Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat"— Transcript presentasi:

1

2 Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat
Terdapat empat jenis ayat dalam Bahasa Melayu, iaitu; i. Ayat Penyata - ayat ini diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Contoh : 1. Berjimat cermat ialah satu amalan yang baik. 2. Tiap-tiap kumpulan dipimpin oleh seorang ketua.

3 ii. Ayat Tanya - ayat ini digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu
ii. Ayat Tanya - ayat ini digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. - ayat ini dikenali dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat. Contoh : 1. Siapakah pengarah syarikat itu? (ayat tanya dengan kata tanya) 2. Betulkah dia akan datang sebentar lagi? (ayat tanya tanpa kata tanya) 3. Cikgu Lee guru kelas kamu? (ayat tanya tanpa kata tanya)

4 - Senarai kata tanya Apa Siapa Mana Bila Berapa Bagaimana
Mengapa / kenapa

5 iii. Ayat Seruan - ayat ini bertujuan melahirkan suatu keadaan perasaan. - ayat seruan dikenali melalui kata seru pada awal ayat dan tanda seru (!) pada akhir ayat. Contoh : 1. Amboi, tingginya bangunan itu! 2. Nah, ambillah hadiah ini! - senarai kata seruan

6 - senarai kata seruan Aduh Aduhai Ah Amboi Cis / cih Eh Hai Nah Oh
Syabas Wah Wahai

7 iv. Ayat Perintah - ayat ini digunakan untuk mengarahkan seseorang membuat atau melakukan sesuatu. a) Ayat Suruhan – memberi perintah atau arahan Contoh : 1. Keluar dari sini! 2. Hantar kerja rumah kamu sekarang. b) Ayat Larangan – bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu - menggunakan kata larangan seperti jangan, usah dan tak usah pada awal ayat Contoh : 1. Jangan bercakap. 2. Dilarang merokok di kawasan ini.

8 c) Ayat Silaan – bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang - menggunakan kata larangan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. Contoh : 1. Jemputlah datang ke rumah kami. 2. Sila duduk. d) Ayat Permintaan – bertujuan memohon atau meminta pertolongan. - menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat Contoh : 1. Tolong bawakan minuman ini ke dapur. 2. Minta hadirin semua bangun.

9

10


Download ppt "Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google