Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 5 BAHASA MELAYU KUNO.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 5 BAHASA MELAYU KUNO."— Transcript presentasi:

1 UNIT 5 BAHASA MELAYU KUNO

2 Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian bahasa Melayu kuno > prasasti Telaga Batu, Talang Tuwo, Kota Kapur, Karang Berahi, Kedukan Bukit, dan Gandasuli > Ciri bahasa Melayu kuno

3 BAHASA MELAYU KUNO Sebelum era bahasa Melayu kuno (BMK), terdapat bahasa Melayu purba (BMP), iaitu bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah, yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami Nusantara Kelompok yang menggunakan BMP ialah Melayu-Deutro. Namun, tiada sebarang bukti sejarah tentang BMP. Yang ada, hanyalah dalam bentuk lisan, yang diperturunkan daripada satu generasai kepada satu generasi kemudian Satu-satunya sumber awal yang dapat dikesan ialah kewujudan BMP pada awal abad ke-2M, iaitu di Champa, Vietnam Zaman BMP ini berakhir apabila wujud tulisan dalam bahasa Melayu

4 BAHASA MELAYU KUNO BMK ialah bahasa yang wujud pada zaman kedua sejarah perkembangan BM, berasaskan prasasti Dong Yen Chau. Prasasti ini ditemukan di Teluk Tourane, Vietnam Selatan (dahulunya Champa), dan menggunakan BMK, penyesuaian daripada huruf Pallava, bahasa Sanskrit Pada prasasti itu, terdapat beberapa kata yang digunakan pada masa itu, masih kekal dalam BM sekarang, seperti naga, ni (ini), uran (orang), saribu (seribu), thun (tahun), dnan (dengan) dan tijuh (tujuh)

5

6 BAHASA MELAYU KUNO Di Thailand, prasasti BM wujud di Segenting Kra, Ligor, Chaiya, Si Chon, Takua Pa, Wing Sa, Nakon Si Thammarat, Sathing Phra, Yarong, Yala, dan Lembah Bujang. Prasasti tersebut bertarikh pada abad ke-8 dan selepasnya Di Sumatera, kebanyakan prasasti yang ditemukan pada zaman Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, dan mencapai puncaknya pada abad ke-7M Antaranya ialah di Palas Pasemah, Bungkuk, Ulu Belu, Bawang, Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Telaga Batu, Karang Berahi, Kota Kapur, Muara Jambi, Pagarruyung, Sungai Langsat, Sungai Merangin, Kubu Rajo, Padang Lawas, Muara Takus, Gunung Tua, Batu Bara, Kota Cina, Minye Tujuh dan Aceh

7

8 BAHASA MELAYU KUNO Di desa Sojomerta, Jawa Tengah ditemukan prasasti Sojomerto, yang dianggap prasasti kedua tertua. Prasasti lain yang ditemukan ialah Bukateja, Dang Pu Hawang Glis, Manju Syrigraha, Kebun Kopi dan Sang Hyang Wintang. Prasasti ini dipahat pada zaman Kerajaan Sailendra yang bertuturunan raja Funan BMK ketiga tertua ialah Kedukan Bukit, yang ditemukan di tepi sungai Tatang, Palembang, Sumatera Selatan, yang bertarikh 683M. Selepas itu, banyak lagi prasasti lain yang ditemukan di Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu Kebanyakan prasasti itu menggunakan tulisan pengaruh India, seperti Devanagari, Pallava, Vangki, Jawa Kuno, Kawi dan lain lagi

9 BAHASA MELAYU KUNO BMK ialah bahasa yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Ketika itu, kerajaan Sriwijaya paling berkuasa, dan kerajaan ini menggunakan BMK dalam urusan pentadbiran dan kebudayaan BMK amat dipengaruhi kebudayaan India. Sebelum abad ke-7, pedagang India dan China menjadikan Nusantara sebagai tempat persinggahan dan pertukaran barang dagangan. Mereka juga menyebarkan kebudayaan dalam kalangan penduduk tempatan Pengaruh India yang paling dominan ialah penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit bukan sahaja merambah dalam bidang kesenian, agama, dan sebagainya, tetapi juga mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan orang Melayu

10 PRASASTI TELAGA BATU Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno yang mempunyai ciri yang khusus. Di bawah ini diberikan contoh BMK pada prasasti yang ditemukan di daerah bahasa Melayu. Prasasti tersebut ialah Telaga Batu, Talang Tuwo, Kota Kapur, Karang Berahi, Kedukan Bukit, dan Gandasuli Prasasti Telaga Batu 1 . // om siddham // titam hamvan vari avai. Kandra kayet nipaihumpa. An umuha uiu 2. Lavan tandrun luah makamatai tandrum luah an hakairu muah kayet nihumpa unai tunai. Ume- 3. Ntem bhati ni ulun haraki. Unai tunai // kamu vanak-mamu rajaputra . prostara . bhupati . senapati . nayakka . pratyaya hajipratyaya. dandanayaka

11 PRASASTI TELAGA BATU murddhaka . tuha an vatak = vuruh . addhyaksi nijavarna vasikarana . kumaramatya cathabhata . adhikarana . karmma... kavastha . sthapaka . puhavan . vaniyaga . pratisara . da . 5. kamu marsi haji. hulun = haji. vanak = mamu uram nivunuh sumpah dari mammam kamu . kadaci kamu tida bhakti dy = aku nivunuh kamu sumpah . tuvi mulam kadaci kamu drohaka vanun luvi yam marvuddhi 6. lavan catrunku . athava lariya ka datu paracaksu lai nivunuh kamu sumpah . tuvi mulam kadaci kamu makanucara dari catrunku dari datu paracaksu lai . dari kuiamamu mitramamu. dari vaduamamu. dari hulu vukan paracaksu 7. lai . manujari kamu drohaka vanun = aku malun ada di kamu . tida ya marppadah dy = aku dihuluntuhanku . kadaci kamu lai lari nivunuh kamu sumpah . tuvi mulam kadaci kamu miayuayu mammam dari vatu ...

12 PRASASTI TELAGA BATU 8. athava marcorakara hinamadhyamottamajati - yadi makalanit = tamva yam praja niraksanku . athava makataiu muah uram kalpita purva katalu muahna uram arambia kadatuanku nivunuh kamu sumpah. tuvi mulam dari kamu ... 9. kamu marvuat vini haji an tahu an tnah rumah manujari yam mamava mas dravya athava manujari dirina uram an tnah rumah malun uram mamiari yam jana mamava dravya d'l luar huluntuhanku lai varopaya ka kamu lari- 10. Yakan ka catrunku ka datu paracaksu lai nivunuh kamu sumpah // athava kadaci kamu mati malun mamrurua athava kamu lariya mamiariya lai kamu. nivunuh kamu sumpah // athava kamu nicari lai marvuat = nicari parddatuan 11. manalit mas mani malun mamrurua kadatuanku. marvuddhisarana ri lai kamu . uram vukan vaidika tahuna kamu marvuat sakit . tida kamu marppadah dari huluntuhanku . nivunuh kamu sumpah . kamu tuvi

13 PRASASTI TELAGA BATU Prasasti di atas telah ditransliterasikan ke Rumi oleh de Casparis ditemukan di Telaga Batu, Sumatera Selatan, dan prasasti ini bertarikh 685 M. Daripada teks tersebut, kita boleh membandingkannya dengan bahasa Melayu Moden. Antara kata tersebut ialah: BM Kuno BM Moden vari = bari = beri (sekarang) kayet = kait nipaihumpa = dipersumpah ulu = hulu luah = luar makamatai = maka + mati vanak = banyak

14 PRASASTI TELAGA BATU rajaputra = putra raja karana = kerana bhupati = bupati kamu = kamu uram = orang nivunuh = dibunuh sumpah = sumpah dari = dari tida = tidak bhakti = bakti drohaka = derhaka vanun = bangun

15 PRASASTI TELAGA BATU athava = atawa = atau (sekarang) datu = datu = datuk (sekarang) manujari = mengujari vatu = batu makalanit = maka + langit purva = purba kadatuanku = kedatonku marvuat = berbuat vini = bini tahu = tahu tnah = tanah rumah = rumah

16 PRASASTI TELAGA BATU yam = yang mamava = membawa dirina = dirinya nicari = dicari parddatuan = perdatuan sakit = sakit Berdasarkan senarai di atas, kata maka kurang digunakan dalam bahasa Melayu Moden, tetapi dalam bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu masih digunakan lagi. Perkataan kedaton masih digunakan dalam bahasa Jawa sekarang, yang sama makna dengan keraton atau istana

17 PRASASTI TELAGA BATU Daripada senarai di atas, kita dapat menganalisis dari aspek morfologi, Contohnya: a. ni- ialah awalan (imbuhan awalan), dan sekarang ini menjadi "di" Penggunaannya adalah seperti yang berikut: nipaihumpa = dipersumpah nivunuh = dibunuh nicari = dicari b. mar - ialah awalan (imbuhan awalan), dan sekarang ini menjadi "ber”. Penggunaannya adalah seperti yang berikut: marppadah = berpadah marvuat = berbuat

18 PRASASTI TELAGA BATU c. ma – adalah awalan (imbuhan awalan) dan sekarang menjadi me- Contohnya seperti yang berikut: mamava = membawa manujari = mengujari d. -an ialah akhiran (imbuhan akhiran) dan sekarang menjadi "- an" juga kadatuan = kedatuan = kedaton parddatuan = perdatuan

19 PRASASTI TELAGA BATU e. -ku Ialah singkatan aku, yang sampai sekarang masih digunakan dengan meluas dalam lisan atau tulisan. Contohnya: catrunku huluntuhanku niraksanku f. -na adalah untuk “-nya”. dirina = dirinya muahna = buahnya

20 PRASASTI TALANG TUWO 1 . Svasti sri sakavarsatita 606 dim dvitiya sukiapaksa vulan caitra sana tatkalana parlak sriksetra ini niparvuat 2. Parvanda punta hiyam sri jayanasa ini pranidhananda punta hiyam savanaknayam nitanam di sini niyur pinam hana ru- 3. Mviya dnan samisrana yam kayu nimakan vuahna tathapi haur vuluh pattum ityevamadi punarapi yam parlak vukan 4. Dnan tavad talaga savanakna yam vuatku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara vare payana tmu 5. Sukha di asannakala di antara margga lai tmu muah ya adhara dnan air niminumna savanakna vuatna huma parlak manck mu- 6. Ah ya mamhidupi pasu prakara marhulun tuvi vrddhi muah ya janan ya niknai savanakna yam upasargga pidanu svapnavighna varam vua-

21 PRASASTI TALANG TUWO 7. Tana kathamapi anukula yam graha naksatra paravis diya nirvyadhi ajara kavuatanana tathapi savanakna yam bhrtyana 8. Satyarjjava drdhabhakti muah ya dya yam mitrana tuvi janan ya kapata yam vinina mulam anukuia bharyya muah ya varam stha 9. Nana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kaiyanamitra marvvanun vodhicitta dnan maitri- 10. Dhara di dam hyam ratnatraya janan marsarak dnan hyam ratnatraya tathapi nityakala tyaga marsila ksanti marvvanun viryya rajin 11. Tahu di samisrana siipakala paravis samahitacinta tmu ya prajna smrti medhavi punarapi dhairyyamani mahasattva

22 PRASASTI TALANG TUWO 12. Vajrasarina anupamasakti jaya tathapi jatismara avikalendriya mancak rupa subhaga hasin halap ade- 13. Yavakya vrahmasvara jadi laki svayambhu puna(ra)pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavasita karmmavasita klesavasita 14. Avasana tmu ya anuttarabhisamyaksamvodhi Prasasti di atas ditemukan di Talang Tuwo, di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini bertarikh pada 684 M, dan ia telah ditransliterasikan oleh Coedes Daripada teks di atas kita boieh mengumpulkan kata yang boleh diberikan padanannya dengan kata bahasa Melayu moden

23

24 PRASASTI TALANG TUWO BM Kuno BM Moden sakawarsa = tahun Saka vulan = bulan tatkalana = tatkalanya ini = ini niparvuat = diperbuat hiyam = hiyang savanakna = sebanyaknya nitanam = ditanam di sini = di sini niyur = nyiur pinam = pinang

25 PRASASTI TALANG TUWO hanau = enau rumviya = rumbia/rembia dnan = dengan yam = yang kayu = kayu nimakan = dimakan vuahna = buahnya tathapi = tetapi haur = aur vuluh = buluh pattum = betung vukan = bukan

26 PRASASTI TALANG TUWO vuatku = buatku prayojanakan = prayojana + kan punyana = punyanya sarvvasatva = sarwa satwa sacaracara = secara-cara sukha = suka di = di asannakala = sasanakala di antara = di antara marga = marga = jalan dnan = dengan air = air

27 PRASASTI TALANG TUWO niminumna = diminumnya savanakna = sebanyaknya vuatna = buatnya huma = huma mamhidupi = menghidupi prakara = perkara janan = jangan varam = barang diya = dia kavuatanana = kebuatannya = perbuatannya tathapi = tetapi bhakti = bakti

28 PRASASTI TALANG TUWO mitrana = mitranya vinina = bininya lagi = lagi
curi = curi di sana = di sana marvvanun = berbangun vodhicitta = bodicita rajin = rajin mahasattva = mahasatwa rupa = rupa jadi = jadi laki = laki cintamani = cintamani

29 PRASASTI TALANG TUWO Daripada senarai di atas kita boleh melihat persamaan dan perbedaan kosa kasa, morfem, fonem, morfologi, fonologi… antara bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu Moden. Contohnya: a. Kata-kata yang sama tatkala ini laki tanam di sini cintamani kayu makan haur(aur) punya air huma diya dia lagi curi di sana rajin rupa jadi

30 PRASASTI TALANG TUWO b. Kata-kata yang hampir sama vulan = bulan vuat = buat parvuat = perbuat hiyam = hiyang savanakna = sebanyaknya niyur = nyiur pinam = pinang hanau = enau rumviya = rumbia dnan = dengan yam = yang

31 PRASASTI TALANG TUWO vuahna = buahnya tathapi = tetapi vuluh = buluh pattum = betung vukan = bukan c. Awalan ni- sama dengan di-, seperti pada: niparvuat = diperbuat nimakan = dimakan niminumna = diminumnya d. Awalan nipar- sama dengan diper- seperti pada: niparvuat = diperbuat

32 PRASASTI TALANG TUWO e. Akhiran -na sama dengan -nya seperti pada: tatkalana = tatkalanya savanakna = sebanyaknya vuahna = buahnya punyana = punyanya niminumna = diminumnya kavuatanana = kebuatannya mitrana = mitranya vinina = bininya  f. Awalan mar - sama dengan ber - seperti pada: marvvanun = berbangun  

33 PRASASTI TALANG TUWO g. Awalan sa - sama dengan se - seperti pada: savanakna = sebanyaknya sacaracara = secara-cara h. Awalan mam - sama dengan mem – seperti pada: mamhidupi = memhidupi = menghidupi i. Akhiran - i sama dengan - i sekarang seperti pada: mamhidupi = menghidupi j. Awalan ka - sama dengan ke - sekarang seperti pada: kavuatanna = kebuatannya = perbuatannya Selain itu, terdapat kata pinjaman Sanskrit seperti vodhicitta, mahasattva, cintamani, proyojana, sakawarsa, tathapi, sarvva satva, salaracana, sukha dan asannakala

34 PRASASTI KOTA KAPUR 1. Siddha titam hamvan vari avai kandra kayet in uiu lavan tandrun luah makamatai ta 2. Paihumpaan namuha ulu lavan tandrun luah makmatai ta Ndrun luah ninunu paihumpaan hakairu muah kayet nihumpa u 4. Nai tunai umentem bhakti niuiun haraki unai tunai kita savanakta de 5. Vata mahar(d)dhika sannidhana mamraksa yam kadatuan srivijayaa kita tuvi tandrun 6. Luah vanakata devata mulana yam parsumpahan paravis kadaci yam uram 7. Di dalamna bhumi ajnana kadatuan ini paravis drohaka hanun samavuddhhi la

35 PRASASTI KOTA KAPUR 8. Van drohaka manujari drohaka niujari drohaka tahu dim drohaka tida 9. Ya mar(p)padah tida ya bhakti tida ya tatvarjjaya diy aku dnan di iyam nigalarku sanyasa datua dhava vuatna uram inan nivunuh 10. Ya sumpah nisuruh tapik ya mulam parvvandan datu srivijaya taiu muah ya dinan 11. Gotra santanana tathapi svanakna yam vuatna jahat makalanit uram makasa 12. Kit makagila mantra gada visaprayoga upuh tamval saramvat kasi 13. Han vasikarana ityevamadi janan muah ya siddha pulam ka iya muah yam desa

36 PRASASTI KOTA KAPUR 14. Na vuatna jahat inan tathapi nivunuh ya sumpah tuvi mulam yam manuruh marjjahati yam vatu nipratistha ini tuvi nivunuh ya sumpah talu muah ya mulam sarambhana uram drohaka tida bhakti tida tatvarjjava diy aku dhava vuatna nivunuh ya sumpah ini gran kadaci iya bhakti tatvarjjaya diy aku dnan di yam ni 15. Galarku sanyasa datua santi muah kavuatana dnan gatrasantanana samrddha 16. Svastha niroga nirupadrava subhiksa muah yam vanuahna paravis sakavarsatita 608 dim pratipada sukiapaksa vulan vaisakha tatkalana yam mammam sumpah ini nipahat di velana yam vala srivijaya kalivat manapik yam bhumi java tida bhakti ka. srivijaya

37

38 PRASASTI KOTA KAPUR Prasasti di atas ditemukan di Kota Kapur, di Pulau Bangka. Prasasti ini bertarikh 686M. dan telah ditransliterasikan oleh Coedes. Daripada teks di atas, kita dapat mengesan beberapa perkataan yang sama atau sepadan dengan perkataan dalam bahasa Melayu moden. Antara lain ialah:  vari = beri kayet = kait ni = ni ulu = hulu bhakti = bakti   kita = kita   devata = dewata   maharddhika = mardaheka = merdeka  

39 PRASASTI KOTA KAPUR kadatuan = kadatuan Srivijaya = Sriwijaya mulana = mulanya parsumpahan = persumpahan yam = yang uram = orang di dalamna = di dalamnya bhumi = bumi drohaka = derhaka manujari = mengujari niujari = diujari tahu = tahu

40 PRASASTI KOTA KAPUR tida = tidak marppadah = berpadah diyaku = di aku dnan = dengan nigalarku = digelarku datua = yang diketuakan vuatna = buatnya nivunuh = dibunuh sumpah = sumpah nisuruh = disuruh datu = datu = datuk jahat = jahat

41 PRASASTI KOTA KAPUR makalanit = maka + langit makagila = maka + gila
mantra = mantra upah = ipuh tuva = tuba kasihan = kasihan janan = jangan pulam = pulang desa = desa manuruh = menyuruh marjjahati = berjahati = membuat jahat kepada vatu = batu nipahat = dipahat vala = bala

42 PRASASTI KARANG BERAHI
1. Siddha titam hamvan vari avai kandra kayet ni 2. Paihumpaan namuha uiu lavan tandrun luah makamatai ta 3. Ndrun luah ninunu paihumpaan hakairu muah kayet nihumpa 7 4. Nai tunai umentem bhakti niuiun haraki unai tunai kita savanakta de 5. Vata maha(d)dhika sannidhana mamraksa yam kadatuan srivijayaa kita tuvi tandrum 6. Luah vanakta devata mulana yam parsumpahan paravis kadaci yam uram 7. Di dalamna bhumi ajnana kadatuan ini paravis drohaka hanun samavuddhhi la

43 PRASASTI KARANG BERAHI
8. Van drohaka manujari drohaka.niujari drohaka tahu dim drohaka tida 9. Ya mar(p)padah tida ya bhakti tida ya tatvarjjava diy aku dnan di iyam nigalarku sanyasa datua nivunuh 10. Ya sumpah nisuruh tapik ya malam parvvandan datu srivijaya talu muah ya dnan 11.Gotra santanana tathapi svanakna yam vuatna jahat makalanit uram makasa 12. Kit makagila mantra gada visaprayoga upuh tuva tamval saramvat kasi 13. han vasikarana ityevamadi janan muah ya siddha pulam ka iya muah yam desa 14. na vuatna jahat inan ??????????? ini gran kadavi iya bhakti tatvarjjaya diy aku dnan di yam ni.

44

45 PRASASTI KARANG BERAHI
Prasasti di atas ditemukan di Karang Berahi. Prasasti ini bertarikh 686M, dan telah ditransliterasikan oleh Coedes. Daripada teks di atas kita boleh senaraikan kata yang sama atau hampir sama dengan kata bahasa Melayu Moden. Antaranya ialah: vari = beri kayet = kait makamatai = maka + matai = mati bhakti = bakti kita = kita devata = dewata maharddhika = merdeka

46 PRASASTI KARANG BERAHI
kadatuan = kedatuan parsumpahan = persumpahan yam = yang uram = orang di dalamna = di dalamnya bhumi = bumi drohaka = derhaka manujari = mengujari niujari = diujari tida = tidak marppada = berpadah sumpah = sumpah

47 PRASASTI KARANG BERAHI
nisuruh = disuruh datu = datu dnan = dengan tathapi = tetapi jahat = jahat makalanit = maka + langit makagila = maka + gila mantra = mantra upuh = ipuh tuva = tuba vuatna = buatnya janan = jangan

48 PRASASTI KARANG BERAHI
Senarai di atas ini sama dengan senarai kata yang terdapat pada prasasti yang lain. Daripada seluruh prasasti yang diteliti di atas jelas menunjukkan bahawa banyak kandungannya yang sama dengan bahasa Melayu moden. Daripada senarai itu juga kita boleh membuat kesimpulan seperti yang berikut: a. Terdapat kata Melayu asli seperti: pinam = pinang haur = aur vuluh = buluh niyur = nyiur huma = huma jahat = jahat ini = ini di sini = di sini di sana = di sana

49 PRASASTI KARANG BERAHI
b. Kata daripada bahasa Sanskrit seperti: sakawarsa mantra siddha prayoga drohaka srivijaya bhakti c. Terdapat awalan seperti: mar = ber- mam- = mem- ni- = di- nipar = diper- ka- = ke- sa- = se- dll

50 PRASASTI KARANG BERAHI
d. Terdapat akhiran seperti: - i = -i - an = an - na = - nya dll. e. Terdapat imbuhan apitan seperti: marjjahati = mar – jahat - i manujari = maN-ujar-i niujari = ni-ujar-i kadatuan = ka-datu-an

51 PRASASTI KARANG BERAHI
f. Terdapat awalan yang tidak dipakai lagi pada masa ini seperti: maka + gila = makagila maka + lanit = makalangit g. Terdapat fonem Melayu seperti. s, d, t, a, r, k, y, e, p, 1, j, m, n, h, g, 1, o, u, w h. Terdapat fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti bh, dh, th, v i. Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi

52 PRASASTI KEDUKAN BUKIT
Prasasti yang bertarikh 683M ini ditemukan di tebing sungai Tatang, kampung Kedukan Bukit, barat daya Palembang. Prasasti ini mengandung 10 baris ayat yang diukir pada batu bujur Tulisannya masih terpelihara dengan baik, kecuali beberapa perkataan tidak boleh dibaca kerana kerosakan alamiah batu berkenaan pada tempat tertentu Apabila dibandingkan tulisan prasasti ini dengan prasasti yang ditemukan di Talang Tuwo, dapat dirumuskan bahawa raja yang memerintah Sriwijaya pada masa itu ialah Jayanesya Tulisan pada batu tersebut telah dirumikan seperti yang berikut:

53

54 PRASASTI KEDUKAN BUKIT
Swasti Syri Syakawarsatita 605 ekadasyi syuklapakasya bulan Waisyakha dapunta hiyang naik disambau mangalap Siddhayatra Di Saptami syuklapaksa bulan Jyestha dapunta hiyang merlepas dari Minanga Tamvan (Tamvar?) memawa yang bala dua laksa dengan*… dua ratus tshara disambau dengan jalan seribu telu sepuluh dua banyaknya. Datang di matajap (matanya?) sukhatsyitta Di patsyami syuklapaksa bulan… laghu mudik datang merbuat benua…Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa #Huruf condong = BMK. Yang lain Bahasa Sanskrit/sejenis Sanskrit … tak boleh dibaca kerana rosak

55 PRASASTI KEDUKAN BUKIT
Berikut ialah maksud petikan: Selamat dan bahagia! Dalam tahun Syaka 605. pada sebelas hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya Pada tujuh haribulan teranbg dari bulan Jyestha Baginda berangkat dari Muara Tamvan (Tamvar?) membawa bala dua laksa dengan… dua ratus pawang di kapal dengan yang berjalan kaki seribu tiga ratus dua belas banyaknya. Datang di Matajap (matanya?) sikacita Pada lima hari bulan terang dari bulan…belayar mudik, datang membuat benua…Sriwijaya, kota yang jaya, yang berbahagia dan yang makmur

56 PRASASTI KEDUKAN BUKIT
Kata dapunta terdiri daripada awalan kehormat da dan pu (atau mpu) yang bermaksud tuan dan nta yang bermaksud kita, yang menjadikan ungkapan itu bermaksud tuan kita yang dihormati Kata hiyang pula bermaksud tuan atau dewa, iaitu orang yang berkedudukan istimewa dalam hierarki masyarakat. Sambau (sambo) bermaksud kapal dan mengalap bermaksud mengambil Kata merlepas, dalam BM moden ialah berlepas, yang menunjukkan kewujudan awalan mer. Kini awalan mer, hanya wujud dalam beberapa perkataan, seperti merubi (menyerupai ubi), merurar/menguar (memaklumkan) Awalan mer masih wujud dalam bahasa Batak moden. Perkataan minanga (muara). Dalam bahasa Makasar bermaksud sungai, dan dalam bahasa Batak binanga yang bermaksud sungai

57 PRASASTI KEDUKAN BUKIT
Perkataan memawa BMK, bentuk BMM ialah membawa. Ini bermakna, telah berlaku peleburan fonem konsonan bersuara pertama kata dasar, kerana pengaruh fonem sengau dalam awalan. Ini berlaku juga dalam perkataan BMK yang lain, seperti memeri (memberi) dan menegar (mendengar) Perkataan lain yang menarik ialah telu dan sepeluh dua. Telu bermaksud tiga (dalam bahasa Tagalog disebut tatlu), dan sepeluh dua bermaksud dua belas, iaitu Perkataan sepeluh dua, tiada lagi dalam BMM, tetapi dalam beberapa bahasa yang lain masih diamalkan, seperti bahasa Batak, menyebutnya sempulu dua

58 PRASASTI GANDASULI Prasasti yang ditemukan di Gandasuli, Jawa tengah membuktikan bahawa BM telah tersebar luas. Tarikh prasasti itu (832M) dan persamaan bahasanya dengan prasasti di Sumatera menunjukkan kedekatannya, walaupun terdapat sedikit perbedaan dialek Antara perbedaan yang nyata ialah bentuk tulisan. Kalau prasasti di Sumatera menggunakan huruf Pallava yang berasal dari India selatan, prasasti Gandasuli menggunakan huruf Nagiri yang berasal dari India utara Penemuan prasasti di Sumatera dan Jawa, bukan sahaja penting dari segi bentuk BM pada ketika itu, tetapi juga dari segi impak kedudukan dan peranannya sebagai bahasa pengungkapan sastera yang indah, yang juga menjadi bahasa wahana pemerintahan, perdagangan dan pernyataan keilmuan dan kebudayaan

59

60 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
Daripada prasasti yang dianalisis, dapat disimpulkan beberapa ciri BMK, terutama dari segi kosa kata 1. Fonem semivokal (separuh vokal) BMK berubah menjadi b secara tekal dalam BMM. Contohnya: BMK BMM wuat buat wunuh bunuh watu batu wanum bangun wulan bulan sawanyak sebanyak

61 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
2. Ketiadaan vokal e pepet dalam BMK. Contohnya: BMK BMM dangan dengan lapas lepas marwangun membangun martua mertua tathapi tetapi sapuluh sepuluh saribu seribu manghidupi menghidupi mamawa membawa

62 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
3. Bentuk imbuhan BMK sama dengan BMM. Namun, ada yang sudah tidak digunakan lagi. Contoh: i. Awalan ni dalam BMK berubah menjadi di dalam BMM BMK BMM nisuruh disuruh nitanam ditanam niwunuh dibunuh niparsumpah disumpahi niujari dikatakan niminum diminum nimakan dimakan

63 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
ii. Awalan mar- dalam BMK berubah menjadi ber- dalam BMM. Contoh: BMK BMM marlapas berlepas marwuat berbuat marvuddi berbudi marppadah berserah Awalan mar masih ada peninggalannya dalam BMM, tetapi menjadi mer. Contohnya dalam kata mertua, merapi, merbahaya (berbahaya), mertajam, merlimau, merpadi…

64 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
iii. Awalan maka- dalam BMK, tiada lagi dalam BMM Contohnya: BMK BMM makagila menjadi gila makasakit menjadi sakit makalangit menjadi tinggi seperti langit Awalan maka masih digunalkan dalam bahasa Kadazandusun dan bahasa Murut di Sabah Dalam BMKL, maka digunakan sebagai kata pangkal ayat, bersama dengan kata lain, seperti syahadan, alkisah, sebermula, adapun…Dalam BMM, kata maka masih digunakan secara aktif, terutama dalam laras sastera

65 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
4. Bunyi [n] dalam BMK menjadi [ny] dalam BMM. Contohnya: BMK BMM wuahna buahnya wuatna buatnya tatkalana tatkalanya 5. Bunyi [h] dalam BMK, disirnakan dalam BMM. Contohnya: sahaya saya tuha tua samuha semua

66 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
6. Konsonan yang dieja dengan aspirasi (hembusan), dalam BMK, seperti bh, ph, dh, kh dan th (kerana pengaruh bahasa Sanskrit) ditiadakan dalam BMM. Contohnya BMK BMM bhumi bumi ddhuka duka sukhacitta sukacita bhakti bakti vuddhi budi

67 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
7. Perkataan BMK yang tidak digunakan lagi dalam BMM. Contohnya: BMK BMM tuwi dengan inan itu tlu tiga hulun/ulun orang gaji/pramu wisma sarah memisahkan diri langit memperdaya svasti sri selamat bahagia hyang baginda Samvau perahu

68 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
8. Penyesuaian dengan zaman, iaitu Perkataan BMK masih digunakan dalam BMM. Contohnya: dua, naik, ratus, jalan, datang, air, mudik, banyaknya, huma, diminumnya, aku, ini, kayu, curi, jadi, sana, lagi, laki, mata Terdapat juga kata BMK yang berbeda sedikit daripada BMM dari segi sebutan. Contohnya: wulan (bulan), dangan (dengan), sapuloh (sepuluh), saribu (seribu), mamawa (membawa), manghidupi (menghidupi), prakara (perkara) Terdapat kata yang berkognat yang sudah berubah makna. Contohnya, dalam BMK, kita membawa pengertian mufrad kamu, dan kamu membawa pengertian jamak

69 CIRI BAHASA MELAYU KUNO
9. Penggunaan imbuhan yang lain. Contohnya: Awalam ka sebagai kata kerja tiada lagi dalam BMM, tetapi masih dapat dikesan daripada kata ketawa dan ketahui. Pada abad ke-7, awalan ini masih aktif penggunaanya. Misalnya, kata katalu dan katahu Katalu daripada kata dasar talu yang bermaksud serang. Katalu bermakna, diserang. Dalam BMM, kata ini menjadi bertalu-talu. Kata katahu bermakna, diketahui. Awalan ka ini masih wujud dalam bahasa Kadazandusun Awalan par digunakan serentak dengan akhiran akan, dengan didahului awalan ni, seperti dalam kata niparsumpahakan (disumpahi) Apitan ka…an terdapat dalam kata kadatuan (tepat tinggal datu/keraton), dan kavuatan (perbuatan). Akhiran i pula digunakan serentak dengan awalam ma atau ni, seperti dalam kata mangujari (mengatakan), niujari (dikatakan)

70 KESIMPULAN Bahasa Melayu kuno ialah bahasa yang wujud pada zaman kedua sejarah perkembangan bahasa Melayu, iaitu pada abad ke-7 hingga abad ke-13 Prasasti yang ditemukan di daerah bahasa Melayu ialah prasasti Telaga Batu, Talang Tuwo, Kota Kapur, Karang Berahi, Kedukan Bukit dan Gandasuli. Prasasti ini menggunakan tulisan pengaruh India, iaitu huruf Pallava dan Nagiri Ciri bahasa Mnelayu kuno dapat dikenal pasti dari aspek penggunaan fonem semivokal, e pepet, bentuk imbuhan, fonem nasal, fonem n, konsonan beraspirasi, dan sebagainya

71 MADAH PUJANGGA JIKA FIKIRAN MEMAHAMI DAN HATI MEYAKINI, MAKA KEJAYAAN PASTI DAPAT DIGAPAI Wahai anakanda janganlah congkat Pantang olehmu lagak melagak Lemah lembut dalam bertindak Supaya hidupmu tidak tercampak


Download ppt "UNIT 5 BAHASA MELAYU KUNO."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google