Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHengki Hadiman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat
2
Kaitan Surah Dengan Surah Sebelumnya (ms165)
Kedua-dua surah (al-Buruj & al-Toriq) dimulai dengan sumpah Allah dengan sesuatu yang ada di langit. Persamaan dalam membincangkan tentang persoalan hari Akhirat. Perbincangan tentang sifat Al-quran bagi menyangkal pandangan musyrikin.
3
Sumpah Bahawa Setiap Manusia Mempunyai Penjaga Dari Kalangan Malaikat Yang Mengawasinya & Bukti Kemungkinan Hari Kebangkitan
4
Ayat 1 - 4 Demi langit dan "At-Taariq“ Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? Ialah bintang yang menembusi Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga
5
Ayat 1 – 4 Allah bersumpah dengan langit & bintang.
Maksud al-Tariq adalah suatu kata nama jenis (jins), ia dinamakan sedemikian kerana kemunculannya zahir pada waktu malam & tersembunyi pada waktu siang. Penekanan terhadap setiap individu manusia ada malaikat yang mengawasinya.
6
Ayat 5 - 7 5. Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan? 6. Ia diciptakan dari air yang memancut 7. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
7
Ayat 5 - 7 Penegasan kepada manusia tentang permulaan penciptaan sebagai suatu bukti tentang kemungkinan berlakunya hari kebangkitan.
8
Ayat 8. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya 9. Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati 10. Maka tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan, dan tidak ada penolong.
9
Ayat 8 - 10 Penerangan tentang kekuasaan Allah untuk membangkitkan
manusia. Manusia akan disoal dan dibongkarkan segala rahsia yang mereka sembunyikan dalam hati. Penafian tentang kekuatan manusia di Akhirat kelak, tiada penolong yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
10
Pedoman Hidup & Hukum-Hakam
Allah bersumpah dengan langit & bintang-bintang, bahawa setiap manusia ada yang mengawasinya. Langit adalah makhluk yang menakjubkan dari segi kejadiannya. Dalil yang menunjukkan adanya hari kebangkitan & hari akhirat adalah permulaan penciptaan bagi manusia.
11
Pedoman Hidup & Hukum-Hakam
Keagungan Allah di dalam mencipta manusia. Allah berkuasa mengihudapkan & mematikan manusia. Allah Maha Mengetahui apa yang terbuku di dalam hati. Penafian terhadap kekuatan makhlukNya.
12
Sumpahan Terhadap Kebenaran Al-Quran & Risalah Serta Ancaman Terhadap Golongan Yang Mengingkarinya (ms 174)
13
Ayat 11. Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, 12. Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, 13. Sesungguhnya keterangan Al- Quran adalah kata-kata pemutus 14. Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.
14
Ayat 11 – 14 Allah bersumpah dengan langit & bumi akan kebenaran Al-Quran. Keutamaan Al-Quran ialah mmbezakan yang haq & yang batil. Al-Quran ialah kalamuLLAH dan bukan kata-kata dari makhluk.
15
Ayat 15. Sesungguhnya mereka bermati- mati menjalankan rancangan jahat, 16. Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat 17. Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
16
Ayat Helah serta tipu daya yang dibuat oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w bagi menolak agama Islam. Mereka telah memfitnah Nabi s.a.w dengan berupa macam fitnah. Mereka merancang tetapi rencana Allah lebih dahsyat
17
Ayat Allah telah menyediakan bagi mereka neraka beserta azab-azabnya. Allah berjanji kepada RasulNya dengan kemenangan. Rasul diperintahkan supaya bersabar & jangan terburu- buru. Allah menangguhkan hukuman serta memberi peluang kepada mereka.
18
Nabi s.a.w dilarang untuk mendoakan kehancuran & mempercepatkan balasan atas mereka.
Baginda disuruh untuk redha dengan segala rancangan Allah.
19
Pedoman Hidup & Hukum-Hakam
Allah bersumpah atas makhlukNya yang mendatangkan faedah kepada bumi. Al-Quran adalah pemisah diantara yang haq & batil. Sumpah tersebut juga menegaskan bahawa al-quran diturunkan dari Allah & Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
20
Pedoman Hidup & Hukum-Hakam
Penegasan bahawa rencana makhluk tidak sehebat rencana Allah. Orang-orang kafir akan menerima kekalahan yang besar di Akhirat. Orang-orang Mukmin akan menerima sebaliknya. Sifat redha adalah sifat yang dituntut
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.