Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehFidan Karatay Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
2
PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
1) Jadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Firman Allah: Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampungmu”, Surah an-nisa’:66 Abu Abdul Rahman al-Sulami: “ Bunuhlah dirimu” : Melawan hawa nafsu dan “keluarlah dari kampungmu” : Keluarkan perasaan cinta dunia dari hatimu. Tafsiran betul tetapi menjadikan ayat sebagai dalil adalah salah kerana makna asal.
3
PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
2) Meninggalkan makna ayat yang betul dan mentafsirkan ayat dengan makna yang salah Firman Allah: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini – Surah al-Baqarah:35 Sahl Abdullah al-Tasturi: memberikan penumpuan kepada selain Allah.
4
PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
3) Tafsiran yang dari segi pegangan salah Firman Allah: Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. –Surah al-muzammil:8 Ibnu Arabi: Diri kamu sendiri atau kenalilah diri anda janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu. Ibnu Arabi dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu wehdah al-Wujud iaiatu tuhan dan manusia benda yang sama, nama tuhanmu ditafsirkan dengan diri manusia(kamu).
5
PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
4) Pegangan, makna dan mentafsirkan ayat dengan maksud yang salah Firman Allah: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al kitab? mereka percaya kepada jibt dan thaghut. – Surah an-nisa’: 51 Mereka mengatakan: Jibt dan thagut adalah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar bin al-Khattab.
6
PENTAFSIRAN GOLONGAN SHI’AH
7
PENTAFSIRAN GOLONGAN SHI’AH
Suatu aliran yang terdiri daripada beberapa kelompok Penyokong kepada Saidina Ali dan menganggap Saidina Ali sebagai Imam selepas kewafatan Rasul saw dan khalifah adalah miliknya dan keturunannya.
8
PENTAFSIRAN GOLONGAN SHI’AH
Contoh tafsiran shi’ah: Firman Allah: Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? – surah al-an’am: 122 Tafsiran al-Kulayni: - Mati: Orang yang tidak mengetahui sesuatu. Cahaya: Imam yang diikuti Gelap gelita: Orang yang tidak mengenali Imam.
9
PENTAFSIRAN GOLONGAN KHAWARIJ
10
PENTAFSIRAN GOLONGAN KHAWARIJ
Al-Khawarij: Aliran mazhab yang melampau dalam menentang golongan syiah. Mereka melampau dalam membenci Saidina Ali dan keturunannya sehingga mengkafirkan mereka. Ibn Qutaybah berkata: “al-Khawarij dinamakan demikian kerana mereka keluar daripada kesatuan dan memecahkan perpaduan. Mereka juga dinamakan al-Mariqin. Al-Muruq ialah al-Khuruj.”
11
PENTAFSIRAN GOLONGAN KHAWARIJ
Pengikut Naafi’ bin Al Azraq menyatakan: Kami masih musyrik selama masih berada di negeri syirik, apa bila kami memberontak maka kami menjadi muslim. Mereka juga menyatakan: Orang yang menyelisihi kami dalam madzhab adalah musyrik, pelaku dosa besar adalah musyrik dan orang yang tidak terlibat ikut serta bersama mereka dalam perang adalah orang kafir.
12
PENTAFSIRAN GOLONGAN KHAWARIJ
Aliran yang Menyeru kepada Pembaharuan Dalam tafsir Tidak mengikut syarat-syarat dan metodologi pentafsiran al-Quran. Mereka berpandangan sesiapa sahaja boleh bercakap tentang al-Quran walaupun tanpa ilmu. Terpengaruh dengan pemikiran jahiliyah moden seperti Yahudi, Kristian, dan lain-lain.
13
PENTAFSIRAN GOLONGAN KHAWARIJ
Contoh tafsiran mereka: Firman Allah: “Dan bagi Allah atas manusia itu melaksanakan haji ke Baytullah bagi orang yang mampu sampai ke sana, dan barangsiapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dari sekalian alam” -Surah ali-imran:97. Mereka berkata: Maka Allah menjadikan orang yang meninggalkan ibadat haji sebagai kafir.
14
PENTAFSIRAN GOLONGAN MU’TAZILAH
Satu kumpulan yang muncul di akhir pemerintahan Umawi, dan berkembang di zaman pemerintahan Abbasi; berpegang kepada logik semata dalam memahami Aqidah Islam, kerana terkesan dengan sebahagian falsafah luaran yang menyebabkan mereka terseleweng daripada Aqidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
15
PENTAFSIRAN GOLONGAN MU’TAZILAH
( وكلم اللهُ موسى تكليما ) “ dan Allah telah berkata-kata kepada Musa dengan perkataan-perkataan(Nya) ” Untuk menafikan sifat Allah berkata-kata kepada Nabi Musa a.s maka mereka mengubah baris Nahunya daripada baris ( depan ُ ke baris َ atas) hingga mengubah makna yang sebenar kepada menjadi “ dan Musa telah berkata-kata kepada Allah dengan kata- kata(nya)”.
16
DEFINISI AL-BATINIYYAH DAN KEMUNCULAN
Satu kumpulan yang berkepercayaan bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap tanzil ada ta’wilnya.
17
PENTAFSIRAN AL-BATINIYYAH
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Dan janganlah kamu (Adam) menghampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. [al-Baqarah 2:35] al-Hasan al-Askari dalam kitab tafsirnya menyebut:] Yang dimaksudkan dengan “pokok” ialah ilmu, ilmu yang dimiliki oleh Muhammad dan Ahl al-Baitnya, yakni orang-orang yang diberi pengetahuan khusus oleh Allah. Di luar mereka tidak ada seorang pun yang mendapatkannya. Allah melarang mendekati pokok (ilmu) tersebut kerana ia diperuntukkan secara khusus kepada Muhammad dan Ahl al-Baitnya. Hanya merekalah yang mampu mendekatinya…… Barangsiapa yang mendekatinya, dia telah melakukan maksiat kepada Allah sehingga dia termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.