Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Sumber tenaga elektrik
2
Elektrik ialah pengaliran tenaga elektrik atau cas-cas elektrik.
Elektrik yang kita gunakan di rumah datangnya dari sumber utama seperti petroleum, kuasa nuklear, arang batu, gas asli, Matahari dan juga sumber semula jadi yang lain. Elektrik dijana di stesen jana kuasa. Bahan api seperti petroleum, arang batu atau gas asli dibakar di stesen jana kuasa untuk menjanakan elektrik.
3
Sel kering / bateri Sel kering digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik yang kecil. Sel kering mengandungi bahan kimia yang boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik. Sel kering digunakan dalam alat-alat elektrik yang kecil seperti jam loceng, lampu suluh, radio dan alat permainan. Bateri Sel kering
4
dinamo Dinamo dipasang pada roda basikal untuk menyalakan lampu basikal. Apabila diputarkan, dinamo menghasilkan tenaga elektrik dan menyalakan mentol. Dinamo menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.
5
akumulator Akumulator ialah bateri yang boleh dicas semula.
Akumulator membekalkan tenaga elektrik yang lebih besar daripada sel kering. Akumulator digunakan dalam kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal dan lori.
6
Sel suria Sel suria menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik.
Secara am, sel suria membekalkan arus elektrik yang kecil. Sel suri digunakan dalam kalkulator, alat pemanas dan satelit.
7
Jana kuasa hidroelektrik
Sistem jana kuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air daripada empangan atau air terjun untuk memutarkan turbin untuk menjana elektrik.
8
generator Generator ialah suatu alat yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Generator digunakan untuk menjana elektrik di rumah-rumah yang terletak di kawasan yang tiada bekalan elektrik dan juga kegunaan peniaga-peniaga di pasar malam.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.