Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehElvira Korošec Telah diubah "5 tahun yang lalu
2
Luas suatu sektor bulatan berubah secara langsung dengan sudut di pusat dan kuasadua jejari bulatan. Jika luas suatu sektor dengan sudut di pusat 36o dan jejari 10 cm ialah 31.4 cm2, cari luas sektor dengan sudut pusat 72o dan jejari 5 cm.
3
Bilangan pusingan sebuah roda basikal setiap minit berubah secara langsung dengan kelajuan basikal itu dan secara songsang dengan diameter roda. Satu basikal dengan diameter roda 63 cm mencatatkan pusingan seminit pada kelajuan 18 km/j. Sebuah basikal yang lain mempunyai roda yang diameternya 35 cm. Berapakah bilangan pusingan yang akan dicatatkan dalam seminit jika ia bergerak pada kelajuan 30 km/j?
4
Tenaga kinetik sebuah kereta berubah secara langsung dengan jumlah jisim (bersama muatan) dan kuasadua kelajuan kereta tersebut. Sebuah kereta dengan jisim 1000 kg yang bergerak pada kelajuan 72 km/j mempunyai tenaga kinetik 200 kJ. Apakah tenaga kinetik sebuah kereta berjisim 1500 kg yang bergerak pada kelajuan 108 km/j?
5
Isipadu gas berubah secara langsung dengan suhu mutlak dan secara songsang dengan tekanan. Pada suhu mutlak 283 K dan tekanan 73 cm Hg, sejumlah jisim gas mempunyai isipadu 200 cm3. Apakah isipadu jisim gas tersebut pada suhu 273 K dan tekanan 76 cm Hg?
6
Haba yang dihasilkan dalam satu litar elektrik berubah secara langsung dengan kuasadua voltan dan secara songsang dengan rintangan. Jika rintangan 57.6 ohm pada voltan 240 V menghasilkan haba sebanyak 1 kW, apakah jumlah haba yang akan dihasilkan apabila rintangan ialah 69 ohm dan voltan ialah 220V?
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.