Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Prihatin Terhadap Pengguna Jalan Raya
Seseorang pemandu perlu bersikap prihatin terhadap pengguna jalan raya yang lain.Antaranya termasuklah pejalan kaki,penunggang motosikal,dan penunggang basikal.Usah sesekali menganggap diri mereka raja di jalan raya.Perbuatan tersebut bukan saja membahayakan diri sendiri bahkan juga orang lain. Jadikanlah Jalan Raya Tempat Yang Selamat Untuk Semua Pejalan Kaki *Beri laluan kepada pejalan kaki. *Pandu dengan berhati-hati apabila melepasi kawasan sekolah. *Prihatin kepada kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua. *Beri laluan kepada pejalan kaki yang melintas di garisan kuning. *Berhati-hati ketika memandu di kawasan pusat membeli-belah. Penunggang Motosikal *Berhati-hati terhadap penunggang motosikal yang keluar masuk lorong dengan sesuka hati. *Berhati-hati di simpang jalan kerana penunggang motosikal boleh muncul dengan tiba-tiba. *Jangan memecut apabila penunggang motosikal memotong kenderaan kamu. *Sentiasa berwaspada apabila penunggang motosikal cuba mengelak halangan atau lubang di jalan raya. Penunggang Basikal *Jarakkan kereta dengan penunggang motosikal sekurang-kurangnya enam kaki untuk mengelakkan mereka terkena pergolakan udara yang dihasilkan oleh kereta kamu. *Berwaspadalah setiap kali penunggang basikal cuba mengelak lubang di jalan raya. Berhati-hati dengan kehadiran penunggang basikal di persimpangan jalan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.