Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

3. Ulasan Berita Satu bentuk penulisan yang mengandungi penilaian sesuatu subjek. Penulis akan membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara seperti bahan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "3. Ulasan Berita Satu bentuk penulisan yang mengandungi penilaian sesuatu subjek. Penulis akan membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara seperti bahan."— Transcript presentasi:

1 3. Ulasan Berita Satu bentuk penulisan yang mengandungi penilaian sesuatu subjek. Penulis akan membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara seperti bahan kesusateraan, rancangan TV, filem dan sebagainya. Ulasan yang baik adalah mampu berkomunkasi dengan pembaca melalui penilaian penulis.

2 Contoh: SEMALAM Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Malahan sejak sistem itu dilaksanakan bulan lalu, banyak blog yang telah menyuarakan bantahan berhubung pelaksanaan sistem tersebut dengan alasan ia membebankan pengguna dan rakyat. Saya tidak faham di mana "penganiayaan" kerajaan terhadap rakyat ekoran penggunaan AES ini. Mungkin mereka (termasuk wakil-wakil rakyat) hanya melihat jumlah saman yang dikutip hasil sistem tersebut, tanpa melihat sudut positifnya.

3 Langkah Mengulas Berita dengan Baik
1. Nyatakan isu berita tersebut. Kita hendaklah menganggap ulasan itu akan dibaca. Maka senaraikan selengkap-lengkapnya maklumat mengenai berita yang hendak diulas seperti tajuk berita, penulis, tarikh.

4 2. Penulisan ulasan berita mesti khusus
Elakkan menggunakan perkataan, istilah dan ungkapan yang kabur seperti: “Sebagaimana yang sudah lazim,” “seperti yang diketahui oleh semua orang”.

5 3. Masukkan idea sendiri ke dalam ulasan itu.
Nyatakanlah pemikiran sendiri yang muncul semasa membaca berita itu. Ini akan membuatkan ulasan itu lebih menarik dan tidak kaku. Tetapi janganlah menulis tentang pendapat peribadi sahaja. Elakkan memberi ulasan terhadap berita yang kita bukan pakar bidangnya. Melainkan buku bacaan umum, itupun perlu dilakukan berhati-hati dengan ilmu yang wajar.

6 4. Elakkan percanggahan dengan diri sendiri.
Sekiranya kritikan dan ulsan telah dibuat, janganlah diakhiri dengan pendapat yang bertentangan dengan kenyataan sebelum ini. Misalnya setelah memberi ulasan, tidaklah perlu kita membuat kesimpulan yang bertentangan, seperti “Sebenarnya berita itu masih mempunyai beberapa kebaikan, huraian mengenai ekonomi itu agak berguna.” Kesimpulan begini menghilangkan kesan kenyataan sebelumnya.

7 Istilah-istilah Akhbar
Teasers Iklan acah, skyboxes, kotak udara, blurb – mempromosikan berita lain yang terdapat di bahagian dalam akhbar Masthead Kepala berita, nameplate, flag, logo – adalah identiti sesebuah akhbar Headline Tajuk Berita – tajuk yang difokuskan pada hari itu Byline Nama penulis – adalah nama wartawan yang menulis berita itu Deck Tajuk kecil – tajuk kecil yang ditulis di atas tajuk berita dinamakan Pasak tajuk (cth, UM). Manakala tajuk kecil yang ditulis di bawah tajuk berita dinamakan Tajuk lapisan (Cth Kosmo) Header Tajuk bagi ruangan khusus seperti pada teasers ditulis Menarik di Dalam, Waktu Solat, Macam-macam Caption Cutline, keterangan gambar – terletak di bawah gambar Jumpline Kenyataan halaman mana berita tersebut bersambung Mug Shot Gambar kecil foto seseorang yang dinyatakan di dalam berita berkenaan.


Download ppt "3. Ulasan Berita Satu bentuk penulisan yang mengandungi penilaian sesuatu subjek. Penulis akan membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara seperti bahan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google