Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 11 NEUROLOGI BAHASA
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > otak dan fungsi kebahasaan > teori lateralisasi, teori lokalisasi dan hemisfera dominan > otak wanita dan peria > kemampuan otak, kekidalan, kekinaan, dan bahasa isyarat
3
PENGENALAN Faktor penting dalam penguasaan bahasa ialah faktor neurologi (kajian tentang anatomi, fisiologi dan sistem saraf), iaitu kaitan antara otak manusia dengan bahasa Semua proses penguasaan bahasa ditentukan oleh otak yang menjadi pengatur dan pengendali gerak aktiviti manusia Otak juga menjadi pembeda utama antara manusia dengan satwa. Isi padu otak manusia memang lebih besar, tetapi yang memisahkannya bukan ukuran dan berat otak, tetapi penggunaan bahasa Manusia yang berat otaknya kira-kira 1.5 gram, yang sama berat dengan otak cimpanzi, dapat berbicara secara formal dan efisien, sedangkan cimpanzi tidak. Ini menunjukkan bahawa struktur dan organisasi otak antara kedua-duanya berbeda
4
PENGENALAN Neurolinguistik dapat disesuaikan dalam bidang pengkajian bahasa, khususnya psikolinguistik, berasaskan elemen berikut: > Kerosakan otak boleh memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang memproses bahasa, sedangkan kerosakan organ lain (jantung, paru-paru, hati, buah pinggang…) pula tidak > Kerosakan bahagian kiri otak boleh mengakibatkan kesulitan untuk memproses bahasa (mampu mendengar tetapi gagal memahaminya) berbanding dengan kerosakan bahagian kanan otak
5
PENGENALAN Kerosakan pada bahagian dalam (hadapan) otak akan memberikan kesan terhadap penghasilan rangsangan linguistik menerusi percakapan dan penulisan Kerosakan pada bahagian dalam (belakang) otak memberikan kesan terhadap rangsangan linguistik menerusi pendengaran dan pembacaan Kerosakan otak juga boleh mengganggu keupayaan seseorang memahami deria rasa (contohnya, untuk mengenali objek biasa seperti buah rambutan), melakukan pergerakan biasa, seperti menjilat bibir dengan arahan, atau bercakap dengan jelas
6
OTAK MANUSIA Pertumbuhan sel otak manusia terjadi dengan cepat, sejak bayi hingga akhir remaja. Lingkungan baharu pada rentang usia, memicu wujudnya jutaan sel baharu. Pertumbuhan ini terus berlangsung pada usia dewasa, tetapi agak lambat Terdapat enam tahap pertumbuhan otak, iaitu: 1. pembentukan tabung neutral 2. profilerasi selular untuk membentuk calon sel neuron dan glia 3. pemindahan selular daripada germinal subependemal kepada korteks 4. deferensiasi selular menjadi neuron spesifik 5. perkembangan akson dan dendrit yang menyebabkan pertambahan sinops (bergantung pada fungsi daerah) 6. elimenisasi selektif neuron, sinops… untuk spesifikasi
7
OTAK MANUSIA Perkembangan otak tahap 1 – 4 terjadi dalam kandungan, dan tidak dipengaruhi dunia luar. Bulan 2 – 4 dalam kandungan, otak berkembang dengan pesat. Pada masa inilah terjadinya pembelahan sel Perkembangan tahap 5 – 6, berlansung setelah lahir, dan dipengaruhi dunia luar. Bulan 5 – 18 bulan setelah lahir, terjadinya pertambahan oligadendroglia Ini menunjukkan bahawa usia 2 tahun pertama ialah masa kritis perkembangan otak, kerana pada masa inilah stimulasi (dorongan, rangsangan) dan intervensi (pengaruh dunia luar) mengalami perkembangan paling maksimum
8
OTAK MANUSIA Sel otak telah terbentuk dengan sempurna ketika manusia lahir. Namun, berbeda dengan sel organ tubuh yang lain, seperti kulit, tulang, pembuluh darah… Jika sel lain terus tumbuh dan berkembang seiring dengan usia manusia, tidak demikian halnya dengan sel otak Ketika itu, dipercayai bahawa sel otak tidak dapat memperbaharui dirinya. Yang pasti, sesuai dengan usia manusia, sel otak mengalami kemerosotan. Kejadian strok jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan sel otak orang dewasa tidak berlaku Pada 1998, penyelidik Swedia menemukan bukti bahawa kemungkinan otak manusia mampu mewujudkan sel baharu pada bahagian otak yang berkaitan ingatan jangka pendek Kewujudan sel baharu mungkin berlaku pada bahagian otak yang lain, dan saraf tulang belakang, seperti sel kulit akan tumbuh untuk menggantikan sel kulit yang telah mati
9
OTAK MANUSIA Berat otak manusia antara 1 – 1.5 gram. Ukuran yang sekecil ini dapat menyedut 15% daripada seluruh peredaran darah daripada jantung dan memerlukan 20% daripada sumber daya metabolisme manusia Sistem saraf manusia mempunyai dua bahagian utama, iaitu: > tulang belakang (deretan tulang yang berkesinambungan) > otak Otak terdiri daripada dua bahagian, iaitu batang otak (brain stem) dan korteks serebral (cerebral cortex). Kedua-dua sistem saraf ini mengendalikan semua kegiatan fizikal dan mental manusia Otak dapat menyimpan 2.5 petabita maklumat, setara dengan 2.5 juta megabita. Cukup untuk menyimpan data digital tiga juta jam siaran TV
10
OTAK MANUSIA Left cerebral hemisphera mid brain higher Brain stem lower xxxxxxxxx brain pons …… xxxxxxx cerebellum pulled stem medulla oblongata …… xxxxxx and back …… spinal cord …
11
OTAK MANUSIA Batang otak terdiri daripada medulla, pons, otak tengah dan cerebellum, yang mengendalikan fungsi fizikal tubuh seperti pernafasan, denyut jantung, gerakan, refleks, pencernaan, emosi dan sebagainya Korteks serebral mengendalikan fungsi kecendekiaan (intelektual dan inteligensia) dan bahasa. Korteks ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu: > hemisfera kiri > hemisfera kanan Kedua-dua hemisfera ini dihubungkan oleh lebih 200 juta serat (fiber) yang dinamakan korpus kalosum
12
OTAK MANUSIA Hemisfera Kiri dan Hemisfera Kanan Hemisfera Hemisfera Kiri Korpus Kanan kalosum
13
OTAK MANUSIA Hemisfera kiri mengendalikan anggota badan sebelah kanan, termasuk muka sebelah kanan. Hemisfera kanan mengendalikan badan sebelah kiri, termasuk muka sebelah kiri.Pengendalian ini dilakukan secara bersilang. Korpus kalosum mengintegrasikan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua hemisfera tersebut Pengendalian mata dan telinga agak berbeda. Pada setiap mata dan telinga, terdapat saraf yang disambungka kepada hemisfera kiri dan kanan, dalam jumlah yag berbeda, iaitu sambungan kabel kepada kanan lebih banyak daripada kiri Pewujudan perkabelan seperti ini membolehkan mata dan telinga dapat berfungsi walaupun salah satunya terganggu
14
OTAK MANUSIA Kedua-dua hemisfera ini mula jelas pembahagian fungsinya (lateralisasi) apabila kanak-kanak berusia 12 tahun. Kedua-dua hemisfera ini bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa, walaupun pemberatannya lebih kepada hemisfera kiri Pada hemisfera kiri, terdapat medan Wernicke yang lebih luas daripada medan yang sama sebelah kanan. Hemisfera kiri terdiri daripada empat medan besar yang dinamakan cuping, iaitu: > cuping hadapan > cuping waktu > cuping barat > cupin ubun-ubun
15
OTAK MANUSIA Hemisfera Kiri Otak Manusia motor cortex frontal lobe somatic sensory cortex Broca‘s area parietal lobe angular gyrus Qleactory bulb occipital lobe primry auditory area temporal lobe Wernicke’s area primary visual area
16
OTAK MANUSIA Fungsi cuping: > Hadapan: perkara yang berkaitan kognisi > Waktu: perkara yang berkaitan pendengaran > Barat: perkara yang berkaitan penglihatan > Ubun-ubun (parietal): rasa somaestetik yang ada pada tangan, kaki, muka, dan sebagainya Pada cuping hadapan, terdapat daerah yang dikenali sebagai medan Broca. Piere Paul Broca (1824 – 1880), ahli bedah saraf Perancis membuat kesimpulan bahawa kita bercakap dengan menggunakan hemisfera kiri. Daerah ini akhirnya dikenali dengan nama medan Broca
17
OTAK MANUSIA Carl Wenicke (1848 – 1904), sarjana Jerman telah membuat kesimpulan bahawa pada cuping temporal, dan agak menonjol ke medan parietal, terdapat bahagian yang mengawal daya kefahaman. Bahagian ini akhirnya dinamakan medan Wernicke Pada semua cuping (korteks serebri), terdapat girus (cembung) dan sulkus (lekuk). Girus seperti bukit yang berlereng, dan sulkus seperti lembah, iaitu bahagian yang masuk ke dalam Korteks Serebri ini mempunyai fungsi elementeri, seperti pergerakan, perasaan dan pancaindera, termasuk fungsi mental atau fungsi luhur (kortikal, seperti ingatan, emosi, persepsi, gerak dan aksi serta bicara (bahasa)
18
OTAK MANUSIA Setiap fungsi kortikal, mempunyai lokalisasi kortikal yang utama, tetapi hasil kerjanya merupakan satu sistem fungsional dengan bahagian lain otak. Contohnya, ketika bercakap, kita menggunakan fungsi ingatan, emosi, isi fikiran, gerakan dan aksi otot, dan sebagainya Pengungkapan emosi pula terjelma pada gerakan otot wajah, cara bercakap, dan sebagainya Salah satu girus yang penting ialah girus angular (angular gyrus), yang berfungsi untuk menghubungkan apa-apa yang dilihat dengan apa-apa yang difahami dalam medan Wernicke
19
OTAK MANUSIA Untuk menghubungkan apa-apa yang didengar/dilihat dengan apa-apa yang diujarkan, terdapat kelompok fiber yang dinamakan fusikulus arkuat. Tugas serat ini untuk menyelaraskan pendengaran, penglihatan dan pemahaman yang diproses dalam medan Wernicke dengan proses pengujaran dalam medan Broca Jalur yang berhampiran dengan medan Broca dinamakan korteks motor. Korteks ini mengendalikan alat ujaran, seperti lidah, rahang, bibir, gigi dan pita suara Pada cuping waktu pula terdapat korteks pendengaran primer yang berfungsi untuk menanggap bunyi, dan kemudianya mempertalikan bunyi itu dengan makna Pada cuping barat pula, terdapat korteks yang serupa, iaitu korteks visual yang berfungsi untuk menanggapi apa-apa yang dilihat
20
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Fungsi ujaran: Bahasa dipusatkan pada hemisfera kiri (tidak kidal), yang juga disebut hemisfera dominan bagi bahasa, dan korteksnya dinamakan korteks bahasa Hemisfera dominan memang berbeda daripada hemisfera tidak dominan. Ia lebih berat, lebih besar girusnya dan lebih panjang Hemisfera kiri penting bagi ujaran bahasa, dan fungsi ingatan bersifat verbal, sedangkan hemisfera kanan untuk fungsi emosi, lagu isyarat, yang emosional mahupun verbal Walaupun hemisfera kiri dominan untuk fungsi bahasa, namun, tanpa hemisfera kanan, ujaran akan tempang, iaitu tiada prosodi, lagu kalimat, emosi dan tanpa pernyataan bahasa isyarat
21
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
22
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Bukti tentang perkaitan antara daerah dalam otak dengan fungsi ujaran, dan fungsi lain, diteliti daripada subjek yang mengalami kerosakan otak akibat kecelakaan kepala, dan kemudian dilakukan eksperimen terhadap orang yang sihat Pada 1848, Phineas Gage, pekerja jalan kereta api di Vermount, US cedera pada bahagian hadapan kepala. Ia dikatakan mustahil sembuh. Namun, ia sembuh, dan tiada kecacatan pada indera penglihatan dan pengucapan. Ini menunjukkan bahawa daerah kemampuan berbahasa tidak terletak pada bahagian depan otak Pada 1861, Paul Broca menemukan pesakit yang tidak dapat bertutur, hanya mampu mengucapkan tan-tan-tan. Setelah pesakit ini meninggal, pembedahan otaknya menunjukkan bahawa yang rosak ialah daerah frontal, iaitu daerah yang menghasilkan ujaran. Daerah ini kemudiannya dikenali sebagai medan Broca
23
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Belahan Kiri Otak KPr Fisur Rolando KM LP LD FB (MB) ### GA (MW) Fisur Silvius KPd LO (KPI) LT LD: Lobus depan (frontal) FB: Fasikulus Busur LT: Lobus Temporal KM: Korteks Motor LO: Lobus Oksipital KPd: Korteks Pendengaran LP: Lobus Parietal KPI: Korteks Penglihatan MB: Medan Broca (ujaran) KPr: Korteks Perasa MW: Medan Wernicke (pemahaman) GA: Girus Angular (Pusat Bahasa)
24
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Broca juga melaporkan bahawa kerosakan pada daerah yang sama pada hemisfera kanan, tidak menimbulkan pengaruh yang sama, iaitu pesakit masih dapat memproduksi ujaran secara normal Penemuan ini menjadi dasar premis yang mengatakan bahawa kemampuan bahasa terletak pada hemisfera kiri, dan medan Broca berperanan penting dalam proses berbahasa Pada 1873, seorang Dr Jerman, Carl Wernicke menemukan pesakit yang mempunyai kelainan ujaran, iaitu ia tidak memahami maksud ujaran orang lain. Setelah dibedah, didapati terdapat kerosakan otak pada bahagian belakang (temporalis). Bahagian ini berperanan penting dalam pemahaman ujaran, yang kemudiannya dikenali dengan nama medan Wernicke. Penemuan ini juga memperkuat teori yang mengatakan kbahawa kemampuan berbahasa terdapat pada otak belahan kiri
25
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Daerah lain yang terlibat dengan ujaran ialah korteks ujaran superior atau motor suplementari. Ini dibuktikan oleh kajian pakar bedah saraf, Penfields dan Robert, yang melakukan penelitian menggunakan Teknik ESB (Electrical Stimulation of Brain) Mereka dapat mengidentifikasikan daerah otak yang dipengaruhi rangsangan elektrik. Daerah yang terkena rangsangan elektrik itu mempengaruhi ujaran secara formal. Daerah ini berdekatan dengan celah pengendalian fizikal, iaitu pergerakan tangan, kaki, lengan…, dan daerah ini juga mengendalikan ujaran Ujaran didengar dan difahami melalui medan Wernicke pada hemisfera kiri. Isyarat ujaran itu kemudiannya dipindahkan kepada medan Broca untuk menghasilkan respons ujaran itu. Kemudian isyarat tanggapan ujaran itu dikirimkan kepada motor suplimentari untuk menghasilkan ujaran secara fizikal
26
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Jelaslah bahawa hemisfera kiri dilibatkan dalam hubungannya dengan fungsi bahasa. Kenyataan ini berdasarkan lima alasan berikut: > Sirnanya kemampuan berbahasa akibat kerosakan otak lebih sering disebabkan oleh kerosakan jaringan saraf hemisfera kiri daripada hemisfera kanan > Ketika kerosakan terjadi pada hemisfera kiri, kemampuan berbahasa menjadi sirna, tetapi ketika kerosakan terjadi pada hemisfera kanan, kemampuan berbahasa tidak terjejas > Penerimaan bahasa secara bersamaan dalam ujian dikotik, ternyata telinga kanan lebih unggul dalam ketepatan dan kecepatan pemahaman daripada telinga kiri. Ini demikian kerana hubungan antara telinga kanan dengan hemisfera kiri lebih baik daripada hubungan telinga kiri dengan hemisfera kanan
27
FUNGSI KEBAHASAAN OTAK
Ketika tulisan diberikan melalui mata kanan dan mata kiri, ternyata penglihatan mata kanan lebih cepat dan tepat menanggap tulisan itu. Ini demikian, kerana hubungan antara penglihatan kanan dengan hemisfera kiri lebih baik daripada penglihatan kiri dan hemisfera kanan Pada masa aktiviti kebahasaan dilakukan secara terbuka atau tertutup, hemisfera kiri menunjukkan aktiviti lebih hebat daripada hemisfera kanan. Ini dapat dikesan melalui gelombang otak. Hemisfera yang lebih aktif akan menghasilkan gelombang alpha yang lebih banyak
28
TEORI LATERALISASI Teori ini merumuskan bahawa belahan korteks dominan (hemisfera kiri) bertanggungjawab untuk mengatur penyimpanan pemahaman dan penghasilan bahasa alamiah Walaupun terdapat pakar yang meragui pernyataan ini, iaitu mereka mengatakan bahawa seluruh bahagian otak bertanggungjawab dan terlibat dalam proses pemahaman dan ujaran bahasa, namun, hasil eksperimen yang telah dilakukan lebih menyokong teori lateralisasi (a) Ujian penyemakan rangkap: Ujian didasarkan pada premis bahawa hemisfera kiri menguasai kerja anggota tubuh sebelah kanan, dan hemisfera kanan menguasai kerja anggota tubuh sebelah kiri Pasangan kata yang berbeda seperti boy dan girl diperdengarkan pada waktu yang sama di telinga kanan dan telinga kiri dengan kadar kenyaringan yang sama. Contohnya, kata girl sebut pada terlinga kiri, dan boy pada telinga kanan secara serentak
29
Penyemakan Rangkap Kiri Kanan boy girl girl boy
TEORI LATERALISASI Penyemakan Rangkap Kiri Kanan boy girl girl boy
30
TEORI LATERALISASI Ternyata kata boy yang disebut pada telinga kanan, dapat diulang dengan baik, daripada kata girl yang disebut pada telinga kiri. Untuk memahami dan meresapi kata girl, kata itu perlu dipindahkan daripada hemisfera kanan kepada hemisfera kiri terlebih dahulu Ujian pasangan kata yang berbeda ini dilakukan berulang kali, seperti kata bus dan lorry, cat dan dog…dan hasilnya tetap sama, iaitu kata yang disebut pada telinga kanan dapat diulang dengan baik, sedangkan yang disebut pada telinga kiri tidak dapat berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa telinga kanan lebih peka daripada telinga kiri
31
TEORI LATERALISASI Ujian juga dilakukan untuk menyelidik bukan bunyi bahasa, seperti pola melodi (seni kata berirama) lagu. Bunyi ini diproses pada hemisfera kanan, kerana telinga kiri mengenali dan menangapinya lebih tepat daripada telinga kanan Ini terjadi kerana kepekaan hubungan sel saraf otak yang terdapat pada hemisfera yang bertentangan Ujian yang dilakukan terhadap kanak-kanak pekak dan kanak-kanak normal juga memberikan hasil yang sama, iaitu lateralisasi terdapat pada hemisfera kiri
32
TEORI LATERALISASI (b) Ujian Stimulus Elektrik: Pusat Bahasa pada otak distimuluskan dengan aliran elektrik melalui talamus lateral kiri (talamus_= satu struktur jaringan jauh dalam otak) sehingga menimbulkan anomia, iaitu subjek tidak dapat menyebut nama benda yang ada di hadapannya, meskipun dia masih lancar bercakap Stimulus elektrik yang sama dilakukan terhadap hemisfera kanan melalui talamus lateral kanan. Namun, tidak terjadi anomia. Ini menunjukkan bahawa lateralisasi hemisfera kiri untuk bahasa hanyalah suatu kebenaran yang pasti
33
TEORI LATERALISASI (a) Ujian Grafik Kegiatan Elektrik: Ujian untuk mengetahui aliran elektrik dalam otak apabila seseorang sedang bercakap, dan menentukan bahagian mana yang giat mendapat aliran elektrik Kegiatan elektrik terdapat pada hemisfera kiri, di medan Broca. Grafik kegiatan elektrik seperti ini tidak terdapat pada hemisfera kanan Dalam ujian ini, grafik kegiatan elektrik terakam pada hemisfera kanan apabila subjek melakukan kegatan yang bukan ujaran bahasa Ujian ini membutikan bahawa lateralisasi untuk bahasa adalah pada hemisfera kiri, sedangkan hemisfera kanan untuk fungsi lain yang bukan bahasa
34
TEORI LATERALISASI (d) Ujian Wada: Dalam ujian ini, ubat sodium amysal disuntik ke dalam sistem peredaran salah satu belahan otak. Belahan otak yang disuntik akan lumpuh untuk sementara waktu Jika hemisfera kanan yang dilumpuhkan dengan sodium amysal ini, maka anggota badan sebelah kiri tidak berfungsi sama sekali, tetapi fungsi bahasa tidak terganggu Apabila hemisfera kiri yang disuntik, maka anggota badan sebelah kanan menjadi lumpuh, termasuk fungsi bahasa Ini membuktikan bahawa pusat bahasa memang berada pada hemisfera kiri
35
TEORI LATERALISASI (e) Teknik Fisiologi Langsung: Teknik ini dilakukan untuk memperkuat hasil teknik psikofisiologi, iaitu teknik penyemakan rangkap, seperti yang diterangkan pada (a), yang juga menyangkut faktor psikologi apabila subjek ditanya apa yang didengar Teknik ini merakam secara langsung getaran elektrik pada otak, seperti yang dijelaskan pada (c), setelah telinga kiri dan telinga kanan secara berturut-turut diperdengarkan bunyi bising dan bunyi ujaran Bahasa Ternyata bunyi bising terakam dengan baik pada hemisfera kanan, sedangkan bunyi ujaran bahasa terakam dengan baik pada hemisfera kiri
36
TEORI LATERALISASI Teknik Belah Dua Otak: Kedua-dua hemisfera sengaja dipisahkan dengan memotong korpus kalosum, iaitu organ yang menghubungkan hemisfera kiri dengan hemisfera kanan Pada tangan kiri subjek, yang matanya ditutup dengan kain, diletakkan benda yang berupa anak kunci. Ternyata, subjek mengenali benda itu dengan melakukan gerakan membuka pintu, tetapi dia tidak dapat menyebut kata kunci Ini demikian kerana penyebutan nama benda dilandasi oleh hemisfera kiri, sedangkan tangan kiri yang memegang kunci dilandasi oleh hemisfera kanan Ini menunjukkan bahawa hemisfera kiri tidak megetahui apa yang dilakukan oleh hemisfera kanan kerana hubungan kedua-duanya telah diputuskan. Dengan pemutusan hubungan itu, subjek telah mempunyai dua akal, bukan lagi satu akal
37
TEORI LOKALISASI Teori ini beranggapan bahawa pusat bahasa dan ujaran berada pada Medan Broca dan Medan Wernicke parietal frontal hand writing face visual occipital auditory speech temporal
38
TEORI LOKALISASI Hand & writing: pengendalian tangan Speech & face: pengendalian ujaran Auditory: pemprosesan lisan melalui telinga kanan Tactile: pemprosesan maklumat melalui kulit, saraf dan tangan kanan Visual: pemprosesan tulisan Frontal, parietal, occipital dan temporal tidak berpengaruh terhadap pengendalian bahasa
39
TEORI LOKALISASI Laporan medis oleh Geschwind (1968) memerihalkan bukti yang sama. Wanita muda mengalami keracunan karbon monoksida. Ia mengalami kerosakan otak yang berat, sehingga tidak dapat menggerakkan anggota badan, kecuali mulut, lidah dan mukanya Namun, ia masih dapat mengulangi kalimat yang didengar, walaupun pemahamannya terganggu Melalui pembedahan, didapati bahawa otaknya telah rosak teruk, kecuali hemisfera kiri mengalami kerosakan ringan. Ini juga membuktikan bahawa lokalisasi pusat bahasa terletak pada hemisfera kiri
40
TEORI LOKALISASI Bukti lain yang meneguhkan teori Lokalisasi ini ialah Teknik stimulus elektrik, Teknik perbedaan anatomi otak, dan Cara melihat otak dengan PET (Positron Emission Tomography) Teknik stimulus elektrik: Teknik ini merumuskan tiga bahagian bahasa yang terdapat kelainan, yang merosakkan bahasa, iaitu: > Bahagian depan girus tengah sebelah bawah lobus depan kiri, iaitu Medan Broca > Bahagian temporal- parietal-posterior, iaitu Medan Wernicke > Medan motor supplementary, yang terdapat pada permukaan tengah belahan korteks kiri, iaitu korteks motor
41
TEORI LOKALISASI Teknik perbedaan anatomi otak Hemisfera kiri lebih besar daripada hemisfera kanan. Geschwind dan Levistsky (1968) telah menganalisis lebih 100 otak manusia normal. Mereka menemukan hemisfera kiri, iaitu tempat operasi bahasa jauh lebih besar daripada hemisfera kanan Wada (1969) telah melakukan analisis postmortem pada otak bayi, dan beliau mendapati bahawa hemisfera kiri lebih besar daripada hemisfera kanan. Ini demikian, kerana adanya aktiviti khusus pengaturan bahasa di tempat itu
42
TEORI LOKALISASI Cara melihat otak dengan PET: Dengan PET, akan dilihat bahagian korteks otak yang sedang berfungsi Caranya, ½ jam sebelum kepala subjek dimasukkan dalam PET, cairan glukos beradioaktif disuntik di lengannya. Bahagian otak yang aktif memerlukan glukos yang banyak. Ia akan tampak bersinar merah dan bergerak-gerak Contohnya, A diminta mendengar lagu atau muzik, maka korteks pada hemisfera kanan kelihatan bersinar merah. Apabila mendengar ujaran, hemisfera kiri pula kelihatan bersinar merah. Hanya pakar muzik yang diminta mendengar lagu, hemisfera kiri yang bersinar merah, bukan hemisfera kanan. Ini demikian, kerana pakar muzik itu sudah menuranikan pengetahuan muzik yang didasarkan pada hukum keteraturan seni kata, yang memang menjadi tanggungjawab hemisfera kiri
43
HEMISFERA DOMINAN Walaupun Teori Lateralisasi dan Teori Lokalisasi telah membuktikan pernyataannya dengan penemuan tertentu, terdapat juga pakar yang mempertikaikannya, seperti Yule (1985), Whitaker (1977) dan Krashen (1977) Yule mengatakan bahawa fungsi bahagian tertentu pada satu daerah otak yang rosak akan digantikan oleh bahagian otak yang lain Whitaker mengatakan bahawa bahagian otak yang menyusun perilaku melibatkan keterkaitan dengan beberapa bahagian otak. Ujaran tidak menjadi tanggungjawab bahagian speech sahaja, tetapi melibatkan susunan fonologi, program pengucapan, konsep ujaran, susunan ujaran dan parameter lain yang melibatkan beberapa bahagian otak. Terdapat juga bahagian otak yang mampu melaksanakan pelbagai fungsi
44
HEMISFERA DOMINAN Krashen mengakui terdapat keunggulan hemisfera kiri dari sudut kebahasaan, namun, bukan semua aspek bahasa dibatasi pada hemisfera kiri Cara kerja hemisfera setiap orang bervariasi dalam aspek, iaitu: > Sesetengah orang kemampuan berbahasanya dikendalikan oleh hemisfera kiri dan sesetengah yang lain dikendalikan oleh hemisfera kanan > Sesetengah orang lebih cenderung pada penggunaan salah satu hemisfera, kiri atau kanan, dan kedua-duanya siap untuk melaksanakan fungsi kognitif
45
HEMISFERA DOMINAN Terdapat teori yang mengatakan bahawa otak manusia mempunyai daerah konvergensi bahasa (language convergence zones) Teori ini mengatakan bahawa: > Setiap orang mempunyai pola otak yang unik, yang mendasari kemampuan berbahasanya. Buktinya, hasil temuan otak wanita mempunyai IQ verbalnya lebih besar daripada peria > Bahasa pertama seseorang berkait dengan jaringan sel saraf, sedangkan bahasa kedua berkait dengan otak. Buktinya, dwibahasawan yang terkena strok. Kemampuan bahasa pertamanya hilang, tetapi bahasa keduanya tetap ada, atau sebaliknya > Kemampuan aspek bahasa yang lain, seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas… diproses pada bahagian otak yang berbeda
46
HEMISFERA DOMINAN Antonio Damasio (1995) mengatakan bahawa orak memang mempunyai lokasi khusus untuk pengendalian bahasa, tetapi tidak mandiri sifatnya. Ada daerah konvergensi untuk pemprosesan bahasa Dalam daerah ini, tersimpan kunci pemaduan komponen kata dan objek yang telah dinuranikan dalam otak Contohnya, kita membayangkan sebuah botol. Kita tidak menggambarkan botol itu daripada gudang penyimpanan dalam otak, tetapi kita menyusun sebuah bayangan nurani tentang botol dan sifatnya, seperti berbentuk bulat, panjang, berleher, mulut bundar, bervariasi ukuran dan warnanya
47
HEMISFERA DOMINAN Kita juga mengaktifkan langsung dengan ruang neuron yang menyimpan fonem /b/, /o/, /t/, /o/, /l/. Kita dapat merasakan kewujudannya sejenak atau membiarkan terjadinya sistem motor yang mendorong ujaran kata [botol] Kritikan terhadap teori Lateralisasi dan lokalisasi juga mewujudkan hipotesis hemisfera dominan, yang mungkin pada hemisfera kiri, dan mungkin pula pada hemisfera kanan Broca dan Wernicke menemukan fungsi bahasa pada hemisfera kiri. Namun, dalam peristiwa Genie, kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan ibunya sejak bayi hingga usia 13 tahun, ternyata kemampuan bahasanya terletak pada hemisfera kanan Ini bermakna, hemisfera kanan juga dapat dilatih untuk melaksanakan fungsi kegiatan berbahasa
48
OTAK WANITA DAN PERIA Paul Broca ,mengatakan bahawa otak peria lebih besar, fungsi lebih baik, lebih cerdas dan kelebihan lain jika dibandingkan dengan otak wanita. Ukuran otak peria lebih besar 10 – 15% daripada otak wanita. Kedua-duanya melakukan pekerjaan yang sama dengan cara yang berbeda Dalam beberapa hal, otak wanita ternyata lebih unggul, dan seimbang, berasaskan perbedaan kepadatan sel saraf atau neuron pada bahagian dalam otak Daerah tertentu otak wanita lebih kaya akan neuron yang mengurus kemampuan kognitif tingkat tinggi, lebih banyak neuronnya daripada peria. Oleh itu, wanita mempunyai kemampuan untuk memadukan banyak aspek kognitif dalam berfikir. Bukan hanya rasio tetapi emosi (inteligensi esmosional), dan perasaannya (intuisi) juga terlibat
49
OTAK WANITA DAN PERIA Kemampuan intuisi membuatkan wanita tidak tegas dalam membuat keputusan, tetapi lebih peka dan dapat melihat hal yang tersurat dan tersirat, yang tidak dapat dilihat oleh peria Contohnya, wanita lebih dahulu dapat mengesan kemurungan seseorang, teman yang ada masalah, atau suami yang sedang gelisah, meskipun yang bersangkutan berpura-pura tiada masalah Wujudnya kerjasama antara emosi, rasio, dan intuisi menyebabkan wanita melihat sesuai secara yang jauh ke lapisan dalam, dan rinci berbanding dengan peria
50
OTAK WANITA DAN PERIA Penglihatan wanita lebih tajam dan jelas daripada peria, walaupun lebih banyak wanita yang lebih dahulu memerlukan kaca mata. Penglihatan wanita mula menurun apabila memasuki usia 35 – 44 tahun, sedangkan peria 45 – 54 tahun. Peria juga tidak tahan terhadap sinar yang terang Pendengaran wanita juga lebih tajam daripada peria. Contohnya, tangisan bayi pada malam hari, akan membangunkan wanita (ibu), sedangkan peria (bapa) terus diulit mimpi Selain tajam pendengaran, wanita juga dapat mengesan lebih banyak ragam bunyi Daripada peria. Menjelang usia 60-an, pendengaran wanita mula berkurang, sedangkan peria menjelang usia 50-an
51
OTAK WANITA DAN PERIA Setelah meneliti lebih 50 ribu wanita pelbagai bangsa, Thomas Crook menemukan bukti bahawa wanita lebih banyak mengingat detail, asosiasi dan pengalaman peribadinya dibandingkan dengan peria Peria dan wanita akan mengalami penurunan daya ingatan sesuai dengan pertambahan usia. Namun, daya ingatan wanita tentang kosa kata dan nama jenis jauh lebih awet daripada peria, kerana otak wanita mempunyai ciri unik untuk menyimpan maklumat dalam bank ingatannya, iaitu dengan menyangkutkannya pada daerah emosi Wanita lebih banyak menggunakan hemisfera kanan memproses ermosi), maka mengaitkan data ke daerah ingatan itu sudah dilakukan secara automatik
52
OTAK WANITA DAN PERIA Ketajaman otak wanita bukan hanya pada indera tetapi juga perasaannya. Jika diminta mengenang pengalaman masa lalu, wanita tampaknya lebih responsif daripada peria. Ini terbukti daripada perbedaan bahagian yang lebih luas pada neuron yang mengaktifkan perasaan melankolik itu. Ini juga membuktikan bahawa wanita lebih mudah dan lebih banyak menderita depresi dan stres daripada peria Raquel Gur dan Ruben Gur terlah menguji otak peria dan wanita dengan menunjukkan foto ekspresi wajah (ceria, bahagia dan gembira) kepada pasangan suami isteri. Kedua-duanya dapat mengesan dengan tepat ekspresi tersebut. Apabila ditunjukkan foto lain yang menggambarkan emosi kesedihan pada wanita, peria tidak dapat mengesan atau lambat mengesan, tetapi wanita dengan cepat dan tepat dapat mengesan kesedihan itu
53
OTAK WANITA DAN PERIA Otak peria mengecut tiga kali lebih cepat daripada otak wanita. Pada usia muda, otak peria memang lebih besar, tetapi ketika mencapai usia 40-an, otak peria mula menyusut, terutama bahagian depan sehingga sama dengan otak wanita Bahagian lain juga turut menyusut dengan cepat. Akibatnya, peria berubah dengan nyata. Makin tua seseorang peria, daya ingatannya, daya fokusnya, dan kesabarannya akan menyusut, sedangkan otak wanita tidak mengalami penyusutan seperti ini Penyusutan bahagian otak ini berkait dengan keefisienan penggunaan tenaga. Otak wanita memiliki keupayaan untuk menyesuaikan kecepatan metabolisme otak dengan usianya, sedangkan metabolisme peria semakin boros tenaga dengan pertambahan usia
54
OTAK WANITA DAN PERIA Wanita cenderung untuk menghemat apa yang ada, termasuk otaknya, walaupun usia makin meningkat. Ini juga yang mengakibatkan usia wanita lebih panjang daripada peria. Namun, wanita tua lebih mudah terkena penyakit aizheime tiga kali lebih daripada peria. Ini disebabkan oleh penurunan hormon estrogen pada wanita lanjut usia Pada waktu istirahat, terdapat perbedaan sistem yang mengolah ketuntusan emosi. Istirahat pada peria, sama dengan mematikan kerja bahagian reptilian brain yang memicu ekspresi primitif, berupa agresif dan kekerasan Istirahat pada wanita sama dengan mematikan bahagian yang disebut cingulate gyrus, iaitu bahagian yang mengendalikan ekspresi simbolik seperti gerak geri dan kata-kata
55
OTAK WANITA DAN PERIA Dalam keadaan aktif, peria cenderung agresif dengan gerak fizikal untuk melampiaskan gejolak jiwanya, sedangkan wanita yang sedang aktif, akan bertindak lebih beradab, iaitu bergerak dan berbicara Itulah sebabnya, dalam keadaan ekstrim, seperti marah kerana sesuatu sebab, yang kadang-kadang kecil sahaja, peria lebih cenderung berkelahi fizikal dan bertengkar (Biar putih tulang, jangan putih mata. Sekali bererti, sesudah itu, mati…) Wanita pula, dalam keadaan marah dan emosional, lebih cenderung bertengkar dengan kata-kata daripada berkelahi secara fizikal (lidah lebih tajam daripada mata pedang)
56
PENINGKATAN KEMAMPUAN OTAK
Teori Lateralisasi dan lokalisasi tidak 100% benar, kerana kerosakan pada satu daerah fungsi otak tertentu dapat digantikan oleh daerah lain, dan wanita dapat menggunakan kedua-dua hemisferanya untuk pelbagai kegiatan verbal Dalam psikologi, banyak orang berpendapat bahawa kecerdasan ialah kemampuan bawaan, iaitu telah terpatri dalam otak sejak lahir. Namun, hasil daripada beberapa penelitian menunjukkan bahawa otak kanak-kanak dapat dilatih agar kemampuannya dapat dikembangkan secara maksimum Dalam dunia moden hari ini, membaca menjadi aktiviti wajib untuk memperoleh maklumat. Namun, membaca agak sukar untuk orang yang tidak biasa membaca dalam suasana bising, atau orang yang terlalu sibuk dalam pekerjaannya
57
PENINGKATAN KEMAMPUAN OTAK
Orang yang mempunyai tahap kecekapan membaca yang tinggi tentu tiada masalah, dan kecekapan seperti ini sememangnya dapat dilatih Umumnya, orang dewasa dapat membaca 250 perkataan perminit. Setelah 36 jam, daya ingatan daripada pembacaan itu tinggal 10%. Ini bermakna, pembacaan satu jam, dapat menguasai bahan enam minit sahaja Ini demikian, kerana mereka hanya menggunakan hemisfera kirinya, yang berfokuskan bacaan analisis, harfiah dan linear. Sedangkan hemisfera kanan mampu melakukan pemahaman secara simbolik, serta mudah menanggap makna intuitif dan metafora Jika kedua-dua hemisfera itu dapat dimanfaatkan secara bersama, maka pembacaan dapat dipercepat, dan pemahaman dapat diaplikasikan sepenuhnya
58
PENINGKATAN KEMAMPUAN OTAK
Diane Alexander telah memperkenalkan metode pembacaan dengan menggunakan kedua-dua belahan otak ini. Dia menemukan kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak sebelah kiri sehingga sukar untuk bercakap Dia telah berusaha untuk menggantikan fungsi verbal, dari kiri ke kanan. Akhirnya kanak-kanak itu dapat bercakap semula. Malah, terdapat kanak-kanak yang dapat membaca dengan kecepatan luar biasa dengan menggunakan otak sebelah kanan Lambatnya kecekapan membaca, dan minimumnya daya ingatan seseorang terhadap bahan bacaan, kerana matanya tidak fokus terhadap apa-apa yang dibaca
59
PENINGKATAN KEMAMPUAN OTAK
Seringkali terjadi, ketika membaca buku, mata beralih ke deretan kata seluruh halaman, dan bukan pada satu deret ayat yang dibaca. Keadaan ini ditambah lagi dengan adanya kata bahasa asing, kata sukar, ayat taksa, dan ayat yang menarik atau tidak menarik, menjadi sebab mata tidak terfokus pada ayat yang dibaca Pembacaan secara zigzag atau senyap (dalam hati) pada saat bersamaan juga menjadi faktor penyebab lambat membaca Untuk mengatasinya, dicadangkan perubahan kebiasaan membaca, iaitu membaca dari kiri ke kanan halaman, dengan bantuan jari untuk mengikuti baris demi baris. Mata dibiasakan untuk mengikuti garis ini secara tertib. Metode ini bergantung sepenuhnya kepada penyelarasan mata, jari dan otak
60
PENINGKATAN KEMAMPUAN OTAK
Pelaksanaan metode ini telah menyebabkan kecepatan membaca dapat ditingkatkan menjadi 450 perkataan per minit dengan penguasaan bahan 90 – 100% dalam situasi tertentu Otak mesti berada dalam keadaan selesa, iaitu tidak boleh membaca terus-menerus, tanpa perhentian sementara atau perhentian penuh Istirahat yang secukupnya perlu dilakukan. Waktu istirahat itu dapat dimanfaatkan untuk mengingat maklumat yang dapat diinterpretasikan dengan tepat
61
PENINGKATAN KEMAMPUAN OTAK
Bahasa, simbol, warna merupakan perkara yang dapat diingat dengan baik oleh manusia melalui otak kanan, sedangkan analisis logika dan urutan peristiwa, sama ada teratur atau tidak ialah hal yang dapat diingat dengan baik oleh otak kiri Jika latihan dilakukan dengan rutin dan kedua-dua belahan otak difungsikan secara optimum dalam segala hal, maka kecepatan bacaan menjadi 600 perkataan per minit, dengan tingkat pemahaman antara 90 – 100% ialah sesuatu yang mudah dicapai
62
KEKIDALAN DAN KEKINANAN
Dalam konteks ini, terdapat tiga golongan manusia, iaitu: > kidal: penggunaan tangan kiri > kinan: penggunaan tangan kanan > ambidekstrus: penggunaan tangan kiri dan kanan secara seimbang Jumlah penduduk kidal di dunia hanya 9%. Daripada jumlah itu, 30% sahaja yang yang didominasikan oleh hemisfera kanan. Ini bermakna, orang kidal juga dalam hal kebahasaan didominasikan oleh hemisfera kiri Sekitar 99% daripada orang kinan menggunakan hemisfera kiri untuk berbahasa, dan 75% daripada orang kidal menggunakan hemisfera kiri, meskipun jumlahnya tidak sebesar kinan
63
KEKIDALAN DAN KEKINANAN
Ada yang berpendapat bahawa kadar dominan hemisfera kiri pada orang kidal tidak sebesar orang kinan, menjadikan mereka bermasalah dalam hal membaca dan menulis Ada yang mengatakan bahawa orang kidal mati muda. Namun, ada juga penyelidik yang berpendapat sebaliknya Terdapat dalam kalangan orang kidal yang berjaya seperti mantan presiden Amerika Truman, Reagan, Bush dan Clinton. Orang ambidekstrus juga ada yang mencuat, seperti Benjamin Frauklin, Michaelangelo dan Leonards da Vinci
64
KEKIDALAN DAN KEKINANAN
Dalam masyarakat Melayu, kekidalan selalu dianggap negatif. Ini berkait dengan anggapan masyarakat Melayu, yang dikatakan kiri itu kurang baik. Misalnya, kurang sopan menggunakan tangan kiri untuk memberi atau menerima sesuatu, kumpulan yang tidak menyokong pemerintah, dianggap golongan kiri… Oleh itu, banyak orang cuba menghalang anaknya menjadi kidal, sedangkan kekidalan dan kekinanan ialah masalah genetik, di luar kawalan manusia
65
BAHASA ISYARAT Bahasa yang menggunakan tangan dan jari untuk membentuk perkataan dan ayat, seperti yang dilakukan oleh orang pekak Sepatutnya, hemisfera kananlah yang menguruskan bahasa isyarat kerana keupayaannya menangani fungsi yang berkait dengan reka bentuk dan pola visual. Namun, anggapan itu ternyata kurang tepat Terdapat orang tunarungu (pekak) yang menderita kena strok juga menghadapi masalah, seperti penderita afasia Broca dan Wernicke yang normal. Mereka sukar mengisyaratkan apa-apa yang ingin dinyatakan. Mereka mungkin dapat mengisyaratkan perkataan, tetapi isyarat untuk menunjukkan infeksi sesuatu perkataan dan fungsi pragmatiknya menjadi celaru. Ini menunjukkan bahawa masalah bukan terletak pada disfungsi motor, tetapi pada ketidaksempurnaan mereka mengakses nahu yang betul
66
BAHASA ISYARAT Bukti lain ialah orang tunarungu yang medan Wernickenya rosak diserang strok, masih dapat memberikan isyarat yang lancar, tetapi maknanya bercelaru Konfigurasi, lokasi dan gerakan tangan atau jarinya mewujudkan perkataan yang tidak sesuai dengan maknanya. Sehingga ayat yang dibentuk tidak sempurna, iaitu tidak bermakna Jika kerosakan terjadi pada hemisfera kanan, orang tunarungu tidak mengalami gangguan dari segi penggunaan bahasa isyarat. Nahunya masih sempurna, dan dia tidak tergagap-gagap. Ini menunjukkan bahawa mereka juga, menggunakan hemisfera kiri untuk memproses bahasa
67
KESIMPULAN Otak terdiri daripada dua bahagian sistem saraf, iaitu batang otak dan korteks serebral (hemisfera kiri dan hemisfera kanan). Kedua-dua sistem saraf ini mengendalikan semua kegiatan fizikal dan mental manusia Hemisfera kiri dilibatkan dengan fungsi bahasa,dari aspek penanggapan cakapan, pembinaan fahaman, penggunaan fahaman dan perancangan percakapan. Hemisfera kanan dilibatkan dengan fungsi yang lain Teori Lateralisasi merumuskan bahawa korteks dominan (hemisfera kiri) bertanggungjawab untuk mengatur penyimpanan pemahaman dan penghasilan bahasa alamiah Teori Lokalisasi beranggapan bahawa pusat bahasa berada pada Medan Broca dan Medan Wernicke
68
KESIMPULAN Hemisfera dominan beranggapan bahawa kedua-dua hemisfera, iaitu kiri dan kanan bertanggungjawab dalam pengendalian aktiviti kebahasaan Otak wanita dan peria melakukan pekerjaan yang sama dengan cara yang berbeda Kemampuan otak dapat dipertingkatkan jika hemisfera kiri dan hemisfera kanan dapat dimanfaatkan sepenuhnya Kekidalan dan kekinaan ialah soal genetik. Kedua-duanya, dalam hal kebahasaan, didominasikan oleh hemisfera kiri Bahasa isyarat digunakan oleh orang tunarungu menerusi hemisfera kiri seperti orang normal yang lain
69
KEGAGALAN TERBESAR DALAM HIDUP INI APABILA KITA TIDAK PERNAH MENCUBA
MADAH PUJANGGA KEGAGALAN TERBESAR DALAM HIDUP INI APABILA KITA TIDAK PERNAH MENCUBA Wahai anakanda ayah amanatkan janganlah takut memikul beban bertanggungjawab atas perbuatan itulah sifat jadi pegangan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.