Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MODEL PENGURUSAN ISLAM.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MODEL PENGURUSAN ISLAM."— Transcript presentasi:

1 MODEL PENGURUSAN ISLAM

2 Falsafah dan matlamat pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah SWT. Matlamat pengurusan adalah untuk kebaikan dan kebajikan semua makhluk dan mendapat keredhaan Allah SWT. Pihak pengurusan dan pekerja semuanya merupakan hamba Allah yang berperanan sebagai khalifah di atas muka bumi. Maka manusia perlu mengurus dan bekerja. Islam meletakkan jawatan itu sebagai amanah daripada Allah.

3 Mendapat kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.
Untuk mencapainya, maka perlu mengambilkira tiga dimensi utama. a. Falsafah dan nilai yang jelas iaitu jawatan merupakan amanah daripada Allah. Tugas dan t/jawab pekerja adalah sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Fungsi itu dikira sebagai ibadah. b. Pengurusan dan tenaga kerja yang mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai kemahiran, mempunyai komitmen terhadap organisasi dan mempunyai semangat persaudaraan.

4 c. Sistem dan amalan dalam rangka dan
c. Sistem dan amalan dalam rangka dan ketentuan syariah iaitu adil, saksama, efektif,syura dan muhasabah (menilai diri sendiri) Falsafah dan nilai pengurusan Islam begitu unggul kerana kesempurnaan sumbernya iaitu al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad. Elemen pengurusan Islam jelas, yang mempunyai objektif jangka pendek dan jangka panjang. Tauhid (Keesaan kepada Allah) menjadi teras pengurusan Islam. Dengan itu, setiap amal perbuatan, perkataan, keputusan dan niat pengurus dan pekerja akan dipersoalkan di akhirat.

5 Tauhid inilah mendorong individu mengamalkan keadilan dan mengelakkan kezaliman.
Al-falah atau kejayaan dalam pengurusan Islam tidak terbatas kepada kehidupan di dunia, malah berlanjutan ke akhirat. Oleh itu, objektif pengurusan Islam tidak semata-mata untuk mencari keuntungan jika menjejaskan hubungan manusia dengan manusia.

6 KESIMPULAN Pengurusan ialah pelaksanaan kewajipan (iaitu amanah) sebagai ibadah dan amal soleh secara kerjasama berasaskan syura. Ia bagi membina tamadun yang diredhai Allah bagi mencapai al-falah di dunia dan juga di akhirat. Dan membendung berlakunya al-fasad iaitu penyelewengan dan korupsi dalam makna yang luas dan menyeluruh.


Download ppt "MODEL PENGURUSAN ISLAM."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google