Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYandi Darmadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
EUW233-TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DISEDIAKAN OLEH: (PUAN SITI AISYAH MOHD NOR)
2
ISI KANDUNGAN * PENGENALAN * DEFINISI SARJANA TTG TAMADUN ISLAM * SIFAT TAMADUN ISLAM * CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM * SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM * ASAS TAMADUN ISLAM * PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM * SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
3
PENGENALAN - Islam sebagai ad-din yg diturunkan kpd umat manusia merupakan sistem tatacara hidup yg lengkap bagi menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia & di akhirat. - ia diasaskan oleh akidah, diikat dengan syariah, akhlak & semua prinsip islam yg lain. - Islam telah menyediakan asas panduan kpd umatnya utk merencana sgl aktiviti keperluan yg melibatkn kebudayaan, perekonomian, politik, sosial, perundangan, kehakiman, institusi kekeluargaan dan sosial.
4
Samb Pengenalan… bagi memenuhi tuntutan ini, Islam telah menyediakan kpd manusia perlembagaan tertinggi iaitu wahyu yang bersumberkan Ilahi iaitu Al Quran dan Rasulullah SAW sebagai pembimbing melalui Sunnahnya. Ajaran Islam yang bersumberkan Rabbani sentiasa relevan dan bersifat realistik meskipun berlaku perubahan zaman ataupun tempat. Islam diturunkan utk memelihara objektif syariah yang lima iaitu menjaga agama, jiwa, akal, harta dan keturunan manusia.
5
DEFINISI TAMADUN MENURUT SARJANA
* Secara Umumnya : segala kemajuan yang dicapai dlm ketiga2 bidang iaitu kesenian, ilmu pengetahuan dan peradaban dirujuk kpd sumber Islam al-Quran dan al-Hadith dan bahasa umat berkenaan iaitu bhs al-Quran (Bhs Arab). Menurut bahasa: Ibn Khaldun ( ): lebih cenderung menggunakan istilah Umran (perbandaran) daripada istilah tamadun di dalam bukunya al-Muqaddimah. Jurji Zaidan ( ) : tamadun lebih mendekati kpd maksud peradaban .
6
Samb Definisi…. Selain drp Umran, istilah Hadarah juga digunapakai oleh ‘Ali Husni al-Khurbutuli (1966), Kurd Ali (1968), Mustafa al-Siba’I (2000) yang memfokuskan kepada kebudayaan Islam. Istilah “madaniyah” digunapakai oleh Sheikh Wahbah Zuhayli (1998) yang membawa makna kebudayaan (merangkumi makna yang memenuhi tuntutan fizikal, spiritual, ideologi dan moral).
7
Samb Definisi…. Menurut Sarjana Islam:
1) Ahmad Essa & Othman Ali (2010): Peraturan keagamaan yg melahirkan kebudayaan masyarakat yg berteraskan kpd wahyu 2) Ali A. Alawi (2009) : Setiap perkara yang menyumbang kpd kebudayaan yang memberi penekanan kpd aspek keseimbangan di antara fizikal dan spiritual. 3) Seyyed Hossein Nasr (2003) : Segala aktiviti yang menyumbang kpd kebudayaan msyrkt yg bteraskn kpd agama.
8
SIFAT TAMADUN ISLAM Bersifat mewujudkan peningkatan pada perkara2 positif. Bersifat kesejagatan yg bersesuaian dgn naluri dan tabie manusia. Bersifat fleksibel Bersifat positif dan berlapang dada.
9
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
Menurut Prof. Ahmad Shalaby, Ciri-ciri tamadun spt berikut : Budaya berfikir ke arah kemajuan pada perkara-perkara positif (al-Thaqafah). Pencapaian dalam bidang ilmu yg memerlukan percubaan dan latihan amali (al-Madaniyah) Gabungan pencapaian serentak dari segi budaya berfikir ke arah kemajuan dlm hal2 kebaikan & bidang ilmu yg memerlukan percubaan (al-Hadarah atau Tamadun)
10
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
Al-Quran As-Sunnah / Al-Hadith Ijma’ Qias Ijtihad
11
KELEBIHAN AL- QURAN 1.Kesahihan & Keterpeliharaan:
-dijamin oleh Allah SWT sehingga ke hari kiamat. -terpelihara dari sebarang penyelewengan yg dilakukan oleh jin. Firman Allah SWT dlm surah al-Hijr ayat 9 yg bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan al-Quran & sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”. 2.Syariah yang lengkap: -syariah yang dibawa lengkap & menyeluruh utk semua manusia, masa, suasana, tempat & zaman. -bukan shj mengatur cara hidup utk diri individu malah meliputi keluarga, jiran, negara, ekonomi, teknologi & antarabangsa.
12
Samb Kelebihan Al-Quran…
3.Keindahan bahasa: -keunggulan al-Quran bergantung kpd mukjizat bhsnya yg indah dr segi balaghahnya (retorika). -diakui oleh sasterawan Arab jahiliah yg bgt mahir dgn balaghah. -mrk gagal utk menandingi keindahan bhs al-Quran, apa lagi utk mengatasinya sjk ia diturunkan hg kehari ini.
13
Samb Kelebihan Al-Quran…
4.Keluasan & kedalaman ilmiahnya: -tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. -masih byk ilmu yg terdapat didlm al-Quran yg blm dihurai oleh manusia. 5.Kejiwaan: -dr segi kejiwaan & nafsiah, al-Quran merupakan mukjizat yg sgt besar. -berjaya mempengaruhi & menguasai jiwa umat Islam sehingga manusia itu blh menerima segala ajarannya dengan senang hati,insaf dan sedar.
14
KEPENTINGAN AS- SUNNAH
1.Diperlukan untuk menghuraikan prinsip & konsep umum & menyeluruh dari Al-Quran. 2.Pentafsir Al-Quran: -ayat Al-Quran kebanyakkannya berbentuk umum & mutlak. -memerlukan pentafsiran dari Rasulullah SAW, kerana tanpa pentafsiran itu sukar utk umat Islam memahaminya.
15
Samb Kepentingan As-Sunnah…
berfungsi dlm empat bentuk: a.mentafsirkan hal yg umum seperti cara melaksanakan ibadat sembahyang, zakat, haji dll b.membataskan hukum yg belum ditetapkan batasnya oleh Al-Quran. c.mengkhususkan sesuatu hukum yg umum. d.menjelaskan hukum Al-Quran. 3.Memperkukuhkan al-Quran: -berfungsi sebagai pengukuh Al-Quran.
16
Samb Kepentingan As-Sunnah
4.Tambahan Hukum al-Quran: -berperanan sebagai penambahan hukum yg terkandung didalam Al-Quran. -Al-Quran bersifat umum, prinsip, konsepsi & menyeluruh, ada hukum cabang yg tidak disentuh oleh Al-Quran. -cth: hukum anak binatang yg masih didalam kandungan ibunya, apabila ibunya disembelih cth: lembu.
17
ASAS TAMADUN ISLAM 1. Akidah:
Akidah dlm Islam merupakan kepercayaan & keimanan terhadap nilai2 mutlak dlm jiwa setiap orang Islam. Merupakan perjanjian yg diikat antara makhluk dgn pencipta-Nya. Pegangan akidah yg kuat dan kukuh akan dapat membebaskan diri manusia drpd tunduk dan patuh pada sesuatu yg bersifat makhluk, sama ada dlm bentuk jirim atau roh. Dalam membentuk satu akidah yg mantap, terdapat dua aspek yg perlu diberi perhatian iaitu: i. aspek kepercayaan ii. Aspek kaedah
18
Samb Asas Tamadun Islam
i. Aspek Kepercayaan: Merupakan perkara asas yg wajib diimani & diyakini oleh stp individu muslim. Terdapat enam aspek kepercayaan seperti yg dijelaskan oleh Al-Quran & Sunnah : a. Beriman kepada Allah SWT b. Beriman kepada malaikat c. beriman kepada rasul d. beriman kepada kitab e. beriman kepada hari akhirat f. beriman kepada Qada’ dan Qadar.
19
Samb Asas Tamadun Islam
ii. Aspek Kaedah: Merupakan kaedah pelaksanaan akidah itu sendiri, serta bagaimana ia dpt bertapak serta memainkan peranan bg membentuk & membangunkan tamadun Islam. Terdapat 3 prinsip yg menjadi kriteria asas akidah iaitu: a. aspek kesatuan b. rasional c. toleransi.
20
Samb Asas Tamadun Islam…
2. Syariah: Definisi : Dr sudut bhs : jalan yg lurus atau saluran air yg menjadi sumber minuman. Dr sudut istilah : sgl perintah, larangan, bimbingan & prinsip perundangan drp Allah SWt yg disampaikan kpd Rasulullah SAW utk sekalian manusia agar dipatuhi & ditaati. Mrk diberikan ganjaran baik jika mentaatinya & diberi balasan yg buruk jika mengingkarinya. hukum Allah SWT utk mengatur laku perbuatan manusia dlm bentuk halal, haram, makruh, wajib & sunat.
21
Samb Asas Tamadun Islam..
Keistimewaan Syariah: i. bersifat sempurna bg memenuhi keperluan manusia dlm semua bidang kehidupan. ii. Lengkap dlm mengatur kehidupan manusia drpd sekecil perkara hingga kpd perkara yg besar bg menjaga kesejahteraan manusia. iii. Bersifat bersepadu kerana ia memiliki prinsip-prinsip perundangan yg mengatur urusan keduniaan & keagamaan, tanpa batasan antara satu sama lain. iv. Bersifat universal kerana tidak tertakluk kpd batasan kaum, iklim mahupun sempadan geografi. v. matlamat pelaksanaan undang-undang syariah adalah utk mendapat keredhaan Allah SWT. vi. Bersifat tetap & tidak mengalami perubahan sehingga hari kiamat.
22
Samb Asas Tamadun Islam…
3- AKHLAK : Definisi : Akhlak adalah merupakan suatu tingkah laku yg baik yg telah menjadi adat kebiasaan, amalan, sebatian & cara hidup seseorang yg bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ciri-ciri keistimewaan akhlak Islam : i- Kebaikan mutlak ii-Kebahagiaan Sejagat iii-Mudah iv- Mantap v- Pengawasan Menyeluruh
23
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu yang harus dipelihara dan perlu dihormati. Prinsip tersebut meliputi hak asasi manusia yang dianugerahkan oleh AllahSWT kepada makhluk-makhluk-NYa. Dlm konteks ini, beberapa aspek penting tlh diambil kira yg meliputi keperluan asas kehidupan manusia, iaitu : i-memelihara jiwa, nyawa dan agama ii-memelihara akal fikiran iii-memelihara kehormatan dan keturunan iv- memelihara harta benda v-memelihara hak dan kebebasan
24
Samb Prinsip Tamadun Islam…
i-memelihara jiwa, nyawa dan agama : Allah mengurniakan hak kehidupan kpd sekelian makhluk ciptaan-Nya termasuklah manusia. Hak ini diberikan & tidak ada sesiapa pun blh mengambilnya kecuali Allah. Ianya telah dijelaskan didlm Al-Quran dlm surah al-Hijr ayat 23 yg bermaksud : “Dan sesungguhnya kamilah yg menghidupkan dan mematikan.” Hak ini jg tidak dibenarkan utk diambil tanpa keizinan dan kebenaran Allah SWT, sbgmn disebutkan ddlm Al-Quran surah al-Maidah, ayat 32 yg bermaksud : “Siapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah dia membunuh manusia semuanya.”
25
Samb Prinsip Tamadun Islam…
Perbuatan membunuh membunuh orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yg besar. Ia bererti menentang & melawan ketetapan & kekuasaan Allah SWT. Perbuatan tersebut menyebabkan seseorang itu berhak memperolehi azab yg berat di Akhirat nanti. Al-Quran menyebutkan : Siapa yg melakukan demikian secara ceroboh & zalim, maka Kami (Allah) akan membakarnya dgn api.”(surah al-Nisa’, ayat : 30). Kesimpulan drpd kenyataan tersebut adalah bhw: i-stp perkara yg berhubung dgn kehidupan & kawalannya adalah diwajibkan Allah kpd manusia. Cth : menjaga kesihatan & melawan & mengubati penyakit dan wabak.
26
Samb Prinsip Tamadun Islam…
ii-stp perkara yg blh merosakkan tubuh badan mengancam nyawa & kehidupan serta melemahkannya adalah diharamkan. Cth: minum minuman memabukkan, menagih dadah, memakan binatang yg diharamkan Allah SWT. iii-stp perkara yg bermatlamat utk mempertahan & mengekalkan kehidupan adalah wajib. iv-stp perkara yg blh mengelakkan kematian adalah wajib dilakukan. Cth: dlm keadaan darurat (kecemasan), seseorang dibolehkan utk meminum minuman memakan makanan haram(sekadarnya) utk mengelakkan kematian.
27
Samb Prinsip Tamadun Islam…
Prinsip ini juga menjaga kepentingan dan juga keselamatan agama Islam. Cth : mencegah penyelewengan ajaran Islam spr perkembangan ajaran sesat. Islam juga menjamin kebebasan beragama dikalangan manusia. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dlm surah Al-Baqarah, ayat : 256 yg bermaksud : “tidak ada paksaan dlm beragama.” ii-memelihara akal fikiran : Islam meletakkan kepentingan akal di tempat ketiga selepas Al-Quran dan Sunnah.Justeru itu Islam sgt memberi penekanan kpd keselamatan akal drp dirosakkan. Dlm hal ini, Islam tlh menetapkan beberapa langkah utk memelihara akal, antaranya adalah dgn mewajibkan stp individu Muslim menuntut ilmu pengetahuan tanpa batasan masa, tempat atau bangsa.
28
Samb Prinsip Tamadun Islam…
Islam melarang melakukan makan dan minum sesuatu yg blh menyebabkan rosak akalnya, sama ada mabuk, sbgnya. Justeru itu meminum sesuatu yg memabukkan akal adalah haram, kerana ia blh merosakkan akal manusia. iii-memelihara kehormatan dan keturunan : Allah swt tlh mencipta manusia sbg sebaik-sebaik makhluk-Nya di dunia. Allah swt jg menetapkan sistem kehidupan & kekeluargaan agar kehormatan & keturunan manusia berkekalan dlm keadaan baik dan sempurna. Stp manusia diberi hak utk memelihara kehormatan diri, & tiada seorang pun blh melucutkan hak kehormatan tersebut kecuali dgn keizinan Allah SWT.
29
Samb Prinsip Tamadun Islam…
iv-Memelihara harta benda : Allah SWT membuka ruang seluas-luasnya kpd stp manusia utk memiliki & memelihara harta yg ada. Stp manusia dikehendaki berusaha mencari harta dlm kehidupannya mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Ddlm Islam, harta dibenarkan utk dimiliki bertujuan utk mendekatkan diri kpd Allah SWT.Harta yg dimiliki tidak blh dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan Allah SWT. Manusia yg mengambil dan merampas serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan kebenaran akan dikenakan siksaan yg berat didunia dan di akhirat.
30
Samb Prinsip Tamadun Islam…
v-memelihara hak dan kebebasan : Islam menetapkan hak dan kebebasan kpd manusia. Kebebasan merujuk kpd tiada pengabdian atau perhambaan seseorang kpd seseorang yg lain atau sesuatu yg lain di dunia ini, melainkan kpd Allah SWT. Islam hanya membenarkan pengabdian atau perhambaan kpd Allah SWT shj. Pengabdian dan perhambaan kpd sesuatu yg lain tidak dibenarkan sama sekali sprt kpd benda, hawa nafsu, syaitan, iblis, jin dsbgnya. Islam memberikan kebebasan dgn cara yg adil kpd manusia sprt kebebasan berfikir dan beragama, memberikan pendapat dll.
31
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
Akidah tauhid: -islam telah membebaskan manusia drpd sebarang bentuk perhambaan dan penyembahan sesama makhluk kpd pengabdian dan penyembahan kpd Allah SWT. 2. Sosial: -memperkenalkan prinsip sosial yg berteraskan keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan.
32
Samb Sumbangan Tamadun Islam…
3. Ekonomi: -memperkenalkan sistem ekonomi yg berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan. 4. Politik: -memperkenalkan suatu sistem pemerintahan yg menentang kezaliman & menegakkan keadilan. -kuasa dan kepimpinan adalah amanah. Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.
33
Samb Sumbangan Tamadun Islam…
- menjadi tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah SWT dan Rasul SAW. 5. ilmu pengetahuan: -ayat al-Quran pertama yg diturunkan kpd nabi Muhammad SAW adalah berkaitan dgn perintah menuntut ilmu. -perintah ini dikuatkan lagi dgn saranan sunnah Rasulullah SAW.
34
Samb Sumbangan Tamadun Islam…
- ini membuktikan bhw Islam menganjurkan umatnya agar menggunakan ilmu utk mengkaji, menyelidiki rahsia-rahsia alam bagi membangunkan tamadun mereka dan mendekatkan diri dengan pencipta. - kegiatan intelektual yg didukung oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan khalifah-khalifah Islam selepasnya tlh meletakkan tamadun Islam terkehadapan drpd tamadun-tamadun lain. - daripada al-Quran umat Islam tlh mengembangkan ilmu-ilmu moden seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain.
35
Samb Sumbangan Tamadun Islam…
-Ilmu-ilmu ini pula diterjemahkan dlm kehidupan seharian umat Islam sehingga mampu membangunkan tamadun yg unggul. 6. kesenian: -al-Quran membawa pengaruh yang besar dlm perkembangan seni. -ini termasuklah seni bahasa dan tulisan, kesusasteraan, seni bina dan seni ukir, seni muzik dan lagu.
36
SEKIAN TERIMA KASIH.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.