Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PERKEMBANGAN LINGUISTIK:
UNIT 7 PERKEMBANGAN LINGUISTIK: PERINGKAT AWAL, PERKEMBANGAN DAN PEMODENAN
2
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti perkembangan ilmu linguistik: > peringkat awal, iaitu zaman India, Yunani, Romawi, Pertengahan dan Pembaharuan > peringkat perkembangan dan pemodenan, iaitu abad ke-18, ke-19, 80-an, Ferdinand de Saussure, L Bloomfield, Noam Chomsky
3
PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK
PERINGKAT AWAL PERINGKAT PERKEMBANGAN PERINGKAT PEMODENAN
4
PERINGKAT AWAL ZAMAN INDIA ZAMAN YUNANI ZAMAN ROMAWI ZAMAN PERTENGAHAN
ZAMAN PEMBAHARUAN
5
PERINGKAT PERKEMBANGAN
Abad ke-18 Abad ke-19: E.B. Condillac, J. G. Herder, F. V. Schlegel dan A. W. Schlegel, W. V. Humbold, R. K. Rask, F. Bopp, J. Grimm, A. Schleicher Golongan 80-an dan sesudahnya
6
FERDINAND DE SAUSSURE L. BLOOMFIELD KENNETH L. PIKE NOAM CHOMSKY
PERINGKAT PEMODENAN FERDINAND DE SAUSSURE L. BLOOMFIELD KENNETH L. PIKE NOAM CHOMSKY CHARLES FILLMORE
7
ZAMAN INDIA Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua
Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA. Buku ini merupakan deskripsi lengkap bahasa Sanskrit Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda
8
ZAMAN INDIA Panini telah menyusun lebih kurang 4,000 pemerian tentang struktur bahasa Sanskrit dengan prinsip dan gagasan yang masih digunakan dalam linguistik moden Panini pernah disebut sebagai one of the greatest monuments of the human intelligence Pada zaman ini, bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda (kitab suci Hindu)
9
ZAMAN YUNANI Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah menimbulkan persoalan: > Mengapa bahasa manusia tidak sama? > Bagaimana wujudnya bahasa? > Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan? > Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?
10
ZAMAN YUNANI Masalah pokok kebahasaan pada zaman ini ialah pertentangan antara fisis (bersifat alami) dengan nomos (konvensi), dan antara ananolgi degan anomalis Bersifat fisis bermaksud bahasa itu mempunyai hubungan asal-usul, sumber dalam prinsip abadi dan tidak dapat diganti oleh unsur di luar manusia itu sendiri. Setiap kata mempunyai makna secara alami Bersifat nomos bermaksud bahawa bahasa bersifat konvensi. Makna kata itu diperoleh daripada hasil tradisi atau kebiasaan, yang kemungkinan boleh berobah
11
Bahasa Inggeris: boy – boys, girl – girls, book – books
ZAMAN YUNANI Pertentangan antara analogi dengan anomali bersangkutan masalah bahasa itu sesuatu yang teratur atau tidak teratur Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular dan logik. Maksudnya bahasa itu bersifat teratur Keteraturan itulah yang menyebabkan wujudnya tatabahasa. Misalnya dalam pembentukan jamak bahasa. Bahasa Inggeris: boy – boys, girl – girls, book – books Bahasa Arab: muslimun – muslima:ni – muslimu:na muallimun – muallima:ni – muallimu:na
12
ZAMAN YUNANI Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan. Maksudnya bahasa itu tidak teratur Alasannya terdapat bentuk jamak bahasa seperti child menjadi children bukannya childs, dan bentuk past tense write menjadi wrote, bukannya writed Socrates (469 – 399 SM) (guru Plato) pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya. Oleh itu, manusia perlu menyemak kata hatinya. Ia juga meyakini bahawa setiap orang dapat diajar berbuat baik. Kelakuan jahat akibat daripada cara berfikir yang salah. Kebaikan memerlukan kebijaksanaan
13
ZAMAN YUNANI Bagi Socrates, manusia atau benda saling berbeda, tetapi definisi tentang persamaan dan perbedaan bersifat tetap dan tekal. Ia memberi contoh anjing. Walaupun berbeda warna, bentuk dan ukurannya, namun terdapat sejumlah ciri umum yang membedakannya dengan satwa yang lain. Misalnya menyalak, menjelir lidah ketika lapar, menjaga rumah, berburu, dan sebagainya ialah ciri umum anjing. Ciri umum ini bersifat sejagat, dan inilah yang menjadi pegangan manusia dalam mengenal sesuatu
14
ZAMAN YUNANI Kaedah Socrates yang berupa dialog dialektik ialah proses penalaran daripada fakta khusus kepada yang umum. Kaedah ini membuktikan bahawa ketidaktahuan manusia yang menganggap benar banyak hal sebenarnya salah SOCRATES (469 – 399 SM)
15
ZAMAN YUNANI PLATO (427 – 347 SM)
Plato (427 – 347 SM)dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan. Pandangan Plato ini berbeda daripada gurunya Socrates yang mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya Bagi Plato, idea merupakan subtansi dan hakikat daripada segala yang nyata. Ideanya ini dituangkan dalam sejumlah karangan. Antaranya Apologia (pembelaan Socrates), Kriton (ketaatan terhadap hukum), Laches (keberanian), Phaidon (kekekalan), Politeia (politik), dan Symposion (cinta) PLATO (427 – 347 SM)
16
ZAMAN YUNANI Plato (427 – 347 SM)dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan. Pandangan Plato ini berbeda daripada gurunya Socrates yang mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya Bagi Plato, idea merupakan subtansi dan hakikat daripada segala yang nyata. Ideanya ini dituangkan dalam sejumlah karangan. Antaranya Apologia (pembelaan Socrates), Kriton (ketaatan terhadap hukum), Laches (keberanian), Phaidon (kekekalan), Politeia (politik), dan Symposion (cinta)
17
ZAMAN YUNANI Plato telah mengetengahkan tiga perkara yang penting, iaitu: * masalah bahasa alamiah dengan bahasa konvensional * bahasa ialah penyataan fikiran manusia dengan perantaraan onoma dan rhema * membedakan kata dalam onoma dan rhema Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logos terbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja)
18
ZAMAN YUNANI Aristotle (384 – 322 SM) (murid Plato) menganggap bahawa ilmu terdiri daripada tiga bahagian, iaitu teori (pengetahuan yang tidak memihak), praktik (berisi pedoman tingkah laku) dan produksi (pedoman bidang kesenian). ARISTOTELES (384 – 322 SM)
19
ZAMAN YUNANI Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung) Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional Aristotle membedakan jenis kelamin kata (gender) menjadi tiga, iaitu maskulin, feminin dan neutrum Aristotle selalu mengeluarkan idea berasaskan logika. Misalnya, beliau memberikan pengertian, definisi, konsep, makna, dan sebagainya berdasarkan logika
20
ZAMAN YUNANI Bagi Aristotle, ilmu Mantik (Logika) menjadi asas untuk menelaah ilmu lain. Ilmu ialah jalinan serangkaian sebab, dan pengetahuan diperoleh melalui premis (dasar berfikir) yang sudah meyakinkan. Pada abad ke-6, faham Aristotelianisme hampir dilupakan. Namun, sarjana Islam tetap mempelajari dan menyebarkannya. Pada abad ke-12 dan ke-13, faham ini mula bangkit kembali. Berabad-abad kemudian, Aristotle dianggap “guru daripada semua mereka yang berpengetahuan”. Setelah ilmu moden lahir, pangaruh Aristotle kembali malap. Namun, dalam sejarah pemikiran barat, diakui bahawa Aristotelianisme menjadi kekuatan kecendekiaan dalam sistem pemikiran moden.
21
ZAMAN YUNANI Murid Aristotle yang terkenal ialah Iskandar Dzul Qarnain (Alexander Agung) (356 – 323 SM). Beliau dianggap berjasa dalam mempersatukan Asia dengan dunia barat, dan berhasil menyebarkan bahasa dan budaya Yunani ALEXANDER AGUNG (356 – 323 SM)
22
ZAMAN YUNANI Puak Stoik telah mengetengahkan perkara berikut:
* membedakan kajian bahasa secara logika dengan kajian secara tatabahasa * menciptakan istilah khusus untuk kajian bahasa * membedakan tiga komponen utama kajian bahasa, iaitu tanda, simbol, sign atau semainon; makna, yang disebut semainomen atau lekton, dan benda atau situasi * membedakan bunyi yang merupakan bajhagian daripada fonologi tetapi tidak bermakna dengan bunyi bahasa yang bermakna * membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang), iaitu kata yang menyatakan jenis kelamin dan jumlah * membedakan kata kerja lengkap dengan kata kerja tidak lengkap, serta kata kerja aktif dengan kata kerja pasif Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya.
23
ZAMAN YUNANI Kemudian kaum Alexandrian memperluas kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung) Kaum ini telah memperkenalkan buku tatabahasa Yunani yang terkenal, iaitu Dionysius Trax. Buku ini pernah diterjemah ke bahasa Latin dengan judul Ars Grammatika, yang kemudiannya menjadi model penyusunan buku tatabahasa Eropah lainnya Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno
24
ZAMAN ROMAWI Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus
25
ZAMAN ROMAWI Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan) Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu: > Senainon: tanda dan simbol > Semainomenon atau lekton: makna > Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi
26
ZAMAN ROMAWI M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua Latina, beliau telah merumuskan: > Bahasa itu seragam secara semula jadi > Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna > Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi > kelas kata bahasa Latin dibahagikan kepada empat, iaitu kata benda, kata kerja, partisipel dan adverbium
27
ZAMAN ROMAWI Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio Karyanya ini dianggap baku hingga kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif, dan paling lengkap seperti yang dituturkan oleh penutur aslinya Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis Teori tatabahasa merupakan tonggak utama pembicaraan bahasa secara tradisional
28
ZAMAN PERTENGAHAN Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu menjadi lingua franca, dan dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu Penanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu petang perdebatan Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa
29
ZAMAN PERTENGAHAN Diskusi bahasa dipelopori oleh golongan Medistae, dan golongan Spekulatif Golongan Medistae mengagungkan semantik (kajian makna). Mereka menganggap kunci analisis bahasa ialah peralihan fikiran ke dalam bunyi melalui kata dan ujaran. Bahasa bersifat regular dan sarwajagat. Golongan ini juga memperkembang etimologi Golongan Spekulatif menganggap bahawa kata tidak mewakili rujukan secara langsung. Kata hanya mewakili benda dalam pelbagai cara, modus, substansi, aksi, kualiti, dan sebagainya. Tatabahasa semua bahasa dianggap sama walaupun dapat berobah secara kebetulan
30
ZAMAN PEMBAHARUAN Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah Dua hal terpenting zaman ini ialah: > Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Ibrani dan Arab > Pembahasan, penyusunan tatabahasa dan perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah
31
ZAMAN PEMBAHARUAN Bahasa Ibrani dan bahasa Arab diakui bahasa rasmi pada abad ke-14. Bahasa Ibrani dipelajari kerana kedudukannya sebagai bahasa kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru Beberapa buku tatabahasa Ibrani telah wujud pada zaman ini. Antaranya De Rudimentis Hebraicis oleh Reuchlin. Kata bahasa Ibrani digolongkan kepada tiga, iaitu nomen, verbum dan partikel yang mirip dengan penggolongan kata bahasa Arab, iaitu ismun, fi’lun dan harfun. Ini membuktikan bahawa kedua-dua bahasa ini ialah serumpun Linguistik Arab berkembang pesat kerana kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Al-Quran boleh diutafsir tetapi tidak boleh diterjemah ke bahasa lain.
32
ZAMAN PEMBAHARUAN Terdapat dua aliran linguistik Arab, iaitu aliran Basra dan aliran Kufah. Aliran Basra dipengaruhi konsep analogi dari zaman Yunani. Mereka berpegang teguh pada keregularan dan kesistematikan bahasa Arab. Aliran Kufah memberikan tumpuan terhadap keanekaragaman bahasa yang dipengaruhi konsep anomali Kajian bahasa Arab mencapai klimaksnya pada ke-8, dengan terhasilnya buku tatabahasa Arab yang berjudul Al-Kitab, yang lebih dikenali dengan nama Kitab Al-Ayn karya Sibawaihi daripada aliran Basra Sibawaihi telah mendeskripsikan fonetik secara sistematik artikulasi. Deskripsi bunyi dimulai dari belakang, iaitu daripada bunyi glotal stop ayn
33
ZAMAN PEMBAHARUAN Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara
46
PERINGKAT PEMODENAN
47
Contoh: rumah : Melayu bele : Gorontolo huis : Belanda loaigo : Suwowa house : Inggeris
65
KESIMPULAN Perkembangan linguistik peringkat awal merangkumi zaman India, Yunani, Romawi, Pertengahan dan Pembaharuan Zaman India ditandai oleh karya yang dihasilkan oleh Panini Zaman Yunani ditandai oleh karya Plato, Aristotle, golongan Stoik, dan Alexandrian Zaman Romawi ditandai oleh karya M. Terrentius Varo (de Lingua Latina), dan Priscia (Institututiones Grammatikae) Zaman Pertengahan ditandai oleh golongan Medistae dan Spekulatif Zaman Pembaharuan ditandai oleh keagungan konsep humanisme
67
Wahai anakanda intan pilihan gunakan akal luaskan pandangan
MADAH PUJANGGA JIKA ANDA LUNAK TERHADAP DIRI SENDIRI, MAKA KEHIDUPAN AKAN KERAS TERHADAP ANDA. APABILA ANDA KERAS TERHADAP DIRI SENDIRI, MAKA KEHIDUPAN AKAN LUNAK TERHADAP ANDA Wahai anakanda intan pilihan gunakan akal luaskan pandangan bijaklah engkau mengkaji zaman supaya hidupmu tidak ketinggalan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.