Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Perubahan Keadaan Jirim

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Perubahan Keadaan Jirim"— Transcript presentasi:

1 Perubahan Keadaan Jirim

2 Jirim berubah dari satu keadaan ke satu keadaan apabila dipanaskan atau disejukkan.
Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan jirim: Dipanaskan Dipanaskan Peleburan Pendidihan / Penyejatan Pepejal Cecair Gas Pembekuan Kondensasi Disejukkan Disejukkan

3 Perubahan Keadaan Air Air boleh wujud dalam tiga keadaan:
cecair, dalam bentuk air pepejal, dalam bentuk ais gas, dalam bentuk stim atau wap air Air boleh berubah keadaannya apabila dipanaskan atau disejukkan.

4 sambungan… Proses perubahan keadaan air termasuk: (i) peleburan
(ii) pendidihan (iii) penyejatan (iv) kondensasi (v) pembekuan

5 Peleburan Peleburan ialah proses yang melibatkan perubahan pepejal kepada cecair apabila dipanaskan. Ais melebur menjadi air pada suhu bilik kerana ais menerima haba dari persekitarannya.

6 Pendidihan Pendidihan ialah proses yang melibatkan perubahan cecair kepada gas apabila dipanaskan. Air mendidih dan berubah menjadi stim apabila dipanaskan pada suhu 100C.

7 Penyejatan Penyejatan ialah proses yang melibatkan perubahan cecair kepada gas apabila cecair menerima haba. Penyejatan berlaku pada permukaan cecair pada sebarang suhu. Sebagai contoh, air di dalam piring penyejatan yang diletakkan di bawah sinaran cahaya matahari hilang selepas seketika.

8 Faktor yang mempengaruhi penyejatan:

9 Kondensasi Kondendasi ialah proses yang melibatkan perubahan gas kepada cecair apabila disejukkan. Sebagai contoh, wap air di udara bertukar menjadi air apabila wap tersentuh permukaan luar gelas yang sejuk. Titisan air terbentuk pada permukaan gelas.

10 Pembekuan Pembekuan ialah proses yang melibatkan perubahan cecair kepada pepejal apabila disejukkan. Air berubah menjadi ais apabila disejukkan pada suhu 0C.


Download ppt "Perubahan Keadaan Jirim"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google