaks pengisytiharan penuding: FILE *nama_penuding; Fail input dan output perlu dibuka sebelum boleh digunakan ( baca/tulis ) Sintaks membuka fail: nama_penuding = fopen(nama_fail, mod_capaian); Fail juga perlu ditutup selepas digunakan Sintaks menutup fail: fclose(nama_penuding);

4 Membuka dan Menutup Fail
Contoh: FILE *fmasuk, *fkeluar; : fmasuk = fopen(“Pelajar.dat”, “r”); fkeluar = fopen(“Keputusan”, “w”); fclose(fmasuk); fclose(fkeluar); Nama_fail boleh terdiri dari rentetan nama fail itu sendiri atau pembolehubah rentetan Contoh menggunakan pembolehubah rentetan: FILE *fin; char fail_input[ ] = “Pelajar”; fin = fopen(fail_input, “r”);

5 Membuka dan Menutup Fail
Mod_capaian menyatakan operasi yang boleh dilakukan terhadap fail yang dibuka Mod Maksud “r” hanya untuk dibaca (read) “w” hanya untuk ditulis – bermula dari awal fail (write) “a” hanya untuk ditulis – bermula dari akhir fail (append) “r+” untuk kemaskini – baca dan tulis “w+” untuk kemaskini – cipta, baca, dan tulis “a+” untuk kemaskini – baca keseluruhan fail, atau tulis dihujung fail

6 Membuka dan Menutup Fail
Sekiranya proses membuka fail berjaya, penuding akan merujuk kepada baris pertama dan aksara pertama dalam fail yang dibuka Jika tidak, penuding tidak menunjuk ke mana-mana, juga disebut sebagai bernilai NULL Untuk mengelak ralat yang serious, aturcara perlu ditamatkan sekiranya terdapat fail yang gagal dibuka Maka, segmen berikut penting: fin = fopen(“data”, “r”); if ( fin == NULL ) { printf(“Terdapat ralat semasa membuka fail data\n”); exit(1); }

7 Menulis ke Fail Teks – fprintf()
Sintaks: fprintf( nama_penuding, format_output [ , senarai_nilai] ); Contoh: fprintf( fout, “d%”, nom); putc() digunakan untuk menulis satu aksara ke dalam fail Sintaks putc(): putc(aksara, nama_penuding); putc(‘q’, fout); atau putc(aks, fout); yang mana aks adalah pencam pembolehubah yang menyimpan suatu nilai aksara fputs() digunakan untuk menulis satu rentetan ke dalam fail Sintaks fputs(): fputs(rentetan, nama_penuding); fputs(“baris pertama”, fout); atau fputs(baris, fout); yang mana baris adalah pencam suatu rentetan atau nama suatu tatasusunan aksara

8 Membaca daripada Fail Teks – fscan()
Sintaks : fscanf(nama_penuding, format_output [ , senarai nilai ] ); Contoh: fscanf(fin, “%d %c”, &matrik, &gred); Membaca satu aksara dari fail  getc() Sintaks getc(): pembolehubah_aksara = getc(nama_penuding); while ( (aks = getc(fin) ) != EOF ) { : } Membaca satu rentetan dari fail  fgets() Sintaks fgets(): fgets(pubah_rentetan, pjg_maks_rentetan, nama_penuding); while ( (fgets(nama, 30, fin) ) != NULL ) {


Download ppt "Bab 13 Manipulasi Fail."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google