Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

سُوْرَةُ التِّین بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ 

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "سُوْرَةُ التِّین بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ "— Transcript presentasi:

1 سُوْرَةُ التِّین بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ 
سُوْرَةُ التِّین بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ 

2 Surah At-Tiin Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi buah tiin dan zaitun, Dan gunung Tursina, Serta negeri (Mekah) yang aman ini; Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

3 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

4 Intisari Surah At-Tiin
Kita harus bersyukur dan menyembah Allah s.w.t. dan mengikut segala perintahNya kerana Dia menjadikan kita sebaik-baik ciptaanNya. Manusia akan berubah menjadi makhluk yang hina dan rendah darjatnya dihadapan Allah s.w.t. dan akan ditempatkan di neraka apabila dia tidak bersyukur, selalu bermaksiat dan tidak mentaati perintahNya. Allah adalah hakim yang paling adil, manusia akan mendapatkan balasan yang sesuai dengan apa yang telah dilakukannya selama ia hidup di dunia. Jika baik amalnya, maka akan dibalas dengan kebaikan iaitu syurga dan jika buruk amalnya, maka akan mendapat balasan yang buruk pula iaitu neraka dan murkaNya.

5 Sebab Turunnya Surah At-Tiin
Ayat 5-6: Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al-‘Aufi yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahawa firman Allah s.w.t. dalam surah at-Tiin, ayat kelima; “kemudian Kami kembalikan Dia ke tempat yang serendah-rendahnya” yang bererti ia dikembalikan ke tingkat pikun (seperti bayi lagi). Sehubungan dengan hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang kedudukan orang-orang pikun. Maka Allah s.w.t. menurunkan ayat selanjutnya (at-Tiin ayat keenam), yang menegaskan bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh sebelum pikun, akan mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.


Download ppt "سُوْرَةُ التِّین بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ "

Presentasi serupa


Iklan oleh Google