Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI"— Transcript presentasi:

1 UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI

2 KEWARTAWANAN EKONOMI Wartawan ekonomi adalah bidang kewartawanan yang memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat pembangunan dan perancangan ekonomi negara kepada masyarakat untuk turut serta dan menjayakan misi negara untuk pembangunan ekonomi.

3 Wartawan pembangunan ekonomi ditugaskan mengubah pengetahuan dan pemikiran masyarakat supaya menjayakan perancangan pembangunan ekonomi Negara.

4 PERANAN WARTAWAN EKONOMI

5 Bermula tahun 1970-an, apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan, wartawan ekonomi berperanan menyebarkan matlamat DEB untuk:- Mencapai perpaduan dan integrasi nasional dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan seterusnya memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi Negara.

6 2. Wartawan turut mengiklankan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tanpa mengira kaum. Hal ini telah berjaya menarik masyarakat untuk membantu membangunkan ekonomi negara selain menghindarkan cetusan perbalahan antara kaum

7 Kini, apabila Negara semakin maju peranan wartawan ekonomi masih diperlukan untuk:-
Wartawan merupakan orang tengah yang melaporkan hasil pembentangan bajet dan sentiasa mengemas kini laporan Pembentangan Bajet serta isu-isu berbangkit dari masa ke semasa. Wartawan juga bekerja keras dalam mengeratkan persepakatan serta hubungan baik negara dengan negara luar dalam kerjasama ekonomi. Malaysia akan menjadi tuan rumah dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Mesyuarat tersebut disertai oleh kumpulan wartawan yang akan menyampaikan maklumat keputusan mesyuarat ini secara terus kepada masyarakat di Malaysia

8 Menurut Herbert (2000), format menulis berita ekonomi:
1. Terangkan sebaik mungkin istilah ekonomi. 2. Jadikan statistik dalam bentuk ayat. 3. Nyatakan kesan berita kepada pembaca. 4. Serta ilustrasi yang releven seperti graft, foto supaya pembaca lebih faham. .

9 Politik: Kesatuan yang mengurus
KEWARTAWANAN POLITIK Perkataan politik berasal dari bahasa Yunani iaitu Polistaia. Polis bermaksud kesatuan masyarakat yang mengurus diri sendiri/berdiri sendiri (negara). Taia bererti urusan Politik: Kesatuan yang mengurus

10 Berpandukan definisi tersebut menunjukkan bahawa wartawan politik merupakan kesatuan yang mengurus kesedaran masyarakat terhadap perlbagai isu terutama yang melibatkan politik dan pembangunan. Apa sahaja berita yang berkaitan dengan politik dilaporkan oleh wartawan akan merangsang pemikiran masyarakat.

11 Tanpa wartawan, masyarakat memang sukar untuk mendapatkan maklumat yang terkini. Dalam akhbar, biasanya isu politik banyak dilaporkan kerana ia mempunyai kesan yang sangat besar terhadap pentadbiran negara. 

12 Menurut Obe (2005), apabila menulis berita mahupun rencana politik wajib mengetahui struktur dan operasi sistem kerajaan serta mengetahui corak masyarakat di sesebuah negara. Hal ini dapat memperbaiki pentadbiran negara dan seterusnya membangunkan negara.

13 KEWARTAWANAN KOMUNITI

14 Tugas utama wartawan dalam pembangunan komuniti ialah membantu negara menyampaikan agenda dan perancangan kerajaan kepada masyarakat. Wartawan mempunyai tanggungjawab dalam usaha mengekalkan perpaduan, keamanan  dalam sesebuah komuniti

15 Menjaga perpaduan dalam kalangan lapisan masyarakat adalah penting, lebih-lebih lagi dalam negara yang bermasyarakat majmuk. Pelaporan berita yang berbau sensitif haruslah dielakkan agar perpaduan negara terjaga.


Download ppt "UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google