Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHengki Doddy Hartanto Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
RESPON KITA TERHADAP TANGGAPAN ORANG LAIN
Diploma Pengajian Islam Andalus Siti Nur ALANIAH Abdul WAHID
2
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Masyarakat Islam dan kaitan dengan negara Masyarakat Islam dan kaitan dengan sosial Masyarakat Islam dalam aspek pemikiran dan pengamalan Islam Masyarakat Islam dan hubungan sejagat Peranan Muslim di dalam masyarakat Islam
3
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Tanggapan Masyarakat Bukan Islam Mengenai Masyarakat Islam & Kaitan Dengan Negara Orang-orang bukan Islam menasihati masyarakat Islam supaya jangan hanya merasa hubungan dan ikatan dengan agama mereka, tetapi juga dengan negara mereka. dapat menjunjung prinsip demokrasi dan bersifat sekular, iaitu membataskan agama hanya pada ruang lingkup peribadi Fahaman Islam Politik hendaklah dijauhi kerana ia tidak sejajar dengan sifat sekular.
4
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Tanggapan Masyarakat Bukan Islam Mengenai Masyarakat Islam & Kaitan Dengan Sosial berharap agar Masyarakat Islam membina kaitan dengan persekitaran sosial di mana mereka berada. hendaklah terus mengamalkan toleransi, sifat terbuka dalam hubungan sosial, bersama menggalak kesatuan, integrasi masyarakat, meluaskan ruang bersama, saling memahami, saling menghormati, saling mempercayai, saling meyakini antara satu sama lain, membina hubungan erat dengan masyarakat dan menghalang agama dari menjadi sumber perbalahan konsep multi-culturalism (berbilang budaya).: mengharapkan agar masyarakat Islam tidak bersifat “introspektif” (memandang ke dalam) dan “exclusive” (bersifat tersendiri).
5
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Tanggapan Masyarakat Bukan Islam Mengenai Masyarakat Islam Dalam Aspek Pemikiran dan Pengamalan Islam Masyarakat Islam diharapkan menjadi masyarakat yang sederhana dalam amalan beragama. Ertinya menjauhi pelampauan, khususnya yang berkaitan dengan hubungan sosial. Pelampauan mempunyai kaitan dengan radikalisme. Radikalisme pula mempunyai kaitan yang rapat dengan pengganasan yang telah merosakkan nama baik Islam. Menjauhi amalan yang menjurus kepada pengganasan. Ia lebih buruk dari pelampauan. Sifat ketat dalam mengamalkan agama, khususnya yang berkaitan dengan hubungan sosial, adalah dibimbangi. amalan ketat yang dianggap menyebabkan kesulitan berinteraksi bagi masyarakat umum ialah keperluan-keperluan bertudung, makanan halal dan bersalaman.
6
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Tanggapan Masyarakat Bukan Islam Mengenai Masyarakat Islam Dalam Aspek Pemikiran dan Pengamalan Islam Masyarakat Islam diharapkan agar bersedia untuk membuat pengubahsuaian dalam menghadapi konteks yang berbeza dan perubahan semasa Masyarakat Islam dinasihati agar tidak menafsirkan agama secara sempit dan supaya tidak dipengaruhi oleh pemikiran luar. Antara aspek pemikiran yang tidak dikehendaki ialah menyalah tafsir jihad sebagai perang semata-mata sehingga menyebabkan pengganasan. Masyarakat Islam hendaklah mengamalkan agama dengan berfikir dan tidak bertaqlid,
7
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Tanggapan Masyarakat Bukan Islam Mengenai Masyarakat Islam & Hubungan Sejagat Dalam hubungan sejagat, masyarakat Islam disuruh agar tidak hanya membina hubungan sesama umat Islam, tetapi turut membina kebersamaan yang lebih luas dalam hubungan sejagat. Oleh itu, masyarakat Islam diajak bersama mendokong dan menjayakan nilai-nilai sejagat seperti cintakan keamanan, kedamaian, kemerdekaan, modenisme, pluralisme dan liberal.
8
MEMETA TANGGAPAN MEREKA
Tanggapan Masyarakat Bukan Islam Mengenai Peranan Muslim Di Dalam Masyarakat Islam Orang-orang bukan Islam mengharap agar Masyarakat Islam menjadi sebuah masyarakat ‘moderat’ yang berusaha untuk melawan anasir-anasir pelampauan dikalangan mereka sendiri. Masyarakat Islam hendaklah menerajui reformasi, berdebat menentang anasir negatif dan melantangkan suara ‘moderat’.Oleh itu, masyarakat Islam diajak bersama mendokong dan menjayakan nilai-nilai sejagat seperti cintakan keamanan, kedamaian, kemerdekaan, modenisme, pluralisme dan liberal.
9
Respon Kita Masyarakat bukan Islam & Islam
Muslim menolak ekstremism & pengganasan Pengganasan & jihad Menanggapi Islam militan Muslim menanggapi sekularisme & Islam Poliik Kita tidak menolak demokrasi secara total Berhadapan dengan realiti Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam Hudud dalam konteks Singapura Berhadapan dengan Salafi & wahabi Menanggapi Fundamentalisme & Radikalisme Muslim menerima Pluralisme Muslim mendukung kemajuan & pembangunan negara Menanggapi Kemodenan Menanggapi Liberalisme Membangun Model Kemajuan Sendiri Menanggapi Pengaruh Luar
10
Perspektif kita kita adalah masyarakat yang sederhana
Menjunjung sifat toleransi, terbuka & saling menghormati Tidak menerima sekularisme sebagai fahaman hidup. Namum akui peranan positif sekularisme dlm konteks masyarakat majmuk Walaupun singapura negara sekular, kita punya kebebasan beragama Prihatin akan kecenderungan sekular yang anti-agama Meyakini bahawa politik adala sebahagian dari Islam Negara Islam adalah sebahagian dari ajaran agama yang kita terima. Menanggapi bahawa demokrasi mempunyai banyak persamaan dengan Islam Kita menolak pengganasan. Mengutamakan jalan yang aman
11
Perspektif kita Sentiasa mematuhi undang-undang dalam amalan beragama
Mengakui akan kepentingan kontekstualisasi dlm kefahaman dan amalan agama Kepentingan keharmonian beragama Menerima bahawa diri kita sebagai warga Singapura Pro kemajuan dan pembangunan Bukan anti-moden Bukan anti-liberal melulu. Menolak liberalisme yang menjurus kepada pembebasan individu secara mutlak di atas kepentingan ramai Seimbang antara anjal dan tetap, dan sebagainya Pro-reformasi dalam beragama Tolak sifat melabel dengan label yang kabur
12
Perspektif kita kita tidak menamakan seseorang sebagai pelampauan sewenang-wenangnya. Kalau pun kita tidak bersetuju dengannya, kita menghormatinya. Kita mengakui bahawa multi-culturalism adalah satu realiti dan jugasunnah alam ini. Kita mengiktiraf interaksi dan kerjasama yang erat dengan pelbagaipihak, serta prinsip nilai sejagat seperti cinta keamanan dankebebasan, selama mana tidak melibatkan percanggahan denganajaran agama. Kita berpendapat bahawa adalah penting untuk diperjelaskan konsepkonsepdan harapan (expectations) yang samar-samar seperti konsepintegrasi nasional, ruang bersama dan ruang peribadi.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.