Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA"— Transcript presentasi:

1 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
BAB 8 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

2 KANDUNGAN BAB 8.1 PENGENALAN 8.2 DEFINISI DAN KONSEP PENDAPATAN NEGARA
8.3 KAEDAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA 8.4 KEPENTINGAN DAN MASALAH DALAM PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA 8.4.1 KEPENTINGAN PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA 8.4.2 MASALAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA

3 8.1 PENGENALAN Teori makroekonomi menumpukan analisis berkaitan kegiatan ekonomi negara secara menyeluruh (agregat). Pendapatan negara merujuk kepada jumlah semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara, biasanya dalam tempoh setahun. Terdapat 3 kaerdah mengira pendapatan negara; kaedah pendapatan, kaedah perbelanjaan dan kaedah keluaran.

4 8.2 DEFINISI DAN KONSEP PENDAPATAN NEGARA
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Keluaran Negara Kasar (KNK) Keluaran Negara Bersih (KNB) Harga Pasaran dan Harga Faktor Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna

5 Konsep pendapatan ini di bezakan dengan 3 konsep penting:
(i) susut nilai membezakan konsep kasar dan bersih, (ii)cukai tidak lansung (CTL) dan subsidi membezakan keluaran pada harga pasar dan keluaran pada harga faktor, (iii)pembayaran pendapatan faktor bersih keluar negara (FBL) membezakan konsep keluaran negara dengan keluaran dalam negara.

6 KDNK, KNK dan KNB: KDNK ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara pada suatu masa tertentu. Faktor tersebut adalah milik warganegara tempatan atau warganegara asing yang bekerja dalam sesebuah negara. KNK ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang diwujudkan oleh faktor-faktor pengeluaran milik warganegara tersebut, tanpa mengambil kira pengeluaran itu dilakukan dalam negara itu atau di negara lain. KNK = (KDNK – FBL) FBLN = (PFL – BFL) KNB ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang diperoleh apabila KNK ditolak dengan susut nilai. KNB = KNK – susut nilai.

7 Keluaran Negara Pada Harga Pasar (KDNKhp) & Keluaran Negara Pada Harga Faktor (KDNKhf)
KDNKhp adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengguna di pasaran. Ini bermakna harga pasaran termasuk cukai tak lansung (CTL)yang di bayar pengguna semasa perbelanjaan, tidak termasuk subsisi (S) yang di bayar kerajaan kepada pengeluar. KDNKhf adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dinilai mengikut bayaran yang dibuat kepada faktor pengeluaran tersebut. Ini bermakna harga faktor termasuk subsidi yang dibayar kerajaan kepada pengeluar tetapi tidak termasuk cukai tak lansung. Hf = (Hp – CTL + S)

8 Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna
Pendapatan persendiriaan ialah pendapatan yang di terima oleh individu dalam ekonomi sama ada dari ganjaran melakukan kegiatan yang produktif atau sebagai bayaran pindahan. Pendapatan boleh guna adalah pendapatan yang di terima oleh individu setelah mengambil kira nilai cukai pendapatan yang di bayar. Pendapatan boleh guna ini akan di agihkan untuk tujuan perbelanjaan atau tabungan.

9 8.3 KAEDAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA
Pengukuran pendapatan negara boleh dilakukan melalui tiga kaedah; (i) Kaedah pendapatan (ii) Kaedah keluaran atau nilai di tambah (iii) Kaedah perbelanjaan

10 Kaedah Pendapatan: Pengiraan pendapatan negara dengan menjumlahkan semua jenis pendapatan yang diperoleh daripada faktor-faktor pengeluaran; tanah (sewa), buruh (gaji & upah), modal (bunga) dan usahawan (keuntungan). Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah): Perhitungan pendapatan negara dengan menjumlahkan nilai ditambah yang diwujudkan oleh pelbagai sektor ekonomi. (iii) Kaedah Perbelanjaan: Pengiraan pendapatan dengan menguunakan kaedah campuran nilai perpelanjaan sesebuah negara terhadap barangan dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran.

11 Nilai Pendapatan (RM Juta)
Pengiraan Pendapatan Negara: Kaedah Pendapatan Jenis Pendapatan Nilai Pendapatan (RM Juta) Upah dan Gaji 2. Bunga bersih (+) (i) bunga kasar (+) (ii) bunga atas pinjaman pengguna (-) (iii) bunga atas pinjaman negara (-) Pendapatan dari sewa (+) 4. Pendapatan perusahaan persendirian (+) 5. Keuntungan perusahaan (+) (i) dividen (+) (ii) keuntungan yang tidak dibahagikan (+) (iii) cukai pendapatan perusahaan (+) 600 (100) (200) 150 200 250 5000 300 230 500 KNB pada kos faktor (Pendapatan Negara) 6630

12 Nilai Keluaran (RM Juta)
Pengiraan Pendapatan Negara: Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) Sektor Ekonomi Nilai Keluaran (RM Juta) Pertanian, perikanan, ternakan dan perhutanan (+) Perlombongan dan kuari (+) Perkilangan (+) Pembinaan (+) Elektrik, air dan gas (+) Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan (+) Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran (+) Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (+) Perkhidmatan kerajaan (+) Perkhidmatan lain 4,563 612 2,197 711 401 1,098 2,086 1,109 1,199 1,339 KDNKhf 15,315

13 Jumlah Perbelanjaan (RM Juta)
Pengiraan Pendapatan Negara: Kaedah Perbelanjaan Jenis Perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan (RM Juta) Perbelanjaan penggunaan isi rumah , C (+) Pelaburan kasar, I (+) Perbelanjaan kerajaan, G (+) Eksport bersih,X-M Eksport (+) Import (-) 5,427 1,150 1,339 261 3491 (3230) KDNKhp 8,177

14 KEPENTINGAN DAN MASALAH DALAM PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA
8.4 KEPENTINGAN DAN MASALAH DALAM PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA

15 8.4.1 KEPENTINGAN PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA
Mengukur prestasi ekonomi Mengesan masalah ekonomi Memperbaiki masalah ekonomi Menilai keberkesanan dasar ekonomi Mengukur taraf hidup rakyat Menbandingkan taraf hidup antara negara Mengukur sumbangan sektor ekonomi ke atas keluaran negara

16 8.4.2 MASALAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA
Masalah pengiraan dua kali Masalah ini wujud kerana sukar menentukan sama ada sesuatu barang itu barang siap atau barang perantaraan. (ii) Sukar untuk mendapatkan maklumat Segala bayaran bagi aktiviti haram tidak diambilkira dalam penentuan pendapatan negara. Sesetengah aktiviti tidak di rekodkan kerana mengelak dari membayar cukai. Perusahaan kampung secara kecil-kecilan juga tidak direkodkan kerana kesukaran mendapatkan maklumat.

17 Pembayaran aktiviti yang tidak melibatkan wang
Aktiviti sukarela seperti gotong royong dan aktiviti yang dilakukan sendiri oleh individu seperti suri rumah sepenuh masa yang melakukan tugas menjaga anak dan mengemas rumah. Susut nilai Masalah menentukan kaedah yang sesuai untuk mengira susut nilai juga masalah rekod yang tidak lengkap mengenai nilai susut nilai di pelbagai kegiatan ekonomi.

18 TERIMA KASIH


Download ppt "PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google