Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MELAYU ISLAM BERAJA Pengenalan & rasional Zatil Ridh'wah Hj Darot.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MELAYU ISLAM BERAJA Pengenalan & rasional Zatil Ridh'wah Hj Darot."— Transcript presentasi:

1 MELAYU ISLAM BERAJA Pengenalan & rasional Zatil Ridh'wah Hj Darot

2 Titah Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam (NBD)
Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 1 Januari 1984, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah “…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wataala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan ____________ bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk serta keredaan Allah Subhanahu Wata'ala jua akan sentiasa berusaha pada memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan bagi rakyat Beta, ” Rujukan: Buku Teras Brunei Melayu Islam Beraja, , m.s 5, Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pemasyuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada 1 hb Januari 1984.

3 Pengenalan

4 Falsafah Negara Konsep Melayu Islam Beraja menurut takrif yang dijelaskan di majlis perasmian Seminar Melayu Islam Beraja pada 21 Safar 1415 bersamaan 30 Julai 1994 ialah: Melayu ialah hak bangsa Melayu yang terdiri daripada tujuh puak jati bangsa Melayu dengan nilai-nilai luhur keupayaan Melayu yang dinamik dan dominan menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Islam ialah agama rasmi negara menurut aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah mengikut ________________ yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap, sempurna dan unggul. Beraja ialah pemerintahan beraja di mana sultan selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat baginda adalah memegang amanah bagi menjalankan kuasa tertinggi memerintah negara.

5 Dasar Pendidikan “...Pada tahun 2003, Perintah Pendidikan yang baru telah diperkenalkan secara rasmi dengan tujuan mencapai satu status pendidikan yang efektif, efisien dan seimbang selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan juga untuk memenuhi keperluan era moden serta _________________ dan teknologi". Rujukan: Buku Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21, Cetakan Ketiga Mac 2009, m.s 6.

6 Visi dan Misi Pendidikan SPN21
“Pendidikan Berkualiti ke Arah Negara yang Maju, Aman dan Makmur” Misi “Untuk Memberikan Pendidikan yang Holistik bagi Mencapai _____________ yang Penuh bagi Semua”

7 Pendidikan Kenegaraan Mata Pelajaran MIB
Bagi menjunjung hasrat dari titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, cara atau saluran yang paling berkesan ialah melalui pendidikan. Oleh itu dalam tujuan Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam (1985) DINYATAKAN: “Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam ini akan membentuk masyarakat Negara Brunei Darussalam yang berdasarkan konsep Melayu Islam Beraja “

8 Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK), Kementerian Pendidikan telah mengurak langkah menggubal satu Sukatan Pelajaran Melayu Islam Beraja Menengah Bawah yang diluluskan dan diterbitkan pada 1991.

9 Bersempena dengan Titah Perkenan yang terpapar diatas, maka bermulalah kewujudan pusat pengajian modul MIB yang perlu diimbangi di peringkat universiti dan kolej, yang mana telah dipraktikkan di kedua-dua buah universiti di negara ini, iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) maka pihak Kemuda Institute (KI) telah memperkenalkan Modul (Mata Pelajaran) Melayu Islam Beraja (MIB) dalam pembelajaran. Mata pelajaran MIB merupakan ______________ bagi semua program. Modul ini dibahagikan kepada 3 komponen iaitu Melayu, Islam dan Beraja.

10 Rasional

11 Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035:
Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Menyambut Tahun Masehi 2009: Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035: Rakyat yang berpendidikan tinggi dan berjaya. Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi . Ekonomi yang dinamik dan ______________ .

12 Meyahut seruan kerajaan melalui wawasan Negara Brunei Darussalam 2035 maka diterapkan dalam kuliah di Kemuda Institute (KI) bagi modul MIB adalah bertujuan untuk memenuhi perkara berikut: Kesetiaan kepada Sultan dan negara serta keyakinan terhadap nilai-nilai Islam; Mewujudkan masyarakat yang sejahtera, aman, bahagia dan damai yang menjadi jentera kepada kemajuan dan pembangunan bangsa, ekonomi, budaya, sosial dan politik;

13 Tugasan Apakah dia tujuh puak jati bangsa Melayu Brunei? Nyatakan dan huraikan. Kenapa puak Iban dikecualikan daripada tujuh puak jati Melayu Brunei?

14


Download ppt "MELAYU ISLAM BERAJA Pengenalan & rasional Zatil Ridh'wah Hj Darot."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google