Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "OBJEKTIF PEMBELAJARAN"— Transcript presentasi:

1 FEM 3301 Etika & Nilai Dalam Pembangunan Unit 1: Pengenalan Etika, Nilai, Moral, Akhlak dan Adab

2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Membincangkan perspektif, konsep dan prinsip etika pembangunan. Mengenalpasti unsur-unsur penting dalam perbincangan tentang etika dan pembangunan. Menjelaskan konteks dan relevansi etika dan nilai dalam wacana pembangunan.

3 PENGENALAN Unit 1 memberi fokus dan huraian yang tentang etika pembangunan, kaitan dan kepentingannya dalam konteks pembinaan tamadun. etika = nilai / moral / peraturan pembangunan = peningkatan / perubahan

4 Pengenalan: Etika dan nilai dalam pembangunan dilihat sebagai suatu bidang ilmu yang responsif terhadap proses pembangunan dan perkembangan persekitaran. Perbincangan dalam unit ini bertujuan memberi kupasan tentang istilah-istilah penting dalam perbincangan etika yang sering digunakan.

5 Konteks Pembentangan:
1. Pengenalan 2. Kata-kata Kunci Penting -Etika -Nilai -Moral -Akhlak -Adab 4. Konsep dan prinsip 5. Teori Etika 6. Kesimpulan 7. Cadangan

6 Kata-kata Kunci Penting
Etika Nilai Moral Akhlak Adab

7 ETIKA Istilah ETIKA Ethice (Latin) Ethik, Ethicos (Greek)
Ethics (Inggeris) Etika (Melayu) Dalam perbincangan falsafah, etika diletakkan di bawah perbahasan axiologi (teori nilai).

8 ETIKA Satu disiplin ilmu yang membincangkan apa yang baik dan apa yang tidak baik. Memberikan tumpuan tentang soal-soal yang berkaitan perkara yang “tidak patut” dan “tidak wajar” dilakukan

9 Fokus etika Untuk memahami perkara yang berkaitan dengan nilai yang dikaitkan dengan perlakuan manusia, tabiat moraliti, menakrifkan persoalan benar dan salah, baik dan buruk, apa yang patut dan yang tidak patut dilakukan dalam perlakuan manusia. Rujuk sebagai falsafah moral dalam tradisi Barat.

10 Untuk membicarakan apakah yang dikehendaki atau dimaksudkan dengan konsep bertanggungjawab dan kewajipan moral. Untuk berbahas dengan sistematik, seterusnya menyarankan dalam keadaan tertentu mempertahankan konsep yang dibina tentang nilai perlakuan baik dan buruk manusia.

11 Cabang Asas Perbahasan Etika
Perbahasan etika dibahagikan kepada tiga cabang asas: Metaetika (metaethics) Etika Normatif (normative ethics) Etika Gunaan (applied ethics)

12 Metaetika (metaethics)
Metaetika ditakrif sebagai kajian asal dan makna konsep-konsep yang mengikut tatasusila. Bidang metaetika ialah paling kurang tepat menyatakan kawasan falsafah moral. Ia meliputi isu-isu dari semantik moral untuk epistemologi moral.

13 Membincangkan sumber prinsip-prinsip etika.
Tumpu pada kebenaran universal. Peranan akal dalam membuat keputusan moral. Persoalan yang berkaitan makna dan kefahaman konsep etika.

14 Etika Normatif Merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat. Menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada di samping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia diterima. Mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada.

15 Menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain.

16 Etika Gunaan Merujuk kepada sesuatu keadaan atau perbuatan yang tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu. Merupakan suatu cabang dari etika yang terdiri daripada analisis khusus, isu moral kontroversi

17 2 ciri-ciri mempertimbangkan sesuatu masalah merupakan masalah etika gunaan:
a) masalah haruslah kontroversi -Eg: euthanasia dikatakan isu etika kerana sesetengah orang bersetuju dengan isu tersebut manakala sesetengah orang tidak setuju. b) masalah tersebut harus jelas masalah moral

18 Definisi Nilai Asas yang digunakan bagi mengukur sesuatu samaada bernilai atau tidak Memberi ukuran kepada sesuatu Dalam konteks moraliti - sesuatu set/ asas bagi tujuan mengukur sesuatu perlakuan (termasuk dalam kategori perlakuan moral) sama ada baik/buruk, benar/salah

19 Dalam kebendaan – bilangan/kuantiti
Sesuatu yang dapat ditukar dengan sesuatu yang mempunyai persamaan dari segi nilainya Idea yang dipunyai oleh individu tentang apa yang benar dan apa yang salah

20 Moral Persoalan kewajipan/pertanggungjawaban seseorang sebagai individu dan anggota masyarakat Cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat Segala perakuan/perbuatan yang dilakukan secara pilihan akan tertakluk kepada hukum moral – buruk/baik & benar/salah

21 Berkait rapat dengan kesedaran
Amalan bermoral boleh dilihat dalam keadaan berikut: Pengawalan diri terhadap kehendak nafsu/melakukan tingkah laku yang salah Bertindak secara rasional melalui maklumat/pengetahuan yang cukup Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisplin

22 Maka, moral adalah sebahagian daripada etika
Perbezaan antara moral dan etika – dari segi etimologi (kajian asal usul perkataan) & kelaziman penggunaan Maka, moral adalah sebahagian daripada etika Moral Etika Bersifat praktikal Bersifat teoritikal Disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat Mengkaji, menganalisis, dan mengkritik sistem moral Bahan yang dikaji oleh etika Ilmu yang mengkajinya

23 Akhlak Dalam bahasa Arab – akhlaq
Plural bagi perkataan khulq – suatu keadaan/sifat dalaman(disposition) Suatu keadaan/malakah (sifat yang ada pada diri seseorang wujud dalam dirinya secara bertubi, sukar dihilangkan) yang ada dalam diri seseorang, bagi melakukan sesuatu tanpa memerlukan penakulan

24 Dalam konteks ilmu akhlak, sifat seseorang boleh wujub dalam keadaan –
Sebagai kebiasaan – sifat yang ada dalam diri seseorang itu, menjadikan ia identikal kepada dirinya Dalam konteks ilmu akhlak, sifat seseorang boleh wujub dalam keadaan – Sifat semula jadi Habit/kebiasaan yang disebabkan didikan & latihan yang bertubi menjadikannya sesuatu yang natural Amalan yang dilakukan dengan penuh sedar, ia menghasilkan habit (perbuatan dilaku secara semula jadi)

25 Suatu ilmu yang menjelaskan
erti baik dan buruk, apa yang harus dilakukan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka Merupakan kelakuan baik/budi pekerti seseorang Ia boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu

26 Adab Kesenian, kehalusan & kesantunan
Dalam koteks tingkah laku manusia – memimpin manusia supaya berkelakuan dan bertindak secara halus, berseni dan berhikmah Dikaitan dengan kehidupan, interaksi seharian, dan adat Dari segi makna, adab = baik manakala sebaliknya tidak beradab = biadab

27 Konsep dan Prinsip Etika
Pendekatan makro (umum) -Dari segi tanggungjawap dan kewajipan moral, mempertahankan konsep-konsep yang dibina tentang nilai perlakuan baik dan buruk manusia. Pendekatan Mikro (khusus) -Perspektif yang lebih khusus iaitu dalam fungsi dan peranannya khususnya dalam membina dan menentukan corak dan hala tuju pembangunan.

28 Persoalan-persoalan: (i) Siapakah yang menentukan nilai baik dan buruk, benar dan salah? (ii) Apakah yang menjadi petunjuk atau rujukan dalam penentuan nilai baik dan buruk?

29 Pusat Nilai (Centre of Value) -Sumber dan punca sesuatu nilai
-Sumber dari segi: Kepercayaan ideologi nilai -Merupakan budaya yang telah lama diamalkan - Telah menjadi sebahagian daripada adaptasi dan kebiasaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat

30 Dua pusat nilai utama: a) Pusat nilai berasasakan ketuhanan (God-centred value) b) Pusat nilai yang berasaskan manusia (Human-centred value)

31 a) Pusat nilai berasaskan Ketuhanan (God-centred value) - Sistem nilai yang dibina daripada ajaran agama - Penentuan buruk dan baik adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip dan ajaran agama seperti yang terkandung dalam kitab suci agama.

32 b) Pusat nilai yang berasaskan manusia (human-centred value) -Sistem nilai hasil daripada pengalaman manusia melalui apa yang difikir dan dirasakan oleh manusia sendiri -Warisan ahli falsafah Greek Protagoras( SM) berkata: “Manusia adalah neraca kepada segalanya.”

33 Kesimpulan Kesedaran dan pengamalan konsep-konsep etika, nilai, moral, akhlak dan adab adalah penting bagi setiap individu demi pembangunan keseluruhan.

34 Cadangan Kefahaman istilah-istilah yang telah dibincangkan membantu kita lebih senang memahami unit-unit Etika dan Nilai dalam pembangunan yang seterusnya. Beretika, bermoral, berakhlak, dan beradab dalam pergaulan bagi mencapai kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat.

35 Sesi Soal Jawab Senaraikan tiga cabang asas etika.
Apakah perbezaan antara moral dan etika? Jawapan: Metaetika, etika normatif, etika gunaan. Moral diertikan sebagai satu disiplin yang akan memberitahu kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu, sementara etika pula mengkaji dan menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. (Moral merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak, manakala etika adalah falsafah moral berkaitan dengan masalah betul atau salah.)

36 Definisi Pembangunan Pembangunan adalah suatu proses yang mana pendapatan perkapita sesebuah negara bertambah dalam jangka masa tertentu

37 Sambungan Teori pembangunan dalam ilmu sosial dapat dibagi ke dalam dua paradigma besar, modernisasi dan ketergantungan (Lewwellen 1995, Larrin 1994, Kiely 1995 dalam Tikson, 2005). Paradigma modernisasi mencakup teori-teori makro tentang pertumbuhan ekonomi dan perubahan sosial dan teori-teori mikro tentang nilai-nilai individu yang menunjang proses perubahan. Paradigma ketergantungan mencakup teori-teori keterbelakangan (under-development) ketergantungan (dependent development) dan sistem dunia (world system theory) sesuai dengan klassifikasi Larrain (1994). Sedangkan Tikson (2005) membaginya kedalam tiga klassifikasi teori pembangunan, yaitu modernisasi, keterbelakangan dan ketergantungan. Dari berbagai paradigma tersebut itulah kemudian muncul berbagai versi tentang pengertian pembangunan.

38 Sambungan pembangunan dapat diartikan sebagai `suatu upaya terkoordinasi untuk menciptakan alternatif yang lebih banyak secara sah kepada setiap warga negara untuk me­menuhi dan mencapai aspirasinya yang paling manusiawi (Nugroho dan Rochmin Dahuri, 2004). Tema pertama adalah koordinasi, yang berimplikasi pada perlunya suatu kegiatan perencanaan seperti yang telah dibahas sebelumnya. Tema kedua adalah terciptanya alternatif yang lebih banyak secara sah. Hal ini dapat diartikan bahwa pembangunan hendaknya berorientasi kepada keberagaman dalam seluruh aspek kehi­ dupan. Ada pun mekanismenya menuntut kepada terciptanya kelembagaan dan hukum yang terpercaya yang mampu berperan secara efisien, transparan, dan adil. Tema ketiga mencapai aspirasi yang paling manusiawi, yang berarti pembangunan harus berorientasi kepada pemecahan masalah dan pembinaan nilai-nilai moral dan etika umat.

39 Sambungan Para ahli memberikan definisi yang bermacam-macam seperti halnya peren­ canaan. Istilah pembangunan bisa saja diartikan berbeda oleh satu orang dengan orang lain, daerah yang satu dengan daerah lainnya, Negara satu dengan Negara lain.  Namun secara umum ada suatu kesepakatan bahwa pemba­ngunan merupakan proses untuk melakukan perubahan (Riyadi dan Deddy Supriyadi Bratakusumah, 2005). Siagian (1994) memberikan pengertian tentang pembangunan sebagai “Suatu usaha atau rangkaian usaha pertumbuhan dan per­ubahan yang berencana dan dilakukan secara sadar oleh suatu bangsa, negara dan pemerintah, menuju modernitas dalam rangka pembinaan bangsa (nation building)”. Sedangkan Ginanjar Kartasas­mita (1994) memberikan pengertian yang lebih sederhana, yaitu sebagai “suatu proses perubahan ke arah yang lebih baik melalui upaya yang dilakukan secara terencana”.

40 ALIRAN-ALIRAN UTAMA PEMIKIRAN ETIKA
FEM3301: ETIKA DAN NILAI PEMBANGUNAN ALIRAN-ALIRAN UTAMA PEMIKIRAN ETIKA

41 Isi kandungan Objektif Pembelajaran Pengenalan Tokoh-tokoh Utama
- Plato - Aristotle 4. Aliran- aliran berpengaruh - Utilitarianisme - Hedonisme - Humanisme

42 Objektif Pembelajaran
Mengenal pasti aliran-aliran penting yang dominan dalam pemikiran etika klasik dan moden. Menerangkan pengaruh aliran-aliran tersebut dalam pemikiran etika semasa.

43 Pengenalan Maksud Etika
- French dan Granrose (1995): set panduan/ peraturan tingkahlaku- menyelesaikan konflik terhadap keinginan. -Buchnolz (1989): Sistem- panduan tingkahlaku. -Shea (1988): Prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkahlaku.

44 Bermula pada zaman purba Greek- perkembangan perbahasan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan etika. Ahli falsafah dan pemikiran membahaskan persoalan yang berkaitan etika dalam karya falsafah mereka.

45 Tokoh-tokoh Utama Dalam Sejarah Perkembangan Pemikiran Etika
Plato Aristotle ( SM) ( SM)

46 Plato Dilahirkan pada tahun 427 SM in Athens, Greece dan meninggal 347 SM juga di Athens, Greece Berpegang kepada etika eudaimonistik yang berteraskan nilai baik (virtue-based eudaemonistic ethics)

47 Plato Beliau berpendapat keperibadian manusia berpusat pada jiwanya. Maka kebaikan moral menurut Plato berada di bahagian dalaman intelektual. Oleh sebab itu beliau berpendapat kesejahteraan atau kebahagiaan manusia adalah matlamat tertinggi daripada setiap pemikiran dan tindakannya

48 Aristotle Dilahirkan pada tahun 384 SM di Stagirus, Macedonia Greece dan meninggal pada tahun 322 SM di Chalcis, Euboea, Greece Isu utama yang dibahaskan oleh Aristotle adalah persoalan karakter atau personaliti – iaitu apakah yang menjadikan seseorang itu dikatakan seorang yang baik? Apa kriteria dan apakah asasnya?

49 Aristotle Beliau berpendapat perlakuan yang baik terbit daripada kebiasaan (habit yang baik) Kebiasaan yang baik akan dapat diperolehi melalui perlakuan yang ditubi atau diulang-ulang sehingga sebati dengan dirinya.

50 Aristotle Ini pada hemat beliau menjadikan etika sebagai disiplin praktis yang menarik. Seorang yang mencapai kebahagiaan dalam pengertian ini akan mempamirkan watak yang bersesuaian dengan dirinya yang memiliki keseimbangan antara nafsu dan akal

51 Aristotle Oleh itu, kebahagiaan sebenar akan hanya dapat diperolehi apabila seseorang itu memiliki kebaikan (virtue) yang menjadi sebahagian sifat atau karakternya

52 Aliran-aliran Berpengaruh
UTILITARIANISME HEDONISME HUMANISME PEMIKIRAN ETIKA

53 Utilitarianisme Aliran pemikiran etika yang berpegang kepada konsep buruk dan baik dinilai secara kuantitatif. Berkembang pada abad ke 18,dipelopori oleh Jeremy Bentham iaitu seorang pemikir dan ahli falsafah Inggeris. Dari segi idea utilitarian telah ditelusuri seawal zaman Greek melalui tokoh : Permenides (abad 5 SM) dan juga Zeno. Teori ini berasaskan nilai manfaat daripada perlakuan itu.

54 Jeremy Bentham (1748-1832) kemukan prinsip utiliti :
Mengenal pasti peranan asas keseronokan dan kesakitan dalam kehidupan manusia. Menerima atau menolak sesuatu perlakuan baik dan buruk berasaskan berapa banyak kesakitan dan keseronokan yang diperoleh dari perlakuan itu.

55 Mengaitkan secara langsung keseronokan dengan kebaikan dan kesakitan dengan keburukan.
Berpendirian bahawa keseronokan dan kesakitan itu boleh dijumlahkan dan boleh diukur.

56 John Stuart Mill ( ) mengubahsuai sedikit pandangan Bentham dengan memperlihatkan kecenderongan hedonistiknya dengan menekankan : Bukanlah jumlah keseronokan yang dikira tetapi kualiti kebahagiaan itulah yang penting dalam utilitarianism.

57 Membuat penjumlahan dalm hal ini adalah tidak munasabah kerana kualiti tidak boleh dijumlahkan
Utilitarianism merujuk kepada prinsip kebahagiaan yang paling agung bagi jumlah orang yang paling ramai.

58 TERIMA KASIH


Download ppt "OBJEKTIF PEMBELAJARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google