Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN"— Transcript presentasi:

1 WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN
Kesenian melayu MAK YONG WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN 157600 Pn Ernawita Bt Atan

2 MAK YONG????? Kebudayaan seni tari tradisional
Dipersembah dalam bentuk drama-tari Dipersembah sebaik sahaja selapas menuai padi unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian(muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan) Kelantan, Terengganu, Patani, Kedah, serta di Kepulauan Riau – Indonesia.

3 Sejarah Sejarah 1           Lagenda kebiasaannya mengaitkan tarian Mak Yong ini dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Pada ketika itu, ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, sebagai berterima kasih bagi tuaian dan merawat penyakit. Pada zaman dulu, tarian ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Upacara inilah salah satu bukti asal usul datangnya Mak Yong. GO!

4   Sejarah 2 Ada juga yang mengatakan bahawa Mak Yong berasal daripada kisah dua orang adik-beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Ketika menjaga lembu, mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah seterusnya yang dikatakan wujudnya Mak Yong.

5 Sejarah 3 Berkisarkan kepada cerita tiga beranak jatuh sakit Oleh itu, ibu mereka telah mencari pelbagai ikhtiar untuk merawat penyakit tersebut. Namun, sebanyak-banyak alternatif yang dicarinya, tidak ada satu pun alternatif yang boleh menyembuhkan penyakit anak-anaknya itu. Pada hari yang berikutnya, tiba-tiba terlintas di hatinya dan terlucut di mulutnya mengatakan bahawa "kalau anak aku sembuh seperti biasa, aku nak main Mak Yong". Bagaimanakah dia boleh tercakap ayat ini sedangkan pada masa itu, dia tidak tahu apa-apa pun mengenai Mak Yong dan Mak Yong tidak wujud pun di dunia ini pada ketika itu?. Tidak lama selepas dia terlepas ayat tersebut, anak-anaknya pun telah sembuh daripada penyakit ganjil itu. Oleh hal yag demikian, disebabkan ibu tersebut telah terlepas cakap, dia terpaksa laksanakan dan wujudkan juga Mak Yong tersebut. Dengan itu, dia pun mewujudkan dan mencipta lagu-lagu dan seni kata Mak Yong melalui pandangan alam sekeliling yang semula jadi. Sebenarnya perkataan Mak bermaksud "ibu" dan "Yong" berasal dari perkataan "ayong" yang bermaksud buai dalam bahasa Kelantan.

6 3 Jenis Mak Yong Laut Kelantan Kedah

7 Estetika Watak Pelakon wanita Kehidupan raja Bilangan pelakon semakin bertambah

8 Canang, kesi dan serunai
Alat muzik Rebab Canang, kesi dan serunai Tetawak Gendang

9 Kostum Pakaian Mak Yong dan Pak Yong adalah sama dalam Dramatari Melayu Mak Yong di istana sejak 400 tahun dahulu. Pada zaman dahulu, pakaian mereka terdiri daripada baju sempit dan seluar dibuat daripada kain satin, yang dipadankan dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggan. Mereka akan menghiaskan bahagian dada mereka dengan sibar layan atau dengan manik-manik halus berwarna-warni seperti kolar baju layang

10 TEMPAT DAN ALATAN SAMPINGAN
Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah. Ada juga berlatarkan istana dan ada juga berlatarkan sekitar kampung.

11 PERSEMBAHAN MAK YONG Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling. Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong, Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang), Berkhabar, Ello atau Wok dan seterusnya sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan. Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung. Terdapat tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin berkurangan. Peran Tua

12 Peran Muda Cerita-cerita Mak Yong Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong namun, hanya 12 cerita yang sering dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah; Dewa Muda, Bongsu Sakti, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil, Raja Muda Lakleng, Raja Besar Ho Gading, Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa, Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu Sakti) Peran Muda

13 Pengajaran/Unsur-unsur Moral ::Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. :: Adab berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa bergurau. ::Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat :: Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah.

14 Kesimpulan Jelas, asal-usul Mak Yong masih tidak dapat dipastikan
Namun kebelakangan ini, terdapat beberapa cerita Mak Yong ditulis dalam bentuk skip Bertujuan supaya cerita ini dapat didokumentasikan Selain itu, sebagai satu langkah ke arah memulihara kesenian warisan bangsa agar tetap hidup dan dapat dipertontonkan kepada generasi akan datang.

15 SEKIAN


Download ppt "WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google