Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MANUSIA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN TEKNOLOGI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MANUSIA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN TEKNOLOGI"— Transcript presentasi:

1 MANUSIA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN TEKNOLOGI
BAB 7 MANUSIA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN TEKNOLOGI

2 OBJEKTIF Membincangkan konsep manusia dan teori kejadiannya.
Menghuraikan proses penciptaan manusia menurut perspektif Islam dan sains. Membincangkan peringkat-peringkat kehidupan dan alam yang ditempuhi oleh manusia.

3 PENDAHULUAN Pencipataan Adam dan Hawa
Adam dan Hawa buat pertama kalinya menetap di dalam syurga. Namun, selepas itu kedua-duanya diturunkan ke bumi. Islam mengajarkan konsep bahawa manusia bebas daripada palitan dosa kesalahan Nabi Adam a.s.

4 PENDAHULUAN Konsep manusia sebagai constituent “ummatik”.
Tindakan hendaklah mengutamakan nilai keadilan sejagat. Manusia hanyalah hamba Allah yang tiada sebarang hak ke atas dirinya sendiri.

5 KEPENTINGAN MEMAHAMI ASAL KEJADIAN MANUSIA
Tujuan memahami asal kejadian manusia untuk wujudkan rasa kesedaran tentang keagungan dan kebesaran Allah S.W.T. Kesedaran bahawa manusia lemah dan kerdil. Mengharap hanya kepada Allah S.W.T. dan sedar kebregantungan mutlak kepada Allah S.W.T. Menghapuskan rasa sombong dan takabbur. Meyakini kebenaran hari akhirat

6 TEORI KEJADIAN MANUSIA
Menurut ahli falsafah Yunani dan Barat teori kejadian manusia merujuk kepada dua sumber ilmu: Akal Pancaindera Teori kejadian manusia menurut Islam merujuk kepada: Wahyu (Al-Quran) Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

7 ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT AHLI FALSAFAH BARAT
Plato ( SM) Aristotle ( SM) La Mettrie ( M) Feuerbach ( M) Karl Marx ( M) Sigmund Freud ( M)

8 PLATO ( SM) Alam idea (intellectual world) vs alam indera (sensual world). Asal kewujudan manusia: wujud di alam idea dan alam nyata. Manusia berasal dari dunia idea.

9 ARISTOTLE ( SM) Menentang teori dunia idea kerana tidak dapat dibuktikan secara empirikal. Hanya wujud alam indera (dunia nyata). Manusia terangkum dalam semua sifat benda wujud: benda keras(jamadat), hidup vegetatif (tumbuhan) dan hidup vegetatif-sensetif (haiwan) dan rasional.

10 ARISTOTLE ( SM) Semua benda yang wujud akan mati kecuali yang rasional kerana ia merupakan roh yang akan terus ada setelah manusia meninggal dunia. Menurut Aristotle lagi, manusia hidup mencari kebahagiaan. Kekayaan, kesenangan material, kemuliaan dan lain-lain bukanlah kebahagiaan sejati.

11 LA METTRIE (1709-1751 M) Manusia hanyalah ibarat mesin.
Begitu juga halnya dengan binatang sehingga tiada bezanya antara manusia dan binatang. Bahan tanpa jiwa boleh bergerak tetapi jiwa tanpa bahan tidak mungkin bergerak. Manusia hanyalah bahan benda atau material semata-mata.

12 FEUERBACH (1804-1812 M) Menurut beliau yang wujud hanyalah alam.
Manusia merupakan benda alami, iaitu yang berasal daripada alam semulajadi. Pengetahuan manusia adalah berdasarkan pengalaman. Aliran falsafah ini dinamakan naturalisme dan ia boleh bertukar menjadi materialisme.

13 KARL MARX (1818-1883 M) Manusia tidak bererti tanpa masyarakat.
Kekuatan-kekuatan material adalah faktor yang mendorong dan menentukan sejarah masyarakat manusia. Manusia hidup ditentukan oleh keadaan ekonomi. Agama adalah candu masyarakat. Menjadi antara faktor lahirnya fahaman komunisme dan sekularisme.

14 SIGMUND FREUD ( M) Adanya alam bawah sedar yang mengendalikan sebahagian besar perilaku. Tingkah laku manusia didorong oleh hasrat seksualiti yang permulaannya dialami manusia semenjak kecil ketika disusui ibunya.

15 SIGMUND FREUD (1856-1939 M) Jiwa memiliki tiga peringkat kesedaran:
sedar (conscious), prasedar (preconscious), dan tidak sedar (unconscious). Mengatakan bahawa satu-satunya kecenderungan manusia adalah asmara (seks) yang menjadi pendorong kepada segala perkembangan manusia dan tingkah lakunya.

16 ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM
Jasad Penciptaan dari tanah dan diarahkan ‘kun fayakun’ (Adam a.s.) Proses biologi (anak cucu Adam) Roh Manusia

17 PENCIPTAAN JASAD MANUSIA MENURUT ISLAM
Penciptaan Adam a.s. Penciptaan Hawa Penciptaan anak cucu Adam a.s.

18 PENCIPTAAN ADAM A.S. Peringkat turab (tanah)
Peringkat tin (sari tanah) Peringkat hama’im masnun (lumpur hitam) Peringkat salsal (tanah liat kering) Peringkat pembentukan jasad Peringkat ditiupkan roh

19 HIKMAH MANUSIA DIJADIKAN DARIPADA TANAH
Memberikan kesedaran kepada manusia bahawa dia akan dikembalikan kepada tanah setelah kematiannya dan kemudian akan dibangkitkan semula pada hari akhirat kelak. Untuk menguji keimanan dan kepercayaan manusia kepada hari Akhirat.

20 BUKTI SAINTIFIK PROSES KEJADIAN ADAM A.S.
Protein Turab (zat organik) Fakhkhar : Carbonium (zat arang) Salsal : oksigen (zat pembakar) Hama’in : zat nitrogen Tin : hidrogen (zat air) Lazib (zat inorganik) Zat besi (ferum) Sodium Kalium Mangan Elektron sinar kosmis Substitusi Pembentukan tubuh manusia

21 PENCIPTAAN HAWWA Hawwa’ dicipta oleh Allah S.W.T. daripada satu tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam a.s. Nabi Adam a.s bertanya lagi, “Kenapa kamu diciptakan?” Jawabnya, “Untuk kamu tinggal bersamaku.” Lalu malaikat bertanya kepada Adam, “Siapakah nama wanita itu?” Beliau menjawab, “Hawwa’.” Malaikat bertanya lagi, “Kenapa dia dinamakan hawwa’?” Beliau menjawab, “Kerana dia dijadikan daripada sesuatu yang hidup (hay).” Lalu Allah S.W.T. (Surah al-Baqarah 2:35) berfirman yang maksudnya: “Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai.”

22 PENCIPTAAN KETURUNAN ADAM
Tahap perkembangan janin yang berlaku di dalam rahim ibu disebut dalam al-Quran (Surah al-Mu’minun 23:12-14); “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

23 ENAM PERINGKAT PENCIPTAAN BANI ADAM A.S.
NUTFAH (gamet & zigot) ‘ALAQAH (epigenesis) MUDGHAH (somit) TULANG (‘izam/sklerotom) DAGING (lahm/miotom) PENIUPAN ROH

24 ELEMEN UTAMA DALAM DIRI MANUSIA
Roh Nafsu Akal Hati

25 1) ELEMEN ROH Maksud roh dalam Al-Quran Wahyu
Kekuatan, ketetapan dan pertolongan Allah Jibril a.s. Roh Nabi Isa a.s.

26 ROH = AL-NAFS (JIWA) Adapun roh makhluk bernyawa, maka semua itu tidak pernah datang penamaannya dalam al-Quran melainkan dengan nama jiwa (al-nafs). Firman Allah S.W.T. (Ali ‘Imran 3:185): “Setiap jiwa (nafs) akan merasakan maut.”

27 ROH = AL-NAFS (JIWA) Sebab dinamakan jiwa (al-nafs) ialah kerana;
Kemuliaannya Nafas yang kerap keluar daripada tubuh kita, lantaran banyak keluar masuknya nafas daripada badan. Pergerakannya, iaitu apabila seseorang manusia tidur (keluar nafs daripadanya), dan apabila terjaga (kembali semula nafs), dan ketika mati (keluar nafs daripadanya sama sekali dan tidak akan kembali), dan ketika tubuhnya dikuburkan (nafs kembali lagi), dan setelah disoal (nafs keluar lagi), dan ketika dibangkitkan pada hari kiamat (nafs akan kembali lagi).

28 PERBEZAAN ANTARA NAFS (JIWA) DENGAN ROH
Pada sifatnya saja, tidak pada zat. Dinamakan darah itu nafs (jiwa/nyawa) kerana dia akan keluar bersama jiwa ketika maut datang meregut jiwa, dan sesungguhnya kehidupan tidak akan sempurna melainkan dengan darah, demikian pula darah tidak akan sempurna melainkan dengan jiwa atau nyawa. Manakala dalam hadis, roh manusia diistilahkan sebagai al-ruh dan al-nafs. Demikian pula roh dinamakan dengan ‘angin’, disebabkan angin itu sangat diperlukan dalam kehidupan. Daripada kalimah roh datang perkataan rauh, raihan, dan istirahah, yang diertikan dengan kelapangan dan istirehat.

29 2) ELEMEN NAFSU Nafsu merupakan sumber kehendak yang dijadikan oleh Allah S.W.T. pada diri seseorang manusia. Dengan adanya nafsu, maka manusia boleh menentukan sesuatu yang dikehendakinya.

30 PENENTUAN MAKSUD NAFSU MENURUT AL-GHAZALI
Nafsu yang menjadi tempat tumpukan kekuatan sifat marah dan syahwat pada manusia. nafsu ammarah bi al-su’ (nafsu yang mengajak tuannya melakukan perkara buruk dan jahat) dan nafsu lawwamah (nafsu yang mencela tuannya yang melakukan perkara buruk dan jahat). 2) Hakikat kemanusiaan nafsu mutma’innah (nafsu yang tenang),

31 3) ELEMEN AKAL Akal merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang diberikan kepada manusia. Dengan akal inilah seseorang manusia dibezakan dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Akal merupakan alat untuk manusia memahami sesuatu secara benar dan menyeluruh.

32 4) ELEMEN HATI Menurut al-Ghazali perkataan al-qalb (hati) mengandungi dua pengertian, iaitu; 1) Al-Qalb (hati jantung) ialah segumpal daging yang berbentuk bulat panjang dan terletak di dada sebelah kiri. 2) Al-Qalb (hati) dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dan rohaniah yang ada hubungan dengan hati jasmani.

33 PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA
ALAM ROH ALAM RAHIM ALAM DUNIA ALAM BARZAKH ALAM AKHIRAT

34 KESIMPULAN Manusia terdiri daripada jasad dan roh.
Manusia akan menempuh lima tahap atau alam secara berperingkat-peringkat, iaitu; Alam Ghaib (tempoh tidak diketahui) Alam Rahim (9 bulan 10 hari) Alam Dunia (mengikut tempoh umur masing-masing) Alam Barzakh (dari mula kematian sehingga dibangkit semula selepas dunia kiamat) Alam Akhirat (kekal di syurga ataupun neraka) Tahap ketiga/alam dunia adalah tahap yang amat menentukan keputusan akhir nasib seseorang.

35 KUIZ Ahli falsafah klasik Yunani dan Barat mengemukakan teori kejadian manusia dengan merujuk kepada dua sumber ilmu iaitu: Nyatakan secara ringkas 6 peringkat proses penciptaan jasad Adam a.s. Nyatakan 4 elemen utama dalam diri manusia. Menurut imam al-Ghazali, penentuan maksud nafsu boleh diberikan pengertian dalam dua bentuk, iaitu:


Download ppt "MANUSIA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN TEKNOLOGI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google