Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEORI GELAGAT PENGGUNA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEORI GELAGAT PENGGUNA"— Transcript presentasi:

1 TEORI GELAGAT PENGGUNA
BAB 4 TEORI GELAGAT PENGGUNA

2 KANDUNGAN BAB 4.1 PENGENALAN 4.2 PENDEKATAN UTILITI KARDINAL 4.3 PENDEKATAN UTILITI ORDINAL 4.4 KELUK PUAS SAMA 4.5 GARIS BELANJAWAN 4.6 KESEIMBANGAN PENGGUNA 4.7 LEBIHAN PENGGUNA

3 4.1 PENGENALAN Untuk memahami dengan lebih jelas tentang hubungan antara pilihan pengguna dan peruntukan sumber, ahli ekonomi memperkenalkan konsep utiliti. Utiliti menerangkan kepuasan yang diterima daripada penggunaan sesuatu barang. Utiliti boleh di kategorikan kepada dua; utiliti kardinal dan utiliti ordinal.

4 4.2 PENDEKATAN UTILITI KARDINAL
Pendekatan kardinal menganggap utiliti boleh diukur secara kuantitatif dalam unit util. Pendekatan kardinal membincangkan konsep jumlah util (TU), utiliti sut (MU) dan hukum utiliti sut makin berkurangan. TU: Jumlah kepuasan pengguna daripada kombinasi penggunaan barang dan perkhidmatan. MU: Perubahan jumlah utiliti kesan daripada perubahan satu unit penggunaan sesuatu barang (MU = ∆TU / ∆Q) Utiliti sut bertambah kurang: Semakin banyak penggunaan sesuatu barang, jumlah utiliti akan meningkat pada kadar yang berkurangan.

5 JUML AH UTILITI DAN UTILITI SUT
TU 40 30 20 10 Kuantiti Aiskrim Jumlah Utiliti (TU) Utiliti Sut (MU) 1 2 3 4 5 6 7 10 22 32 37 39 38 12 -1 TU A B MU 14 12 10 8 6 4 2 Kuantiti Aiskrim C A - TU↑ pada kadar yang bertambah, MU ↑ B - TU↑ pada kadar yang berkurang, MU ↓ C - TU↓, MU negatif MU Kuantiti Aiskrim

6 SYARAT PEMAKSIMUMAN UTILITI (PENDEKATAN KARDINAL)
Pengguna bersikap rasional; matlamat memaksimumkan kepuasan dari penggunaan barang dan perkhidmatan. Pengguna dapat memberi nilai secara kuantitatif terhadap utiliti yang diperolehi. Pengguna mempunyai sejumlah pendapatan yang mesti dibelanjakan. Harga barangan diandaikan tetap.

7 4.3 PENDEKATAN UTILITI ORDINAL
Pendekatan ordinal menganggap utiliti tidak boleh diukur; pengguna hanya perlu menyatakan barangan yang mampu memberikan utiliti yang paling tinggi.

8 SYARAT PEMAKSIMUMAN UTILITI (PENDEKATAN ORDINAL)
Pengguna akan sentiasa menginginkan kuantiti yang lebih tinggi. Semakin banyak penggunaan sesuatu barang, MU akan berkurang. Pengguna membuat pilihan sesuat barang berdasarkan tingkat utiliti. Pilihan setiap pengguna adalah konsisten, dan berbeza mengikut individu.

9 4.4 KELUK PUAS SAMA Keluk puas sama menunjukkan kombinasi penggunaan dua barangan yang memberi tingkat kepuasan yang sama. Kadar Penggantian Sut (MRS): mengukur jumlah purata sesuatu barangan yang sanggup dilepaskan oleh pengguna untuk mendapatkan satu unit tambahan barangan yang lain (kecerunan KPS). MRS = (∆Y / ∆X) Contoh: Dari A ke B: MRS = 5; pengguna sanggup melepaskan 5 unit pepsi untuk mendapatkan tambahan 1 unit pizza.

10 KELUK PUAS SAMA (KPS) Kuantiti Pepsi (Y) 15 A MRS (A ke B) = 5 5 1 B
KPS, I1 15 5 1 A MRS (A ke B) = 5 ∆Y B MRS (B ke C) = 2 ∆X C Quantiti Pizza (X)

11 CIRI-CIRI KELUK PUAS SAMA
KPS bercerun negatif KPS tidak boleh bersilang KPS cembung ke pusat Semakin jauh KPS dari titik pusat, semakin tinggi utiliti yang diperolehi Setiap pengguna mempunyai KPS yang tersendiri dan boleh mempunyai sebeberapa banyak jumlah KPS.

12 (i) KPS bercerun negatif
Pengguna akan hanya mengurangkan kuantiti sesuatu barangan jika dia boleh mendapatkan lebih banyak kuantiti barang yang lain. Jika kuantiti sesuatu barangan berkurang, kuantiti barangan yang lain akan bertambah. Ini menjelaskan mengapa kebanyakan KPS bercerun negatif.

13 (ii) KPS tidak boleh bersilang
Titik j dan l menunjukkan pengguna berada pada tingkat kepuasan yang sama (I’). Titik l dan k juga menunjukkan keadaan yang sama kerana kedua-dua titik ini berada pada KPS yang sama (I). (j = l) dan (l = K), seharusnya (j = k). Tetapi k mempunyai kuantiti yang lebih tinggi bagi kedua barangan berbanding j, menunjukkan k memberikan utiliti yang lebih tinggi kepada pengguna.

14 (iii) KPS cembung ke pusat
Pengguna akan lebih bersedia untuk mengorbankan barangan yang mempunyai kuantiti yang banyak berbanding kuantiti yang sedikit. Perbezaan nilai MRS di sepanjang KPS menyebabkan KPS akan cembung ke pusat. Rujuk slide 10.

15 (iv) Semakin jauh KPS dari titik pusat, semakin
tinggi utiliti yang diperolehi Semakin tinggi (ke kanan) KPS, semakin banyak kombinasi barangan yang digunakan, dan meningkatkat utiliti pengguna. (v) Setiap pengguna mempunyai KPS yang tersendiri dan boleh mempunyai sebeberapa banyak jumlah KPS.

16 4.5 GARIS BELANJAWAN Garis belanjawan menunjukkan kombinasi barangan yang mampu dibeli pengguna dengan penggunaan sepenuhnya pendapatan yang dimiliki, pada tingkat harga yang ditetapkan. Contoh: Jumlah pendapatan (M) = RM1000, harga Pepsi (PY) = RM2.00 dan harga Pizza (PX) = RM10.00 Kuantiti maksimum Pepsi (tiada Pizza) yang boleh dibeli ialah (M/PY), manakala kuantiti maksimum Pizza (tiada Pepsi) yang boleh dibeli ialah (M/PX). Jika pengguna membelanjakan pendapatan untuk membeli kedua-dua barangan, maka; M = PX.X + PY.Y

17 GARIS BELANJAWAN Jumlah Pendapatan (M) = RM1000
Bilangan Pepsi Bilangan Pizza Perbelanjaan ke atas Pepsi Perbelanjaan ke atas Pizza Jumlah Perbelanjaan 50 100 150 200 250 300 350 400 450 500 90 80 70 60 40 30 20 10 $ 0 600 700 800 900 1000 RM1000 Kuantiti Pepsi (Y) B (M/PY) Garis Belanjawan C Jumlah Pendapatan (M) = RM1000 Harga Pepsi (PY) = RM2.00 Harga Pizza (PX)= RM10.00 Kecerunan garis belanjawan = (PX/PY) = 5 A (M/PX) Kuantiti Pizza

18 PERGERAKAN GARIS BELANJAWAN
PERUBAHAN TINGKAT HARGA PERUBAHAN TINGKAT PENDAPATAN Menyebabkan perubahan kecerunan garis belanjawan. Contoh : M = RM50 PX0 = RM10 PX1 = RM5 PY = RM2 Tidak menyebabkan perubahan kecerunan garis belanjawan. Contoh: M0 = RM50, M1 = RM100 PX = RM10 PY = RM2 Y Y 50 25 25 BL BL2 BL1 BL2 X X

19 4.6 KESEIMBANGAN PENGGUNA
Keseimbangan pengguna tercapai apabila KPS tangen (menyentuh) garis belanjawan. Pada tingkat keseimbangan, kecerunan KPS menyamai kecerunan garis belanjawan. Pada tingkat keseimbangan ini, pengguna menggunakan kombinasi barangan ang memberikan kepuasan paling tinggi. (MRS = ∆Y/∆X) = (PX/PY)

20 KESEIMBANGAN PENGGUNA
Kuantiti Pepsi I3 Pengguna ingin berada pada I3 tetapi tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk berada pada tingkat tersebut. I2 Garis Belanjawan I1 Optimum Pengguna mampu untuk mendapatkan mana-mana kombinasi pada I1, tetapi mengapa perlu kekal di I1 sedangkan dia boleh mendapatkan kombinasi lebih tinggi pada I2? B E A Kuantiti Pizza

21 4.7 LEBIHAN PENGGUNA Konsep lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan antara harga yang sedia dibayar ke atas sesuatu barang di pasaran dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai lebihan kepuasan yang diterima daripada apa yang dibayar dengan apa yang sebenar dibayar.

22 LEBIHAN PENGGUNA Kuantiti (Unit) Harga Sedia di Bayar (RM)
Harga Pasaran Seunit (RM) Lebihan Pengguna Jumlah Lebihan Pengguna 1 12 6 2 10 4 3 8

23 LEBIHAN PENGGUNA LEBIHAN PENGGUNA INDIVIDU LEBIHAN PENGGUNA PASARAN
Harga (RM) Harga (RM) 12 10 8 6 6 4 2 Lebihan Pengguna Harga Pasaran Kuantiti Kuantiti


Download ppt "TEORI GELAGAT PENGGUNA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google