Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 8 AKSARA MELAYU
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > Melayu dan aksara
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > Melayu dan aksara > jenis aksara
3
PENGENALAN Kata aksara (script) dapat diberikan pengertian seperti yang berikut: > Sistem tanda grafis yang digunakan manusia untuk berkomunikasi, di samping dalam keadaan tertentu, mewakili pertuturan > Jenis sistem tanda grafis tertentu, seperti aksara Palava (Palawa), aksara Inka… > Huruf, iaitu sistem tulisan yang berdasarkan abjad (alphabetic writing)
4
PENGENALAN Aksara (sistem tulisan) wujud apabila masyarakat terpanggil untuk mencipta cara meluahkan fikiran/idea dalam bentuk visual Pada peringkat dini, manusia purba meluahkan ideanya yang berupa lakaran di permukaan batu di dinding gua. Tempat ini menjadi “rumah” mereka Dengan peredaran zaman, dan perubahan peradaban, mereka mula mencipta tanda/simbol yang melambangkan bunyi tertentu dalam bahasa mereka
5
MELAYU DAN AKSARA Sebelum kedatangan pengaruh luar, alam Melayu sudah mempunyai lambang aksara peribumi. Aksara yang paling awal yang dapat dikesan ialah rencong. Aksara ini digunakan di Lampung, Rejang dan Jambi, Sumatera selatan Aksara rencong kemudiannya digantikan dengan aksara palava yang lebih canggih. Aksara ini berasal dari India Selatan, dan ditulis dari kiri ke kanan. Namun, penyebaran aksara ini agak terhad, kerana digunakan oleh golongan bangsawan, dan hanya terpahat pada prasasti Tulisan lain yang terdapat di alam Melayu ialah lontara (ditulis atas daun lontar). Bentuknya seakan-akan aksara rencong. Aksara ini digunakan oleh orang Bugis dan Makasar, di Sulawesi selatan
6
MELAYU DAN AKSARA Suku Batak di Sumatera dan Kerinci juga mempunyai aksaranya sendiri > Batak: aksara berbentuk garis miring atau rencong dengan sudut tirus > Kerinci: bentuk yang hampir serupa dengan tulisan Melayu sebelum kedatangan huruf Arab Prasasti yang ditemukan di alam Melayu membuktikan bahawa msyarakat Melayu menggunakan sistem tulisan sekurang-kurangnya pada abd ke-7M Bahan tinggalan lama menunjukkan bahawa orang Melayu menulis dalam pelbagai cara, iaitu pada batu, kepingan logam, daun lontar, kepingan papan, kulit kayu, buluh, kulit haiwan, kain, dengan alat tulis yang dinamakan daluang
7
MELAYU DAN AKSARA Selepas Palava, wujud aksara Kawi, iaitu turunan daripada aksara Pali. Aksara ini mula digunakan pada abad ke-12M. Buktinya ialah inskripsi yang ditemukan di Joreng, Tapanuli, Sumatera utara Aksara Kawi ini kemudiannya telah menerbitkan pelbagai aksara daerah, seperti Batak, Rejang, Lampung, Kerinci … Aksara jawi di alam Melayu wujud dengan kedatangan Islam. Aksara jawi berasal daripada aksara Arab dengan beberapa pengubahsuaian dan tambahan Aksara Arab mula diadaptasikan sebagai ejaan bahasa Melayu selepas abad ke-7H/ke-13M. Bukti pertama ialah teks yang terdapat pada prasasti Terengganu, yang menggabungkan sistem ejaan Arab dengan sistem ejaan Melayu
9
MELAYU DAN AKSARA Lima huruf baharu telah dipadankan daripada huruf Arab, iaitu ca ( چ ), nya ( ٽ ), pa ( ڧ ), ga ( ݢ ) dan nga ( ݞ ) sudah tercipta dan digunakan sepenuhnya Perkataan Sanskrit telah dieja dengan aksara jawi sehampir yang mungkin, dan ini telah mewujudkan penggunaan huruf alif ( ا ), wau ( و ) dan ya ( ي ) pada akhir suku kata tulisan jawi bahasa Melayu terdiri daripada 29 abjad Arab dengan lima abjad tambahan bagi bunyi Melayu yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu p, c, g, ny dan ng. Pada 1968, satu lagi abjad ditambah, iaitu ( ۏ ) bagi melambangkan huruf v
10
MELAYU DAN AKSARA Aksara yang terakhir bagi bahasa Melayu ialah rumi. Penggunaan aksara rumi dalam bahasa Melayu mula dikesan pada akhir abad ke-16, iaitu yang terdapat pada daftar kata Melayu-Belanda, yang dihasilkan semasa kedatangan Belanda pertama ke alam Melayu, pada 1598 Ejaan awal ini mencerinkan ejaan Portugis. Pada awal abad ke-16 juga, Pigafetta telah, menyusun kosa kata Melayu-Portugis menggunakan huruf rumi Sarjana pertama yang menyemarakkan aksara rumi ialah William Marsden, diikuti oleh Ophuijsen di Indonesia, Crawfurd, Shellabear dan Winstedt di Malaya za’ba ialah anak Melayu pertama yang menyusun aksara jawi dan rumi bahasa Melayu. Di Indonesia, aksara rumi diasaskan oleh Ophuijsen, dan dikuti dengan ejaan Soewandi (1947) Akhirnya melalui kerjasama serantau, sistem ejaan rumi baku telah diselaraskan. Di Malaysia, dikenali dengan nama Ejaan Rumi Baharu
11
JENIS AKSARA Aksara Arab: Aksara yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Arab, diturunkan daripada aksara Aramea. Peninggalan tertua beraksara Arab berasal dari tahun 512M Dalam penyebarannya, aksara Arab ini digunakan untuk menulis bahasa lain, seperti bahasa Urdu, bahasa Melayu, bahasa Jawa, ditulis dari kiri ke kanan Aksara Aramea (Aramic alphabet): Aksara yang digunakan dalam bahasa Aramea di sekitar Syria dan Mesopotamia sekitar abad ke-10 SM Aksara ini telah menurunkan aksara Arab dan aksara Brahma, bersifat alfabetis dan terhasil daripada 22 huruf konsonan
12
Contoh aksara arab
13
Contoh aksara Aramea
14
JENIS AKSARA Aksara Brahmi: Aksara yang digunakan untuk menulis bahasa India kuno, yang diturunkan daripada aksara Aramea (Semit), dan bersifat setengah alfabetis Aksara ini mula-mula ditulis dari kanan ke kiri, dan kemudiannya dari kiri ke kanan. Pada tugu Acoka, hurufnya berjumlah 35 Aksara ini mula wujud sekitar abad ke-7 dan ke-8 SM. Dalam perkembangannya, aksara ini telah menerbitkan lapan jenis aksara. Antaranya: > aksara Gupta > aksara Siddhamatrika > aksara Nagari > aksara Palava Aksara Nagari dan Palava terkenal di alam Melayu
15
Contoh aksara Brahmi
17
JENIS AKSARA Aksara Demotik (demotif script): Jenis aksara hieroglif Mesir kuno yang digunakan untuk menulis cepat, terutama untuk urusan perniagaan, rasmi, ilmu pengetahuan, kesusasteraan dan keagamaan Aksara ini lebih ekslusif, dan ditulis dari kanan ke kiri, secara horiziontal, dan sebahagiannya menggunakan tinta atas papirus Aksara ini ditemukan juga pada prasasti Demotik atas kayu dan batu. Sejak periode Ptolema, aksara ini dipahat pada batu. Contoh yang paling terkenal ialah batu Rosetta, iaitu prasasti yang ditulis menggunakan tulisan hieroglif, Yunani, dan Dometik, yang menjadi kunci penghuraian naskhah Mesir kuno
18
Contoh aksara demotik
19
Contoh aksara dometik
20
JENIS AKSARA Aksara Dewanagari: Aksara India yang digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit. Aksara ini tumbuh dan berkembang pada abad ke-7 – 9 M, dan masih diugunakan hingga kini Aksara ini nmenjadi induk aksara yang digunakan di Nepal dan Bangladesh Aksara Etruski (Etruscan alphabet): Aksara ini digunakan pada abad ke-9 – 8 SM, yang diturunkan daripada aksara Yunani, dan yang menjadi moyang aksara Latin Peninggalan bangsa Etruski banyak, dapat dibaca, tetapi tidak difahami isinya
21
Contoh aksara Dewanagari
22
Contoh aksara Dewanagari
23
Contoh aksara Dewanagari
24
Contoh aksara Etruski
26
JENIS AKSARA Aksara Fenisia (Phoenician alphabet): Aksara Semit utara yang digunakan oleh orang Fenisia (Lebanon sekarang), berasal dari abad ke-11 SM, bersifat alfabetis, yang menjadi moyang kepada aksara Eropah Aksara Glagolitik (Glagolotic alphabet): Aksara yang digunakan sejak awal abad ke-9 M oleh bangsa Slavia yang beragama Kristian Katolik Aksara ini direka oleh St Kyrillus, seperti aksara Kiril. Jumlah huruf dan nilainya sama dengan aksara Kiril, tetapi bentuknya berbeda Sejak abad ke-17, aksara ini telah digantikan dengan aksara Latin. Namun, dalam aktiviti keagamaan masyarakat Dalmatia dan Montenegro, aksara Glagolitik ini masih digunakan
27
Contoh aksara Fenisia
28
Contoh aksara Glagoliti
29
Contoh aksara Grantha
30
Contoh aksara Grantha
31
JENIS AKSARA Aksara Gupta: Aksara India kuno yang digunakan antara abad ke-4 hingga ke-6, yang diturunkan daripada aksara Brahmi Aksara Han’gul: Aksara Honminjongum di Korea Selatan Aksara Honminjongum: Aksara alfabetis yang digunakan untuk menulis bahasa Korea, terdiri daripada 28 huruf (kini 26), yang diciptakan pada abad ke-15 berdasarkan huruf Palava Aksara Hieratik (hieratic script): Jenis aksara Hieroglif Mesir kuno yang berkesimnambungan dan digunakan untuk penulisan rasmi Aksara Hieroglif (hieroglyphic script): Aksara yang digunakan oleh pendeta Mesir Kuno, yang bersifat ideografis, dan berkembang pada 3500 SM
32
Contoh aksara Han’gul
33
Contoh aksara Han’gul
34
Contoh aksara Han’gul
35
Contoh aksara Hieratik
36
Contoh aksara hieratik
37
Contoh aksara hieratik
38
Contoh aksara hieroglif
39
JENIS AKSARA Aksara Ibrani: Aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Ibrani, dan diturunkan daripada aksara Aramea sekitar abad ke-3 SM, dan ditulis dari kanan ke kiri Aksara Jawa: Aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Jawa, terutama pada prasasti Aksara Jawa yang digunakan sekarang ialah: > aksara Carakan: Aksara inti yang terdiri daripada 20 suku kata, atau yang disebut Dentawiyanjana, iaitu: ha, na, ca, ra, ka, da, ta, sa, wa, la, pa, dha, ja, ya, nya, ma, ga, ba, tha, nga > aksara Pasangan: Bentuk huruf mati daripada aksara inti, iaitu h, n, c, r, k, d, t, s, w, l,p, dh, j, y, ny, m, g, b, th, ng
40
JENIS AKSARA > aksara Swara: Biasanya untuk huruf awal penulisan nama kota, atau nama orang yang dihormati, yang diawali dengan huruf hidup, iaitu a, i, u, e, o > aksara Rekan: Untuk penulisan huruf yang berasal daripada serapan bahasa asing, iaitu kh, f, dz, gh dan z > aksara murda: Biasanya untuk huruf awal penulisan nama kota atau nama orang yang dihormati, iaitu na, ka, ta, sa, pa, nya, ga dan ba > aksara Wilangan: Untuk penulisan bilangan dalam bahasa Jawa, iaitu angka 1 hingga 10 > tanda baca (Sandangan): Tanda yang biasa digunakan, huruf hidup serta huruf mati yang digunakan dalam bahasa sehari- hari, iaitu tanda koma, titik, awal kalimat..., dan huruf i, o, u, e serta huruf mati r, ng, ra, re…
41
Contoh aksara Ibrahi
42
Contoh aksara Jawa
43
Contoh aksara Jawa
44
Contoh aksara jawa
45
Contoh aksara Jawa
46
Contoh aksara Jawa
47
Contoh aksara Jawa
48
JENIS AKSARA Aksara Jawi: Huruf Arab-Melayu yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu Aksara Kawi: Aksara yang digunakan pada prasasti di Indonesia sejak pertengahan abad ke-8 M, yang diturunkan daripada aksara Palava Prasasti tertua yang menggunakan aksara ini ialah prasasti Plumpungan, Jawa tengah, pada 750M. Prasasti Ligor di Thailand juga menggunakan aksara ini pada 775M Aksara ini memiliki bentuk yang menonjol pada sudut yang tumpul Aksara Kharosti: Aksara India kuno yang digunakan di India barat laut, sebelum abad ke-5M, diturunkan daripada aksara Aramea, bersifat silabis, dan terdiri daripada 252 huruf, berbentuk kursif, dan digunakan dalam dunia perniagaan dan kaligrafi
49
Contoh aksara Jawi
51
Contoh aksara Kharosti
52
Contoh aksara kharosti
53
JENIS AKSARA Aksara Kiril (Cyrillic alphabet): Aksara yang digunakan sejak abad ke-9M oleh bangsa Slavia yang beragama Kristian ortodok timur, yang direka oleh St Kyrillus dan St Metodius Aksara Kiril moden telah disederhanakan, dan kini digunakan untuk bahasa Rusia, yang terdiri daripada 32 huruf, bahasa Bulgaria 30 huruf, bahasa Serbia 30 huruf, dan bahasa Ukraina 33 huruf Aksara Kursuf (cursive writing): Tulisan tangan yang memperlihatkan huruf yang saling bersambungan Aksara Latin (Roman alphabet/Latin alphabet): Aksara yang bersifat alfabetis, dan digunakan untuk bahasa Latin sekitar abad ke-7 SM, kemudian untuk bahasa di Eropah dan bahasa lain di dunia. Aksara ini diturunkan daripada aksara Yunani melalui aksara Etruski
54
Contoh aksara Kiril
55
Contoh aksara Kiril
56
Contoh aksara Kiril
57
Contoh aksara Latin
58
Contoh aksara Latin
59
JENIS AKSARA Aksara Morfemis (Morphemic script): Aksara yang menggunakan satu lambang untuk menggambarkan satu morfem, seperti aksara Cina Aksara Ogham: Aksara yang digunakan oleh bangsa Kelt di kepulauan Britania sekitar abad ke-4 M, terdiri daripada 20 huruf yang berupa garis lurus atau miring yang berbeda jumlahnya, dan ditulis pada atau sekitar garis horizontal atau vertikal Aksara Palava: Aksaara yang digunakan untuk menulis bahasa di India selatan, dan diturunkan daripada aksara Brahmi Aksara ini digunakan sekitar abad ke-4 atau ke-5, pada zaman keemasan dinasti Palava di India (sekitar Madras), dan tersebar ke Asia Tenggara, dan digunakan untuk menulis bahasa Melayu kuno pada prasasti Sriwijaya Istilah aksara Palava diperkenalkan oleh ahli arkeologi Belanda NJ Krom. Sarjana lain menggunakan istilah aksara grantha
60
Contoh aksara Ogham
61
Contoh aksara Ogham
62
JENIS AKSARA Aksara Pegon: Aksara Arab yang digunakan untuk menuliskan bahasa Jawa, terutama dalam karya Islam Aksara Rencong: Aksara kuno yang digunakan untuk menulis bahasa Kerinci, seperti halnya dengan aksara Batak, Jawa…., yang diturunkan daripada aksara Palava Aksara Rerekan: Huruf yang menandai fonem asing dalam aksara Jawa Aksara Runa (Runic alphabet): Aksara yang pertama kali digunakan oleh bahasa Jerman awal sekitar abad ke-2 M, diturunkan daripada aksara Etruski, dipahatkan pada kayu dan batu Aksara Silabis: Aksara yang menggunakan satu lambang untuk setiap suku kata Aksara Yunani: Aksara yang digunakan dalam bahasa Yunani sejak abad ke-10 SM, bersifat alfabetis, dan diturunkan daripada aksara Fenisia
63
Contoh aksara Pegom
64
Contoh aksara Rencong
65
Contoh aksara Rencong
66
Contoh aksara Runa
67
Contoh aksara Runa
68
Contoh aksara Runa
69
Contoh aksara Yunani
70
Contoh aksara Yunani
71
Contoh aksara Yunani
72
KESIMPULAN Aksara Melayu paling awal ialah Rencong, yang kemudiannya digantikan oleh Palava Prasasti yang ditemukan di alam Melayu membuktikan bahawa orang Melayu sudah mengenal aksara seawal abad ke-7 M Aksara Jawi memainkan peranan penting dalam budaya masyarakat Melayu sebelum diambil alih oleh aksara Rumi Pelbagai aksara telah tiba di alam Melayu, dan mempengaruhi bahasa Melayu, secara langsung atau tidak langsung. Antara aksara tersebut ialah aksara Brahmi, Demotik, Dewanagari, Etruski, Fenisia, Glagolitik, Ghanta, Han’gul, Hierotik, Heroglif, Ibrani, Jawa, Jawi, Kharosti, Kiril, Latin Kuno, Latin, Palava, Ogham, Pegon, Rencong, Runa, Yunani…
73
KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA
MADAH PUJANGGA KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA Kalau kuncup sudah mengembang Banyaklah kumbang datang menyeri Kalau hidup berkasih sayang Hidup tenang makmurlah negeri
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.