Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pembuat kasut Pada masa dahulu,

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pembuat kasut Pada masa dahulu,"— Transcript presentasi:

1 Pembuat kasut Pada masa dahulu,
tinggal seorang tukang kayu bersama isterinya. Dia terkenal kerana buatan kasutnya yang bermutu. Pembeli kasut akan datang jauh dan dekat semata-mata untuk membeli kasut buatannya.

2 Pembuat kasut Tetapi tidak lama kemudian, perniagaan kasutnya mulai merosot. Pembeli-pembeli tidak lagi berminat lagi dengan kasutnya. Mereka mahu rekaan terbaru dan menarik.

3 Pembuat kasut Tukang kasut cuba membuat beberapa reka bentuk baru tetapi tidak berjaya. Beliau berasa sedih dan membiarkan peralatannya di atas meja dan masuk tidur. Wang kita, hanya tinggal sedikit sahaja,``kata isterinya.

4 Pembuat kasut Semasa mereka sedang tidur,tiba-tiba muncul tiga orang kerdil sebesar ibu jari. Mereka datang untuk membantu tukang kasut membuat beberapa pasang kasut. Mereka kemudiannya meninggalkan kasut itu di atas meja.

5 Pembuat kasut `` Lihat ini, ada beberapa pasang kasut baru,`` kata tukang kasut itu kepada isterinya. Pada keesokkan harinya, tukang kasut berasa hairan melihat beberapa pasang kasut di atas mejanya.

6 Pembuat kasut Apabila tukang kasut meletakkan kasut itu di kedainya untuk dijual, ramai pembeli yang tertarik lalu membeli kasut-kasut tersebut. Tukang kasut berasa terlalu gembira lalu menggunakan duit hasil jualan untuk membeli makanan untuk dia dan isterinya.

7 Pembuat kasut Hari itu, sebelum masuk tidur, tukang kasut meletakkan beberapa keping kulit di atas meja. Esoknya, kulit itu telah bertukar menjadi kasut-kasut yang amat cantik.

8 Pembuat kasut `` Siapa yang membuat kasut – kasut ini ?`` soal tukang kasut kepada isterinya. `` Malam ini kita akan tahu `` jawab isterinya.

9 Pembuat kasut Pada malam hari, tukang kasut dan isterinya tidak tidur.
Mereka bersembunyi di belakang almari. Tiba-tiba muncul tiga orang kerdil sekecil ibu jari untuk membuat kasut-kasut seperti biasa

10 Pembuat kasut Apabila hari sudah pagi, mereka pun pulang.
Tukang kasut dan isterinya terhutang budi kepada tiga orang kerdil.

11 Pembuat kasut `` Kita mesti buat sesuatu untuk membalas budi mereka,`` kata tukang kasut kepada isterinya. ``Aku akan jahitkan sepasang baju dan seluar baru untuk mereka,`` jawab isteri tukang kasut. Baiklah,`` jawab tukang kasut.

12 Pembuat kasut Isteri tukang kasut mengambil beberapa helai kain kecil dan menjahit baju dan seluar. Pada malam hari, mereika meletakkan baju dan seluar itu di atas meja.

13 Pembuat kasut Apabila tiga orang kerdil itu sampai, mereka melihat baju dan seluar baru di atas meja. Mereka merasa amat gembira lalu memakai baju baru mereka dan menari hingga ke pagi.

14 Pembuat kasut Akhirnya tukang kasut itu menjadi kaya dan terkenal kerana kasut-kasutnya.Mereka hidup aman dan sentosa bersama.


Download ppt "Pembuat kasut Pada masa dahulu,"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google