Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan"— Transcript presentasi:

1 BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan
Globalisasi telah mewarnai dunia pada abad ke- 21. Sarjana Barat seperti Huntington telah melontarkan idea pertembungan peradaban. Idea ini telah mengakibatkan pertembungan antara tamadun. Globalisasi sebagai agen yang telah mempercepatkan berlakunya dampak dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan juga terhadap agama.

2

3 Dialog Peradaban Definisi: Hubungan, pertemuan, komunikasi dan lai-lain berlaku antara kelompok, masyarakat dan negara amnya. Pertembungan tamadun yang diutarakan oleh Huntington telah mengakibatkan imej tamadun Islam semakin tercalar. Lahir istilah Islamphobia dan sebagainya. Umat Islam dilabel sebagai lemah, pengganas, pelampau dan sebagainya.

4 Realiti yang berlaku ini perlu diperbetulkan
Realiti yang berlaku ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai agama yang cintakan kepada keindahan, kedamaian dan kebahagian bersama. Masyarakat Barat beranggapan serong terhadap umat Islam. Tamadun Islam yang cemerlang dalam pelbagai bidang keperluan manusia mula dilihat sebagai tamadun yang mencetuskan kemusnahan, permusuhan dan menimbulkan kekacauan kepada dunia. Masyarakat Islam ditindas. Contoh peperangan yang berlaku dengan bantuan kuasa Barat.

5

6 Menurut Hashim Musa dalam bukunya “Merekontruksi Tamadun Melayu” ciri-ciri dialog peradaban adalah seperti berikut: 1. Bersetuju atas segala perbezaan 2. Tidak bertujuan untuk membuat penilaian. Berdiskusi untuk menghormati adat dan budaya orang lain. 3. Mengelakkan sinkritisme. 4. Bersikap pluralisme

7 Globalisasi Definisi: Globalisasi adalah merupakan satu proses untuk meletakkkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa di batasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara (Hashim Musa). Globalisasi: Sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan teknologi maklumat. (Dewan Bahasa dan Pustaka).

8

9

10 Cabaran Globalisasi Dampak Budaya Kebendaan Kebaratan/ Dominasi Budaya
Kesan budaya Barat moden ke atas masyarakat timur begitu ketara sehingga hampir menghilangkan jati diri individu yang kaya dengan adat budaya. Kehidupan masyarakat sudah banyak berubah ekoran daripada perubahan masa, suasana dan realiti semasa. Perbezaan cara hidup di kota dan juga di kampung.

11 Mementingkan gaya hidup mewah, bergaya, kecenderungan berhutang, mementingkan diri sendiri.
Kekayaan dijadikan sebagai status atau jurang yang membezakan status sosial dalam masyarakat. Wujud jurang antara yang kaya dan miskin. Wujud penindasan. Lahirnya pelbagai aliran kebaratan yang mempengaruhi anak muda. Budaya Punk, Hedonisme

12 Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk
Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya. Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.

13

14

15 Dominasi Politik Kemerdekaan merujuk kepada kebebasan. Contohnya, pemerintahan sesebuah negara dikuasai oleh anak tempatan. Realiti yang berlaku, masih lagi terdapat negara yang merdeka tetapi masih lagi terikat dengan telunjuk Barat. Dunia pada hari ini didominasi oleh kuasa besar dunia. Selepas perang dunia ke-2 negara-negara seperti Amerika, Britain Perancis telah mengalahkan Jerman dan Jepun. Negara tersebut telah memperolehi kuasa veto. Amerika merupakan negara terkuat yang mendominasi PBB.

16 Dominasi Media Dunia Barat telah menguasai bidang teknologi komunikasi dan maklumat dunia. Syarikat gergasi yang menguasasi media yang dipelopori oleh Amerika Syarikat seperti CNN, BBC, Bloomberg, Reuters, UPI, Ap dan seaginya. Syarikat media ini yang menentukan bentuk berita dan olahan sumber berita yang akan dipersembahkan kepada penduduk dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku di luar dunia Barat sering dipesong dan ditafsirkan bagi maksud tertentu.


Download ppt "BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google