Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Modul: Tafsir KBD
2
Pengenalan Tafsir Tafsir: Ia bererti menjelaskan, menerangkan.
Dari segi Istilah: Ilmu yang membahaskan tentang keadaan al-Qur`an dari segi dilalah-nya berdasarkan maksud yang dikehendaki oleh Allah sebatas kemampuan manusia. Pengenalan Surah Makkiyyah dan Madaniyyah: Dari segi Bahasa: Makki adalah Mekah dan Madani adalah Madinah. Dari segi Istilah: 1) Makki adalah sesuatu ayat atau surah yang diturunkan di Makkah walaupun turunnya itu setelah hjrah. Madani adalah sesuatu ayat atau surah yang diturunkan di Madinah.
3
Pengenalan Tafsir 2) Makki adalah sesuatu yang mengkhitabkan kepada penduduk Makkah. Sedangkan Madani adalah sesuatu yang mengkhitabkan kepada penduduk Madinah. 3) Makki adalah sesuatu ayat atau surah yang diturunkan sebelum Hijrah walaupun ayat atau surah tersebut turun selain di Makkah. Sedangkan Madani adalah sesuatu yang diturunkan setelah Hijrah baik yang diturunkan di Madinah atau di Makkah. Pendapat yang masyhur: Pendapat yang ke-3.
4
Tafsir surah an-nas
6
Surah An-Nas Surah ini dinamakan surah An-Nas (Manusia) kerana ia dimulakan dengan firman Allah swt yang bermaksud “ Katakanlah wahai Muhammad!, aku mohon perlindungan kepada Tuhan pemelihara manusia.” Perkataan ‘manusia’ dalam surah ini disebut sebanyak 5 kali. Ia diturunkan semasa dengan surah al-falaq. Menurut kebanyakan ulama’, surah ini merupakan surah Makkiyyah. Surah ini merupakan surah yang terakhir di dalam al-Quran. Al-Quran dimulakan dengan surah al-Fatihah iaitu meminta pertolongan Allah dan puji-pujian untukNya. Malah surah an-Nas juga diakhiri dengan meminta pertolongan dariNya Surah an-Nas adalah surah yang pendek dan ringkas.
7
Surah An-Nas Kandungan Surah
Surah ini mengandungi permohonan perlindungan kepada Allah swt. Dijauhkan dari kejahatan Iblis dan tenteranya yang sentiasa menggoda manusia dengan was-wasnya. Surah an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas digunakan oleh Nabi untuk memohon perlindungan Allah swt dari sihir Yahudi Surah ini juga dinamakan sebagai surah al-Muqosyqitan yang bermaksud “yang menyelamatkan dari sifat munafik”
8
Surah An-Nas Mengapa ayat ini diturunkan?
Suatu ketika Nabi Muhammad jatuh sakit. Dua malaikat datang kepada baginda Malaikat itu membawa perintah dari Allah swt supaya baginda pergi ke sebuah sumur dan mengeringkan airnya. Di bawah batu yang terdapat di sumur itu tersimpan sebuah kotak yang digunakan oleh tukang sihir untuk menyihir Nabi. Pada waktu pagi, Nabi Muhammad saw menghantar Ammar bin Yasir serta beberapa orang sahabat untuk pergi ke sumur tersebut. Ketika sampai, mereka melihat airnya berwarna merah kecoklatan. Mereka terus menimba airnya, mengangkat batu tersebut kemudian mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalamnya. Lalu membakarnya. Ternyata di dalam kotak itu terdapat seutas tali yang mempunyai sebelas ikatan. Allah swt lalu menurunkan surah an-nas dan al-falaq. Setiap kali Nabi Muhammad saw membaca satu ayat dari kedua-dua surah itu, terurailah satu simpulan. Akhirnya, sihir itu hilang dari tubuh Nabi Muhammad saw.
9
Memperkenalkan Allah swt
Surah An-Nas An-Nas Memperkenalkan Allah swt Hakikat Syaitan
10
«قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ»
“ Katakanlah Wahai Muhammad, Aku mohon perlindungan kepada Tuhan pemelihara manusia.”
11
«قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ»
Tafsir ayat 1: Maksudnya: Aku berlindung dan memohon pertolongan kepada Allah yang mendidik, menjaga, mencipta, menguruskan urusan manusia dan yang memulihkan kesejahteraan mereka. «قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ» Allah (Pencipta, pemilik, pemelihara, penguasa, pengatur) Surah ini dimulakan dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya. “Al-Rabb” membawa erti yang luas.
12
“ Raja yang menguasai dan memerintah Manusia.”
«مَلِكِ النَّاسِ» “ Raja yang menguasai dan memerintah Manusia.”
13
“Al-Malik” Raja (Allah) (Pemilik alam, menjaga, menguasai & hakim)
«مَلِكِ النَّاسِ» Tafsir ayat 2: «مَلِكِ النَّاسِ» “Al-Malik” Raja (Allah) (Pemilik alam, menjaga, menguasai & hakim) Allah swt adalah raja yang maha memimpin dan Dia lah pengubal undang-undang untuk manusia. Oleh itu manusia tidak boleh mengambil undang-undang selain ciptaan-Nya.
14
“ Tuhan yang disembah manusia.”
«إِلَهِ النَّاسِ» “ Tuhan yang disembah manusia.”
15
«إِلَهِ النَّاسِ» «إِلَهِ النَّاسِ» Allah
Tafsir ayat 3: «إِلَهِ النَّاسِ» Allah Maksudnya: Allah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati sebagai sumber pengharapan dan satu-satuNya Zat yang berhak disembah.
16
«مِن شَرِّ الوَسْوَاسِ الخَنَّاسِ»
“ Dari kejahatan syaitan pembisik yang biasa bersembunyi.”
17
«مِن شَرِّ الوَسْوَاسِ الخَنَّاسِ»
Tafsir ayat 4: «مِن شَرِّ الوَسْوَاسِ الخَنَّاسِ» tersembunyi bisikan Maksudnya: Berlindunglah kepada Allah dan dapatkanlah naungan dari godaan syaitan yang sentiasa menimbulkan was was di hati manusia. Syaitan selalu menghabiskan hasutan-hasutan yang menyesatkan manusia ketika manusia leka dan lalai dari berzikir kepada Allah swt.
18
«مِن شَرِّ الوَسْوَاسِ الخَنَّاسِ»
Kewujudan syaitan sebagai satu jihad dan ujian besar bagi manusia.
19
«الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ»
“ Yang membisik kejahatan ke dalam dada manusia.”
20
«الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ»
Tafsir ayat 5: «الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ» Maksudnya: Yang melontarkan lintasan keinginan yang tidak elok dan buruk di hati manusia. Disebut ‘dada’ merangkumi HATI. Syaitan akan sentiasa menghembuskan bisikan dan perasaan was- was kepada manusia. Mereka menghiasi kebatilan dengan keindahan dan menarik serta mengubah kebenaran dengan segala yang buruk.
21
«مِنَ الجِنَّةِ والنَّاسِ»
“ Iaitu dari golongan jin dan manusia.”
22
«مِنَ الجِنَّةِ والنَّاسِ»
Tafsir ayat 6: «مِنَ الجِنَّةِ والنَّاسِ» Allah mengingatkan kita bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari golongan jin malah di kalangan manusia juga boleh berperanan sebagai syaitan. Iaitu: Manusia yang melakukan zalim kepada manusia lain, pemfitnah, pengumpat dll.
23
Mengapa Perkataan Manusia diulang?
24
1) Menambahkan lagi penerangan dan penjelasan tentang martabat manusia sebagai makhluk Allah yang mulia.
25
2) Yang meminta perlindungan lumrahnya adalah manusia
26
3) Allah memerintahkan agar memohon perlindungan daripada kejahatan manusia.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.