Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHamdani Budiono Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kursus: BBM 3203 Tatabahasa Melayu Kredit: 04 (3+1) Pensyarah: Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh B. Lett. (Hons) & Dip. Ed., M.S., Ph.D. Bidang: Tatabahasa, Linguistik Terapan Pelajar: Program Bacelor Sastera (B.A.)
2
Pengertian Tatabahasa,
MINGGU 01 Pengertian Tatabahasa, Tatatingkat Bahasa dan Jenis Tatabahasa
3
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: memberikan pengertian tatabahasa menerangkan tatatingkat tatabahasa menyenaraikan jenis tatabahasa dan mengenal pasti cirinya.
4
TATABAHASA Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur jati yang ideal.
5
PENDAPAT TENTANG TATABAHASA
Sistem bahasa yang mengandung morfem dan penyusunan morfem. Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang berasaskan fungsi dan tindak balas Pernyataan jelas tentang ikatan asas yang dibenarkan Alat untuk menghasilkan ayat yang betul dan tidak terbatas Sistem rumus yang terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas Proses penglahiran idea dan penyusunannya
6
PENGERTIAN TATABAHASA
Seperangkat (paradigma/paradigm) pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun. Salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. Etika berbahasa, betul - salah, tepat - kurang tepat, baik – tidak baik bahasa yang digunakan ketika berbahasa. Contoh: > Pakaiannya anggun > Pakaiannya adalah anggun > Pakaiannya ialah anggun > Suaminya akan balik Pahang > Suaminya akan balik ke Pahang > Dia masuk tanpa memberi salam > Dia masuk dengan tidak memberi salam
7
SISTEM, FUNGSI DAN TUGAS TATABAHASA
Pernyataan dan definisi tatabahasa itu menunjukkan bahawa tatabahasa (kumpulan sistem) itu perlu dipatuhi untuk mewujudkan bahasa yang baik (tepat dari segi makna), dan indah (dari segi struktur) demi menjamin kemantapannya. Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna, atau darjah penggunaannya, tetapi berasaskan bentuk ujaran, dan ketuntasan maknanya. Tugas penting tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Oleh itu, tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari.
8
RUMUSAN PENGERTIAN TATABAHASA
Ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis, yang bersifat nalar (pertimbangan tentang baik buruk) dalam sesuatu bahasa. Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk, dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa, dan pengaruhnya terhadap makna kata. Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat, dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.
9
TATATINGKAT TATABAHASA
AYAT: Unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat. KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa. KATA: Morfem atau gabungan morfem, unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. MORFEM: Unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian.
10
Tatabahasa Formal Cirinya ialah:
Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik Berdasarkan tatabahasa huraian/deskriptif
11
Tatabahasa Deskriptif
Cirinya ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis Kemungkinan itu juga berasaskan ciri bahasa itu
12
Tatabahasa Nosional Cirinya ialah:
Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna dan rasa Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya Berdasarkan kesejagatan bahasa Berdasarkan struktur yang ideal Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna
13
Tatabahasa Preskriptif
Cirinya ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman
14
Tatabahasa Tradisional
Cirinya ialah: Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain. Bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden.
15
Tatabahasa Bebas Konteks (Contex – Free Grammar)
Jenis Tatabahasa Struktur Frasa Rumus Tulis Semulanya seperti X Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X
16
Tatabahasa Fungsian (Functional Grammar)
Berdasarkan pandangan pragmatik Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia (pragmatik = pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa dalam lakuan komunikasi)
17
Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar)
Dipelopori oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi
18
Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar)
Tatabahasa khusus untuk kegunaan guru bahasa Berasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran: > bahasa ibunda > bahasa pertama > bahasa kedua > bahasa asing
19
Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar)
Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa Penekanan terhadap Teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi, dan Kolokasi
20
Tatabahasa Stratifikasi (Stratificational Grammar)
Diperkenalkan oleh S. M. Lamb pada tahun 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular tahun 1960-an
21
Tatabahasa Struktural (Structural Grammar)
Bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur itu juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya
22
KESIMPULAN Tatabahasa ialah penyataan umum tentang sifat nalar dan tidak nalar dalam sesuatu bahasa, khususnya tentang peraturan, kaedah dan sistem bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis Tatatingkat tatabahasa bermula dengan morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat Antara jenis tatabahasa ialah tatabahasa formal, deskriptif, nosional, preskriptif, tradisional, bebas konteks, fungsian, transformasi generatif, pedagogi, sistemik, stratifikasi, dan struktural (nalar = pertimbangan tentang baik buruk; akal budi)
23
KATA BIJAK PANDAI SEKERAS-KERAS HATI, PASTI BISA DILULUHKAN DENGAN MANISNYA SENYUMAN. OLEH ITU, KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN, LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.