Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSusanti Santoso Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Forum remaja 2020 Oleh Saharif Shaary
2
sinopsis Adegan 1 Tiga pelajar universiti; Salmah, Chandran dan Chong sedang berbincang. Disebabkan keletihan mereka tertidur
3
Adegan 2 MU1 dan MU2 dari Planet Utopia tiba di tempat tiga pelajar itu. MU 1 memberitahu kedatangannya kerana tanggungjawab moral untuk memperingatkan bumi bahawa telah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Manakala MU2 menjelaskan bahawa bumi berpotensi menjadi sebuah negara model dunia. Walaupun Salmah, Chandran dan Chong menjelaskan Malaysia sudah mempunyai segala- galanya; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baharu, Jambatan Pulau Pinang, bangunan pencakar langit, bakal wujudnya lebuh raya nasional, kereta nasional, tetapi kesemuanya masih di tahap impian sahaja. Bagi MU1 dan MU2, sebagai bakal pemimpin negara pada satu hari nanti, mereka bertiga perlu melalui banyak ujian sebab generasi muda mengalami era kritikal daripada segi moral, sosial dan mental.
4
Adegan 3 Mereka tersedar daripada tidur dan berasa pelik kerana melalui pengalaman yang sama bertemu makhluk asing tersebut. Salmah mengingatkan rakan-rakannya akan perlunya sikap menerima kritikan jika ingin maju. Salmah juga melahirkan rasa bimbang kerana anak muda sekarang mengamalkan agama hanya pada nama sahaja. Seterusnya Salmah mencadangkan akan perlunya menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda. Manakala Chandran pula menekankan akan perlunya generasi muda mempunyai disiplin yang kukuh. Akhir sekali Chong mengingatkan akan perlunya perpaduan kaum diperkukuh.
5
Pemikiran & persoalan Pemikiran – perlunya generasi muda
melengkapkan diri dengan pelbagai nilai yang baik untuk menjadi barisan kepimpinan negara Persoalan - kebanggaan rakyat terhadap model negara yang menjadi impian setiap rakyat - kedatangan makhluk asing untuk mengkaji keadaan Malaysia - keperluan rakyat Malaysia mempunyai ketahanan diri bagi menghadapi ujian
6
WATAK & PERWATAKAN SALMAH, CHANDRAN DAN CHONG MU 1 DAN MU 2
Tiga pelajar universiti yang mempunyai aliran pemikiran yang hampir sama. Kedatangan makhluk dari Planet Utopia menyebabkan mereka serius memikirkan akan peranan mereka menjadi barisan pelapis kepimpinan negara MU 1 DAN MU 2 Makhluk dari Planet Utopia telah datang ke bumi dan bertemu tiga sahabat; Salmah, Chandra dan Chong. Mu 1 dan Mu 2 telah berjaya menyedarkan tiga pelajar itu akan perlunya menyiapkan diri sebagai barisan kepimpinan negara pada masa hadapan dengan pelbagai nilai yang baik
7
Latar Latar Masyarakat Masyarakat pelajar yang bijak berbincang
Cthnya; Salmah, Chandran dan Chong merupakan pelajar Universiti yang berbincang tentang isu nasional Latar Tempat Di sebuah Universiti Cthnya; Salmah, Chandran dan Chong belajar di universiti dan ketika di kampus itulah mereka didatangi oleh makhluk Planet Utopia. Latar Masa Pada tahun 2020 Cthnya; Salmah, Chandran dan Chong tiga sahabat yang menuntut pada tahun tersebut di sebuah universiti
8
NILAI MURNI BERHEMAH TINGGI Salmah, Chandran dan Chong menerima kedatangan MU 1 dan MU 2 dari Planet Utopia dengan baik PATRIOTIK Salmah, Chandran dan Chong amat mencintai tanah air mereka dan berazam menjadi warganegara yang berguna KEBERANIAN MU 1 dan MU 2 dari Planet Utopia berani datang ke bumi, tempat yang terlalu asing bagi dua makhluk itu.
9
PENGAJARAN Kita perlu menghargai pembangunan negara yang semakin berkembang Kita hendaklah bersedia mendengar pandangan yang baik Generasi muda perlu melengkapkan diri dengan nilai yang mulia, moral yang baik, disiplin yang tinggi dan bersama-sama memperkukuhkan perpaduan kaum
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.