Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA"— Transcript presentasi:

1 ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BERILMU, BERBAKTI

2 PENGENALAN Sesuatu bahasa itu dapat dikaji daripada pelbagai dimensi
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, beberapa dimensi telah dikenal pasti untuk diteliti sebagai usaha untuk menentukan penggunaannya baik dan betul.

3 ASPEK BAHASA Bentuk (tulisan dan lisan) Tahap penguasaan
Bentuk bahasa Melayu dapat diperinci melalui empat dimensi, iaitu Bentuk (tulisan dan lisan) Tahap penguasaan Tahap penggunaan Mutu bahasa

4 Apakah perbezaan antara bahasa lisan dan Tulisan?
BENTUK BAHASA MELAYU Dari segi bentuk, bahasa Melayu dapat dianalisis melalui ciri-ciri pengungkapan bahasa lisan dan tulisan. Apakah perbezaan antara bahasa lisan dan Tulisan?

5 Ciri Bahasa Lisan Bebas sifatnya (temu duga / temu bual / wawancara
Mesra sifatnya (kata sapaan dalam situasi tidak rasmi dan situasi rasmi) Tatabahasa – tidak mementingkan kesempurnaan tatabahasa - memendekkan kata - menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. - Unsur-unsur lain seperti gerak geri, mimik muka atau nada suara

6 Ciri Bahasa Tulisan Terkawal dan dapat diedit atau disunting (seperti dalam esei, majalah dan jurnal) Rasmi sifatnya Tatabahasa: mementingkan tatabahasa yang sempurna kerana penulis hanya menggunakan kertas dan huruf untuk menyampaikan mesej. Mementingkan bentuk kata, ayat, tanda baca dalam wacana tulisan.

7 Bahasa Tulisan Dua jenis bahasa tulisan i) Bahasa tulisan umum
Ialah bahasa yang digunakan dalam akhbar, majalah, iklan, risalah, sepanduk, surat perniagaan, dsb.) - Tujuan: untuk menyampaikan maklumat - Tidak mementingkan semua ciri bahasa bertulis tetapi diterima umum kerana ada kelaziman-kelaziman tertentu digunakan. Contoh: dalam iklan, maklumat jual-beli dsb.

8 ii) Bahasa tulisan rapi
Biasanya terancang, tersusun dan disunting dengan telliti. Penggunaan laras bahasa dan gaya bahasa yang tekal (dalam jurnal, buku teks,dll.) Oleh itu karya yang dihasilkan lebih bersifat keilmuan dan sesuai untuk dijadikan bahan rujukan.

9 Bahasa Lisan Terbahagi kepada tiga jenis mengikut tahap
i) Bahasa lisan subbaku - Bahasa lisan yang tidak terkawal dan mengandungi unsur tempatan atau individu - Dikaitkan dengan bahasa golongan yang tidak terpelajar. Golongan bawahan dan digunakan dalam dalam situasi tertentu - Jenis bahasa dalam kategori ini disebut dialek atau bahasa pasar. (cek nak pi market), penggunaan lu dan gua ii) Bahasa lisan umum iii) Bahasa lisan terkawal rapi

10 ii) Bahasa lisan umum Penggunanya terdiri daripada golongan terpelajar / cendekiawan Antara penanda yang paling penting pada bahasa jenis ini ialah adanya unsur bahasa basahan, seperti kependekan, singkatan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan (saya tak kan maafkan awak) Pengguna yang menuturkan bahasa ini telah kenal biasa, dan menunjukkan kemesraan. Terdapat juga pola intonasi, dalam ayatnya pendek dan banyak variasi. Ciri paling ketara ialah penggunaan kata ganti nama dan sapaan berdasarkan pangkat / anugerah (Datuk, Tan Sri, Tun, dll.)

11 iii) Bahasa lisan terkawal
Bahasa yang diungkapkan dalam konteks rasmi dan menggunakan bahasa yang terkawal dan terpilih. Ragam bahasanya bersifat rasmi dan serius Mementingkan sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi Bahasa lisan ini agak longgar jika dibandingkan dengan bahasa tulisan Mengapa?

12 BAHASA LISAN KURANG TERKAWAL BERBANDING DENGAN BAHASA TULISAN
Bahasa lisan diujarkan secara serta-merta Boleh diubah dan diungkapkan semula RUMUSAN BAHASA LISAN KURANG TERKAWAL BERBANDING DENGAN BAHASA TULISAN


Download ppt "ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google