Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 5 Pemajuan Proses.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 5 Pemajuan Proses."— Transcript presentasi:

1 UNIT 5 Pemajuan Proses

2 Pemajuan Proses Prof. Madya Dr. Jegak Uli

3 Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:
Memahami peranan proses dalam menghasilkan kepimpinan persaingan. Memahami ciri-ciri penting proses perkhidmatan dan pembuatan. Mengenal pasti elemen penting dalam pengurusan proses. Memahami langkah utama melaksanakan pemajuan proses. Memahami beberapa teknik pemajuan proses.

4 Enam Langkah Untuk Pemajuan Proses
Model pemajuan proses yang diberi di bawah membentangkan enam langkah utama yang perlu dilakukan untuk pemajuan proses (Lihat Gambarajah 4). Model ini memperkenalkan satu pendekatan yang sistematik dalam mengaplikasikan pengurusan kualiti untuk mana-mana jenis proses.

5 Gambarajah 4: Model Pemajuan Proses (Sumber: Tenner & DeToro, 1994)

6 Tentukan masalah Tentukan masalah dalam konteks proses – mulakan pemajuan proses dengan menentukan sistem-sistem yang terlibat supaya daya usaha boleh ditumpukan kepada proses-proses tersebut sahaja.

7 1. Tentukan masalah Di antara aktiviti yang harus dilakukan termasuk:
Kenal pasti output. Kenal pasti pelanggan. Tetapkan kehendak atau keperluan pelanggan. Kenal pasti proses-proses yang menghasilkan output tersebut di atas. Kenal pasti pemilik proses tersebut.

8 2. Kenal pasti dan dokumentasikan proses
Langkah kedua ini memerlukan semua langkah dalam proses dihuraikan secara bertulis dengan menggunakan istilah yang senang difahami serta dibantu oleh gambar atau model (biasanya carta alir).

9 2. Kenal pasti dan dokumentasikan proses
Carta alir (flow chart) biasanya digunakan dalam menghuraikan langkah-langkah dalam proses tersebut.

10 2. Kenal pasti dan dokumentasikan proses
Carta alir boleh membantu dalam melakukan empat aktiviti pemajuan proses berikut: Kenal pasti pemilik proses sama ada nama, kedudukan atau jabatan/bahagian/unit. Senarai semua pemilik proses dengan kefahaman bersama tentang setiap langkah dalam proses dan juga tanggungjawab mereka. Kenal pasti langkah yang tidak cekap, membazir dan berulang-ulang. Sediakan satu rangkakerja untuk mendefinisikan proses pengukuran

11 3. Ukur prestasi Pengukuran prestasi proses mestilah objektif dan ia boleh dilakukan dengan menilai parameter berikut: Kepuasan pelanggan. Keperluan dan kehendak pelanggan. Output dihasilkan sebenarnya – kecekapan (capability). Kos kualiti (kos untuk membetulkan atau membaiki ralat atau kerosakan disebabkan variasi proses).

12 4. Faham kenapa Faham kenapa – Peralatan klassik analisis statistik dan kualiti (seperti analisis pareto, analisis sebab dan kesan, histogram dan carta kawalan) boleh digunakan untuk memahami sebab-sebab utama wujudnya perbezaan atau varaisi dalam prestasi proses dan juga kecekapan proses. Apakah penyebab bersama variasi? Apakah penyebab khusus jika ada? Apakah kecekapan proses?

13   5. Cipta dan ujian idea Mencipta idea untuk pemajuan proses bermula di langkah ini. Idea yang dicipta mesti dapat menyelesaikan sebab utama masalah yang telah dikenal pasti dalam langkah yang pertama.

14 5. Cipta dan ujian idea Idea yang dicipta mesti menjalani ujian sebelum dilaksanakan secara besaran untuk menilai keberkesanannya dari segi penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.

15 6. Laksanakan penyelesaian dan nilai
Rancang dan laksanakan pemajuan proses yang telah dikenal pasti dan diuji dalam langkah no. 5 di atas. Langkah ini akan teruskan pengukuran dan penilaian keberkesan dan prestasi proses yang telah ditingkatkan. Akhir sekali, balik kepada langkah no. 1 untuk memulakan pemajuan proses yang seterusnya.


Download ppt "UNIT 5 Pemajuan Proses."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google