Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi"— Transcript presentasi:

1 BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Puan Ernawita Binti Atan Jabatan Bahasa Melayu, FBMK,UPM

2 Skop Perbincangan Konsep Bahasa Melayu Tinggi Tahap Perkembangannya.
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa.

3 Penilaian Ujian : 25% (M6) Tugasan : 35% (M8) Peperiksaan Akhir : 40%
Kertas kerja kump. : 25% Pembentangan kump 10% (M9) Peperiksaan Akhir : 40%

4 Peraturan Umum Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga bahagian (pendahuluan, perbincangan dan Kesimpulan). Hasil kertas kerja adalah asli dan sila patuhi etika ilmiah. Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh menjejaskan markah.

5 Format Penaipan Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih.
Jarak taipan dua langkau. Kepanjangan. 25– 30 halaman termasuk bibliografi. Jika ada lampiran digalakkan Saiz huruf 12 Jenis Times New Roman atau Arial .

6 Bibliografi

7 Konsep Bahasa Melayu Tinggi
BMT bukan istilah linguistik. Tidak ada istilah atau konsep bahasa tinggi atau bahasa rendah. Yang ada ialah ragam atau variasi bahasa (Awang Sariyan;1996). BMT – satu bentuk bahasa yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu. Istilah BMT mendukung pengertian sosial. BMT dianggap sebagai bahasa yang mendukung konsep budaya tinggi. Budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi.

8 BMT adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.
BMT tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan. BMT juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial).

9 Ciri-Ciri BMT Hal yang dinyatakan tidak terbatas kepada hal-hal yang konkrit tetapi bersifat abstrak. Kata-kata yang dipilih termasuk juga kata-kata yang makna, rujukan dan manifestasinya tidak boleh diindera. Kata-kata yang dipilih tidak hanya digunakan dengan makna denotatif bahkan digunakan juga dengan makna konotatif.

10 Rangkai kata yang diterbitkan tidak terhad kepada rangkai kata nahu yang hanya menerbitkan makna nahuan tetapi termasuk juga yang khusus. Kata-kata kompleks yang digunakan adalah rencam. Ayat-ayat yang diterbitkan mempunyai kekomplekkan yang tinggi. Wacana yang dihasilkan tidak hanya wacana kronologi bahkan pelbagai, Pelbagai jenis kiasan digunakan.

11 Rumusan BMT Mempunyai ragam atau variasi bahasa yang pelbagai.
BMT berupaya mengungkapkan sastera, budaya, falsafah dan agama yang jelas. Berupaya menerang pelbagai ilmu moden. Berupaya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan konkrit dengan jelas. BMT mempunyai cukup istilah dan kata-kata khusus bagi menerangkan pelbagai bidang ilmu.

12 BMT perlu mempunyai bahasa yang bersifat akademik atau bahasa bersifat keintelektualan.
BMT perlu mempunyai bahasa yang sempurna iaitu bahasa yang berkodifikasi dan berperaturan iaitu lengkap dengan sistem ejaan tatabahasa, sistem sebutan dan sistem perkamusan. BMT kaya dengan bahasa indah, menarik, santun dan sedap didengar. BMT merupakan bahasa yang berupaya mencerminkan budaya tinggi

13 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu
Proses perkembangan BM melalui tiga tahap; Tahap permulaan proses pemupukan bahasa. Tahap Pembinaan bahasa Tahap pemantapan bahasa

14 i. Tahap Permulaan Proses Pemupukan Bahasa
Bermula pada 50-an dan 60-an, tahap memperkenalkan BM kpd semua golongan masyarakat. Tokoh yang berwibawa dalam mempelopori perjuangan memartabatkan BM ialah Tan Sri Syed Nasir Ismail. Kegiatan utama kebahasaan dalam bentuk kempen minggu bahasa dan bulan bahasa kebangsaan.

15 Lagu bertemakan slogan ‘bahasa jiwa bangsa’ dicipta bagi meyakinkan rakyat tentang fungsi BM sebagai bahasa kebangsaan. Adanya gerakan “Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita” dalam memastikan bahan bacaan dan pengajaran dipraktikkan oleh agensi kerajaan dan swasta.

16

17 ii. Tahap Pembinaan Bahasa
Bermula 70-an Fokus utama – ejaan, tatabahasa (nahu), peristilahan dan perkamusan Sistem ejaan diseragamkan dengan sistem ejaan yang digunakan di Indonesia. Buku-buku tatabahasa mula ditulis dan disebarkan utk keperluan institusi pendidikan dan masyarakat umum.

18 DBP berfungsi sebagai penyelaras dan sumber rujukan.
DBP juga menghasilkan kamus sebagai rujukan pelajar dan pengguna bahasa yg lain. BM menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara, bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan utama.

19

20 iii. Tahap Pemantapan Bahasa
BM pada tahap ini mestilah cekap, berkesan dan indah. Dua aspek yang penting iaitu kecendekiaan (keintelektualan) dan kesempurnaan bahasa. Kecendekiaan bahasa – keupayaan sesuatu bahasa menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan dan berkesan.

21 Kemuncak pencapaian ini adalah melalui penggunaan gaya dan laras ilmiah yg mempunyai ciri spt ketepatan, kejelasan (clarity) dan logik. ia boleh juga dicapai melalui perkembangan kosa kata dan struktur tatabahasa.

22 Kesempurnaan bahasa – ciri bahasa yg tepat, berkesan dan sesuai dgn tugas dan konteks penggunaannya.
Kesempurnaan bahasa ditandai oleh ciri-ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian dan keindahan bahasa.


Download ppt "BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google