Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

LITAR PENGGUNA Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelak.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "LITAR PENGGUNA Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelak."— Transcript presentasi:

1 LITAR PENGGUNA Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelak terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi.

2 Pengasingan dan penyuisan Perlindungan arus lebihan
Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan : Pengasingan dan penyuisan Perlindungan arus lebihan Perlindungan kebocoran arus ke bumi

3 Cara-cara pengasingan dan penyuisan
Semua suis kutub tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada pengalir fasa (hidup) sahaja. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada : Suis utama Alat perkakas pemanas di mana elemennya mungkin boleh disentuh , atau Pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5kV Dan suis yang digunakan hendaklah daripada jenis berangkai dan tentukan ia dapat memutuskan litar bersama dengan pengalir fasa

4 Cara-cara perlindungan arus lebihan :
Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN dan TT. Sekiranya terdapat pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa. Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis yang : Dapat dikendalikan/putuskan litar secara automatik pada kadar yang ditetapkan Berkeupayaan untuk memutus dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semula Direkabentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia dikendalikan dan dapat memberi bekalan tanpa bahaya.

5 Perlindungan kebocoran arus ke bumi
Semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu dibumikan dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan yang bersesuaian atau pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus dan voltan.

6 Kawalan Turutan Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ini termasuklah Ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran ke bumi.

7 Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan :
FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL (berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna) JANGKA KILOWATT JAM (berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tarif) SUIS UTAMA (berfungsi sebagai pengasing/penyuisan litar dan perlindungan arus lebihan) PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar) PAPAN AGIHAN (berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan)

8

9

10 Litar akhir Litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik.

11 Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir :
Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan , iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya. Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain. Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar dari mengganggu litar lain.

12 Peraturan IEE bagi litar akhir(keperluan umum) :
Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir, setiap litar akhir itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam PFA Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan (secara elektrik) daripada litar kecil akhir yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam PFA sama seperti pengalir fasa Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang

13 Permintaan maksimum Permintaan maksimum ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada suatu masa. Permintaan maksimum arus bagi litar akhir boleh ditentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca beban dan perkakas elektrik dalam litar, yang sewajarnya, dengan kelonggaran kepelbagaian. Bagi menentukan keseluruhan permintaan arus dalam litar boleh berpandukan daripada jadual 4A.

14

15

16


Download ppt "LITAR PENGGUNA Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelak."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google