Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT"— Transcript presentasi:

1 BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

2 MAKSUD AYAT Pemberian zakat dapat membantu golongan yang memerlukan.
Zakat hanya boleh diagihkan kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja. Golongan yang berhak menerima zakat ialah orang-orang fakir, miskin, amil, mualaf, hamba sahaya yang akan dibebaskan, orang yang berhutang, fi sabilillah dan ibnu sabil. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

3 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Golongan fakir Golongan miskin Pegawai zakat (amil) Golongan mualaf Hamba sahaya yang akan dibebaskan Orang-orang yang berhutang Fi sabilillah (kegunaan pada jalan Allah) Ibnu sabil (orang dalam perjalanan) 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

4 1. GOLONGAN FAKIR Yang termasuk dalam golongan ini ialah orang yang tidak mampu bekerja untuk menampung perbelanjaan harian. Tidak mampu untuk berusaha sendiri dan tidak mampu juga untuk menggajikan orang lain. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

5 2. GOLONGAN MISKIN Golongan miskin ialah orang yang mampu bekerja untuk menampung kehidupan seharian tetapi usahanya tidak mencukupi keperluannya. Sabda Nabi: “Orang miskin itu bukanlah orang yang didesak oleh sesuap makanan atau dua dan sebutir kurma atau dua tetapi orang yang miskin ialah orang yang memelihara dirinya dari meminta-minta.” (HR. Bukhari dan Muslim) 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

6 3. PEGAWAI ZAKAT (AMIL) Amil ialah orang yang menguruskan ehwal zakat seperti orang yang mengumpulkan zakat, yang menjadi juru tulisnya, yang membahagikan zakat kepada golongan tertentu dan seumpamanya. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

7 4. GOLONGAN MUALAF Golongan mualaf ialah orang-orang yang dahulunya tidak beragama atau dari agama lain tetapi kemudian tertarik kepada agama Islam sedangkan hati mereka masih lemah dalam memeluk agama Islam. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

8 5. HAMBA SAHAYA YANG AKAN DIBEBASKAN
Hamba sahaya ialah orang yang di bawah genggaman dan tawanan orang lain. Hamba yang berhak menerima zakat ialah mereka yang telah dijanjikan kemerdekaan oleh tuannya dengan syarat-syarat yang tertentu. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

9 6. ORANG YANG BERHUTANG Orang yang berhutang disebabkan suatu kepentingan untuk kemaslahatan umat manusia sehingga hutangnya melebihi harta benda yang dimiliki berhak menerima zakat. Tetapi bagi mereka yang berhutang untuk tujuan maksiat, maka tidak berhak menerima zakat. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

10 7. FI SABILILLAH Fi Sabilillah ialah sesuatu usaha yang dilakukan untuk kegunaan pada jalan Allah s.w.t. agar dapat meninggikan agama Islam dan ajaran-ajaran Islam. Di antaranya ialah usaha-usaha mendirikan masjid, hospital, rumah tumpangan orang tua, rumah anak yatim, untuk memajukan pendidikan Islam dan lain-lain lagi. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

11 8. IBNU SABIL Golongan Ibnu Sabil ialah mereka yang kehabisan bekal ketika dalam berpergian dengan maksud baik seperti untuk menuntut ilmu, menyebarkan agama, berdagang dan seumpamanya. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

12 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
Golongan yang tidak berhak menerima zakat ada 5 iaitu: Orang kaya (dari segi harta dan usaha) Hamba (kecuali yang telah dijanjikan kemerdekaan) Keturunan Bani Hasyim dan Bani Muttalib (termasuk Nabi Muhammad s.a.w.) 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

13 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
Orang kafir (bukan Islam) Orang yang menjadi tanggungan orang yang mengeluarkan zakat seperti ibu, bapa, isteri dan sebagainya. 2008 KBM 3 FIQH BAB 3

14 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
Hadis yang berkaitan: “Dari Abdullah bin Adi bin Khiyar r.a menceritakan dua orang lelaki yang datang kepada Nabi s.a.w. hendak meminta sebahagian sedekah. Dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,”Jika kamu keduanya mahu, aku beri kamu. Dan tidaklah ada bahagian padanya bagi orang yang kaya dan tidak pula bagi orang yang kuat berusaha.” (HR. Ahmad dan Abu Daud) 2008 KBM 3 FIQH BAB 3


Download ppt "BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google