Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENCEMARAN PERSEKITARAN
Disediakan oleh; Dr. Hj. ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
2
APAKAH DIA PENCEMARAN? Pencemaran adalah kesan yg memudaratkan persekitaran drp hasil / aktiviti manusia spt industri & proses pertanian. Terdapat beberapa jenis pencemaran. Antaranya adalah: Pencemaran udara; Pencemaran air; Pencemaran kimia; Pencemaran radiasi; Pencemaran bunyi;
3
PENCEMARAN UDARA Terdapat dua punca utama pencemaran udara; Semulajadi
Letusan gunung berapi Kebakaran hutan secara semulajadi Ribut pasir Aktiviti manusia Pembakaran bahan api (petrol,diesel,arang batu) utk penjanaan tenaga Pelepasan asap kenderaan Pelepasan industri Pembakaran sisa domestik
4
PENCEMARAN UDARA KESAN PENCEMARAN UDARA; Kesihatan Manusia & Hidupan
Gangguan pernafasan & penglihatan Karbon monoksida & Sulfur dioksida rosakkan sistem paru-paru dan akibatkan hujan asid. Hidrokarbon memedihkan mata & hidung Oksida nitrogen memedihkan mata & tekak, ganggu sistem pernafasan & paru-paru Penurunan hasil pertanian akibat fotosintesis tumbuhan terhalang.
5
PENCEMARAN UDARA KESAN PENCEMARAN UDARA; Bangunan & Bahan Binaan
Hujan asid & ozon memudarkan cat-cat bangunan. Hujan asid & ozon menghakis struktur-struktur bangunan terutama yang dibina dengan batu kapur
6
PENCEMARAN UDARA KESAN PENCEMARAN UDARA; Ekonomi
Jerubu menjejaskan penghasilan pertanian negara Jerubu menjejaskan sektor perlancongan
7
PENCEMARAN AIR Terdapat dua punca utama pencemaran air; Semulajadi
Air larian permukaan Kesan banjir Aktiviti manusia Pelepasan effluen perindustrian & kumbahan domestik yg tidak diolah. Air limpahan perbandaran Enapresapan tapak pelupusan sampah Pembuangan sampah sarap Aktiviti ternakan, perlombongan, pertanian, pembalakan Kawasan setinggan Loji rawatan air
8
PENCEMARAN AIR KESAN PENCEMARAN AIR; Kesihatan Manusia & Hidupan
Menjejaskan kuantiti dan kualiti bekalan air bersih. sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf Penyakit `Taun’ Hidupan air terjejas
9
PENCEMARAN AIR KESAN PENCEMARAN AIR; Ekonomi
Pencemaran dan tumpahan minyak akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton & menyebabkan hidupan air terjejas. Sumber dan mata pencarian perikanan dan hasil laut terjejas.
10
PENCEMARAN AIR KESAN PENCEMARAN AIR; Tanah
Pencemaran memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup & spesies tumbuhan. Pencemaran akibatkan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan ekosistem jadi tidak seimbang.
11
PENCEMARAN KIMIA Penghasilan & penggunaan racun kimia secara relatifnya merupakan suatu ancaman baru kpd manusia & persekitaran. Pembangunan industri, organisasi & program pertanian yg intensif menyumbang kpd pertambahan kadar pencemaran kimia di seluruh dunia. Penggunaan racun makhluk perosak secara berleluasa juga menyebabkan pencemaran kimia.
12
JENIS PENCEMARAN KIMIA
Racun Makhluk Perosak penggunaannya yg tidak mengikut prosedur & disebarkan ke persekitaran akan mencemarkan udara, sungai, sumber air bawah tanah, tanah, tumbuhan & makanan. Raksa adalah unsur pencemaran neurotoksik yang sangat kuat. Arsenik dan Florida Adalah sebahagian drp bahan kimia berbahaya yg wujud di dalam sumber air bawah tanah.
13
KESAN PENCEMARAN KIMIA
Racun Makhluk Perosak Racun kimia ini mengancam kesihatan manusia melalui pernafasan, minuman, makanan & melalui penyerapan di kulit. Raksa mencemari hidupan air gangguan terhadap pertumbuhan otak manusia, barah & kerosakkan kpd perut, paru-paru & janin bayi Arsenik dan Florida Memudaratkan hati, ginjal, paru-paru, barah kulit, gangrene & kecacatan kekal kepada tulang rangka manusia.
14
PENCEMARAN RADIASI Punca utama pencemaran radiasi;
Kebocoran loji tenaga nuklear Gelombang elektromagnet drp radio Gelombang elektromagnet ketuhar gelombang mikro.
15
KESAN PENCEMARAN RADIASI
Dedahan terhadap ion-ion radiasi pada tahap yang tinggi boleh menyebabkan barah, kecacatan dan masalah psikologi. Kajian juga menunjukkan bahawa kesan dedahan pencemaran radiasi menyebabkan kecacatan otak serta kecelaruan tingkah laku.
16
PENCEMARAN BUNYI Bunyi dihasilkan drp pelbagai sumber. Ia boleh hadir dari rumah, tempat-tempat awam, tempat kerja, kenderaan & jentera perkilangan. Bunyi boleh menjadi sesuatu yg menyamankan apabila ianya diperdengarkan secara lembut & berirama & boleh menjadi sesuatu yg menyakitkan jika ianya melampaui tahap atau zon keselesaan.
17
KESAN PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi boleh menyebabkan; Kesukaran untuk tidur & keletihan serta penurunan pencapaian kerja. Kecacatan pendengaran. Gangguan aktiviti mental seperti penumpuan, ingatan & keupayaan seseorang utk menyelesaikan masalah secara analitik. Masalah stress & penyakit darah tinggi.
18
SEKIAN, TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.