Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Modul Pemikiran Islam Sederhana di Singapura

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Modul Pemikiran Islam Sederhana di Singapura"— Transcript presentasi:

1 Modul Pemikiran Islam Sederhana di Singapura

2 Definisi Pemikiran Mengikut Kamus Dewan (DBP 2002) pemikiran adalah satu proses atau perihal berfikir (memikir). Pemikir merujuk kepada orang yang berfikir atau ahli fikir. Pemikiran lateral – merujuk kepada cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila) tetapi berkesan.

3 Definisi Islam Adalah satu sistem keyakinan (belief system) atau cara hidup (pengamalan, budaya, tamadun atau gaya berfikir) bagi orang-orang yang beragama Islam.

4 Pemikiran Islam Perihal beberapa pola pemikiran atau aliran yang timbul dalam kerangka berfikir yang wujud dalam kelompok besar Islam samada sudut aqidah, fiqah, akhlaq maupun falsafah. Dalam sejarah Islam wjud perkembangan idea/ pemikiran dalam permasalahan Aqidah, Fikah dan Falsafah. Dan berpecah kepada beberapa mazhab aliran Jabariah, Khawarij, Qadariah, Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan sebagainya.

5 Peranan pemikiran dalam sejarah tamadun manusia dan Islam
Wujudnya sejarah pemikiran (history of ideas) selari dengan perkembangan faktor luaran dan dalaman sudut sosial, politik, ekonomi, aqidah, falsafah dan sebagainya. Wujud dua pandangan pertama daripada keadaan sosio-ekonomi dan politik sekitaran yang pengaruhi perkembangan beberapa idea-idea yang cuba menawarkan penawar/ huraian bagi kemelut yang berlaku (Prof Rocquain) . Dan pandangan kedua menyatakan bahawa idea-idea dan pola pemikiran yang berkembanglah kemudiannya pengaruhi pergolakkan dalam masyarakat (Prof Roustan). Prof Crane Brinton (Ideas & Men 1963) menegaskan tanpa pengaruh kedua-dua nya, pemikiran dan faktor sosio-ekonomi maka sejarah tamadun manusia tidak akan berkembang dan hidup.

6 Dalam sejarah islam, begitu juga wujud pengaruh sekitaran dan pengaruh proses dalaman berfikir beberapa cendekiawan atau pemikir yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain terutama dalam bidang Aqidah, Falsafah dan Fikah. Awal perkembangan pemikiran dalam sejarah Islam adalah bermulanya proses perkembangan Islam di beberapa kawasan setelah zaman rasulullah s.a.w dan berkembang faktor ijtihad dalam menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan sekitaran.

7 Menurut Wan Adli Wan Ramli, ringkasnya terdapat tiga unsur utama pemikiran Islam (Dr Mohd Fauzi Hamat, 2009) ; Berkait dengan aktiviti akal (ijtihadiyah) Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah Berkait ilmu tentang Tuhan, insan dan alam menurut perspektif Islam Walaupun demikian dalam sejarah pemikir-pemikir Islam kadangkala wujud beberapa idea yang timbul hasil daripada pengadunan dan pentafsiran semula (pengolahan) idea-idea yang asalnya lahir daripada pemikiran-pemikiran asing yang dominan pada sesuatu masa, seperti Greek Yunani, Cina, India dan juga Parsi.

8 Pembentukkan Pemikiran Islam Pada Zaman Awal Islam.
Zaman Rasulullah s.a.w Zaman Sahabat Khulafa al Rashidin Zaman Bani Umayyah Zaman Bani Abassiyah

9 Faktor-faktor yang mempengaruhi
Pengaruh sekitaran sudut sosial dan geografi dimana mereka menetap. Pengaruh budaya atau ‘uruf Pengaruh politik dan ekonomi Pengaruh pemahaman antara teks dan konteks

10 Berkembang Aliran Pemikiran Islam
Pada zaman awal Islam persoalan mazhab fiqhiyyah dan teologi banyak mempengaruhi perbincangan ketika itu. Pengaruh falsafah Yunani (Greek) dan timbulnya perbahasan berkaitan ketuhanan, qada’ dan qadar, hari kiamat sehingga persoalan kepimpinan (khalifah)

11 Beberapa aliran besar yang timbul
Khawarij Murji’ah Qadariyah Jabariyah Muktazilah Ahlu sunnah wal jama’ah Syiah


Download ppt "Modul Pemikiran Islam Sederhana di Singapura"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google