Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERUBAHAN NILAI MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERUBAHAN NILAI MELAYU"— Transcript presentasi:

1 PERUBAHAN NILAI MELAYU

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > mewajarkan perubahan nilai Melayu abad ke-21 sesuai dengan anjakan paradigma dan globalisasi berasaskan harga diri dan maruah, sikap, persaingan, dan semangat dan keyakinan

3 PERUBAHAN NILAI MELAYU ABAD KE-21
Sesuai dengan anjakan paradigma dan globalisasi zaman ICT, nilai yang tidak sesuai wajar disirnakan dengan tidak mengubah jati diri asli Melayu Nilai yang tidak sesuai perlu diteliti berasaskan realiti sosial dan pandangan sarwa Melayu yang asli

4 Melayu mesti menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Peristiwa dahulu perlu dijadikan panduan untuk menuju masa hadapan. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan Jati diri Melayu mesti dikenal pasti, terutama yang berkaitan dengan Islam Sejauhmana kita meyakini, menghayati dan mengamalkannya akan menentukan kecemerlangan generasi muda masa hadapan

5 Harga diri dan maruah akan terhakis jika rasa rendah diri dan ketergantungan kepada orang lain masih menebal Keyakinan, motovasi dan kreativiti akan terus menyisih daripada kita Jika ini terjadi, maka kita akan kekal dalam kegelapan siang, gelap dalam terang

6 Sikap pasif dan negatif akan menghambat daya saing dan daya juang yang akhirnya akan menjahanamkan diri sendiri Kita tidak wajar meletakkan maruah diri di tangan orang lain untuk menentukannya, dan kita menjadi miskin dan asing di negara sendiri, ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusui, anak di rumah mati tak makan

7 Sejarah Melayu perlu dikaji bukan untuk disalahkan atau menyesali nasib malang yang menimpa tetapi untuk mencetuskan reaksi dan pemikiran baharu untuk menuju alaf baharu, sesuai dengan anjakan paradigma dan globalisasi zaman teknologi maklumat

8 Konsep persaingan bukanlah untuk mencari lawan, tetapi proses untuk mengenali, memperbaiki dan memperkembang potensi diri supaya lebih menyerlah, dan berupaya menghadapi cabaran pada masa hadapan

9 Melayu dini dan kini sudah sarat dengan unsur atau nilai positif dan progresif
Mereka menepati masa dan bersungguh- sungguh bekerja apabila ke sawah atau ke laut, tetapi hasilnya tidak seberapa kerana tidak dapat memanfaatkan ciptaan moden dan pengetahuan baharu Keadaan inilah yang perlu diubah berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia dan baharu

10 Melayu perlu mempunyai falsafah yang jelas tentang jati diri, hala tuju, visi, misi dan matlamat serta berupaya mendepani zaman dari segi pemikiran, penggunaan teknologi dan pengamalan agama yang syumul dalam segala aspek kehidupan jasmani dan rohani

11 Sikap berlembut, tak apa dan toleransi yang berlebihan akhirnya memakan diri sendiri
Semangat dan keyakinan diri semakin pupus, pada hal satu ketika dahulu Melayu ialah bangsa penakluk, pemimpin atau menjadi tuan kepada suku lain di Nusantara

12 Nilai perlu sesuai dengan realiti sosial dan pandangan sarwa Melayu
KESIMPULAN Nilai perlu sesuai dengan realiti sosial dan pandangan sarwa Melayu Harga diri dan maruah perlu dijaga dan dipertahankan Sikap positif dan negatif sesuai dengan konteks Persaingan yang sihat perlu diwujudkan dan dilestarikan dalam kehidupan Melayu perlu mempunyai fasafah yang jelas tentang jati diri, hala tuju, visi, misi dan matlamat

13 KATA BIJAK PANDAI ORANG YANG BERSIKAP FUNDAMENTAL DALAM PRINSIP, KONTEMPORARI DALAM PENDEKATAN DAN FUTURISTIK DALAM PANDANGAN DAN GAGASAN AKAN BERJAYA MENEMPUH PANCAROBA DAN PANCARONA KEHIDUPAN


Download ppt "PERUBAHAN NILAI MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google