Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sumber dan bentuk tenaga

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sumber dan bentuk tenaga"— Transcript presentasi:

1 Sumber dan bentuk tenaga

2 Terdapat pelbagai sumber tenaga.
Kita boleh mendapat tenaga daripada sumber-sumber yang berlainan. Berikut ialah sumber-sumber tenaga yang akan dipelajari: (i) matahari (ii) makanan (iii) angin (iv) bahan api (v) bateri / sel kering (vi) biojisim (vii) ombak (viii) nuklear

3 Matahari Matahari merupakan sumber tenaga utama.
Matahari membekalkan kita cahaya dan haba. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan melalui proses forosintesis. Tenaga yang disimpan dalam tumbuhan dipindahkan kepada manusia dan haiwan yang makan tumbuhan tersebut. Matahari

4 Makanan Makanan yang kita makan mengandungi tenaga.
Kita menggunakan tenaga yang diperoleh daripada makanan untuk menjalankan proses hidup dan aktiviti seharian kita. Makanan

5 Angin Angin merupakan pergerakan udara atau gas-gas lain.
Tenaga angin boleh ditukar kepada bentuk yang berguna seperti elektrik dengan menggunakan turbin. Tenaga angin digunakan secara untuk: - melayarkan kapal - menerbangkan layang-layang - menghancurkan biji-bijian - mengepam air Angin

6 Bahan api Bahan api ialah bahan yang dibakar untuk mendapatkan tenaga.
Bahan api seperti arang batu, petroleum dan gas asli merupakan sumber tenaga. Bahan api digunakan secara meluas dalam bidang pengangkutan. Bahan api

7 Tenaga yang disimpan di dalam bateri dan sel kering boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik
Alat-alat seperti lampu suluh, radio dan jam menggunakan bateri untuk berfungsi. Bateri / sel kering

8 Tenaga biojisim ialah tenaga yang dijana daripada pembakaran dan penguraian benda-benda hidup sepeti tumbuhan dan haiwan. Biojisim ialah bahan organik yang diperoleh daripada sumber seperti: najis haiwan sekam padi sisa tanaman seperti tebu atau kelapa sawit Tenaga biojisim boleh ditukarkan kepada bentuk-bentuk tenaga lain yang berguna seperti bahan api. Biojisim

9 Ombak terhasil apabila angin meniup air yang besar isipadunya seperti laut dan muara sungai.
Tenaga yang dihasilkan daripada ombak digunakan untuk menggerakkan turbin bagi menjana tenaga elektrik. Ombak

10 Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear.
Tenaga nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Tenaga nuklear juga digunakan untuk menggerakkan enjin kapal selam dan membekalkan tenaga bagi satelit. Nuklear


Download ppt "Sumber dan bentuk tenaga"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google