Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 13 : SOLAT-SOLAT SUNAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 13 : SOLAT-SOLAT SUNAT"— Transcript presentasi:

1 BAB 13 : SOLAT-SOLAT SUNAT
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 13 : SOLAT-SOLAT SUNAT

2 SOLAT RAWATIB Ia adalah solat sunat yang mengiringi solat fardu:
2 rakaat sebelum Subuh 2 atau 4 rakaat sebelum Zohor 2 atau 4 rakaat sesudah Zohor 2 atau 4 rakaat sebelum Asar 2 rakaat sebelum Maghrib 2 rakaat sesudah Maghrib 2 rakaat sebelum Isyak 2 rakaat sesudah Isyak 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

3 SOLAT TAHAJUD DAN WITIR
Solat tahajud ialah solat yang dikerjakan waktu malam antara waktu Isyak dan Subuh, sekurang-kurangnya dua rakaat. Solat witir ialah solat sunat di akhir malam. Hukumnya sunat muakkadah. Dinamakan witir kerana bilangan rakaatnya ganjil iaitu paling sedikit satu dan paling banyak sebelas 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

4 SOLAT DHUHA DAN TAHIYATUL MASJID
Solat Dhuha dibuat waktu pagi kira-kira minit selepas matahari terbit hingga sebelum Zohor. Rakaatnya paling sedikit dua dan paling banyak dua belas. Apabila seseorang masuk masjid, maka sunat baginya solat dua rakaat sunat tahiyatul (menghormati) sebelum ia duduk di dalamnya. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

5 Solat Terawih Klik Di Sini (Solat Terawih) 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

6 SOLAT TERAWIH Ianya bermaksud ‘rehat’. Pada asalnya penduduk Mekah solat empat rakaat kemudian berehat dan bertawaf kemudian solat lagi. Begitulah seterusnya. Sebanyak lapan rakaat dengan salam setiap dua rakaat. Waktunya selepas solat Isyak hingga terbit fajar di bulan Ramadhan. Kelebihannya: akan diampunkan dosanya yang lalu. Hukumnya sunat muakkadah dan dibuat secara sendirian atau berjemaah. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

7 SOLAT HARI RAYA Hukumnya sunat muakkadah samada secara bersendiri atau berjemaah. Waktunya di antara terbit matahari hingga tergelincirnya. Caranya: dua rakaat dengan bertakbir pada rakaat pertama selepas doa Iftitah sebelum Al-Fatihah sebanyak tujuh kali, dan pada rakaat kedua sebanyak lima kali. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

8 CARA SOLAT HARI RAYA Selepas Al-fatihah disunatkan membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan surah Al-Qamar pada rakaat kedua. Selepas solat sunat membaca dua khutbah bagi yang berjemaah. Sebelum berkhutbah sunat bertakbir sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah kedua. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

9 اللهُ أَكْبَرُ وَلِلّهِ الْحَمْدُ
TAKBIR HARI RAYA Pada Hari Raya Aidilfitri, takbir dibaca dari terbenamnya matahari hingga imam berdiri untuk mengerjakan solat Aidilfitri. Pada Hari Raya Aidiladha, takbir dimulai dari subuh pada hari Arafah hingga solat asar pada hari Tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Lafaz takbir dibaca 3 kali: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلّهِ الْحَمْدُ 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

10 TAKBIR HARI RAYA Selepas itu baik ditambah dengan lafaz: اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. لاَ إلَهَ إِلاَّ اللهُُُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ. لاَ إلَهَ إِلاَّ اللهُُُ وَاللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. Klik Di Sini (Harap hadkan masa tayangan video dalam 3 – 4 minit) 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

11 SOLAT GERHANA Gerhana bermakna hilang cahaya. Ia terjadi apabila matahari, bulan dan bumi terletak pada garis lurus. Terdapat dua jenis gerhana: Gerhana bulan dan gerhana matahari. Hukumnya sunat muakkadah. Caranya: dimulakan dengan takbiratul ihram, niat, membaca Al-Fatihah, rukuk, bangun untuk membaca Al-Fatihah, rukuk, iktidal, sujud. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

12 CARA SOLAT GERHANA Disunatkan baca surah Al-Baqarah pada berdiri yang pertama. Jika tidak hafal, baca kira-kira sepanjang surah tersebut. Membaca 200 ayat dari surah tersebut pada berdiri kedua. Membaca 150 ayat pada berdiri ketiga. Membaca 100 ayat pada berdiri keempat. Disunatkan dua khutbah selepasnya. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

13 CARA SOLAT GERHANA 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

14 SOLAT ISTISQA’ Ertinya memohon curahan air/hujan dari Allah ketika memerlukan. Hukumnya sunat muakkadah. Sebelum imam keluar, hendaklah dia menasihati para Muslimin akibat keingkaran dan supaya bersedekah dan bertaubat. Hendaklah ia menyuruh berpuasa 3 hari berturut-turut, kemudian pada hari ke4 keluar dengan berpakaian biasa untuk bersolat. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13

15 SOLAT ISTISQA’ Apabila keluar, imam solat dua rakaat dengan takbir seperti solat hari raya. Lalu berkhutbah dua kali, memohon keampunan pada khutbah pertama sebanyak 9 kali dan 7 kali pada khutbah kedua. Setelah itu, semua jemaah memindahkan selendangnya iaitu diletakkan yang kanan ke kiri begitu juga sebaliknya, sambil berdoa yang dibaca imam dan diaminkan makmum. 2007 KBM 1 FIQH BAB 13


Download ppt "BAB 13 : SOLAT-SOLAT SUNAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google