Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA STRATEGI MENULIS RUMUSAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA STRATEGI MENULIS RUMUSAN"— Transcript presentasi:

1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA STRATEGI MENULIS RUMUSAN
BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA KOD 1103/2 KERTAS 2 SOALAN 1: Rumusan (30 markah) STRATEGI MENULIS RUMUSAN OLEH MOHD ZAIRI B. MDZAIN

2 MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN
A : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN STRATEGI :   -  Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.   -  Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah pendahuluan rumusan petikan dapat kita hasilkan.   -  Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu      menjadi ayat anda sendiri.   -  Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.   -  Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /      membicarakan …….

3 Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran
CONTOH PENDAHULUAN:   Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahuluan:     Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.   atau   Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat

4 Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk menulis pengenalan rumusan iaitu :
Mengemukakan tema keseluruhan petikan rumusan. (Tema ialah persoalan pokok/ utama). Menggantikan kata kunci/ arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti/ sinonim.

5 Arahan tugasan dalam rumusan :
Contoh : Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Arahan tugasan dalam rumusan : Kepentingan tidur dari segi saintifik ( Isi tersurat ) Cara-cara mengatasi masalah sukar tidur ( Isi tersirat )

6 Tema : Petikan membincangkan kebaikan tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.
Menukar kata kunci “kepentingan” menjadi : 1. Faedah 2. Kelebihan 3. Peranan 4. Keutamaan 5. Keperluan 6. Manfaat 7. Maslahat 8. Mustahak 9. Afdal

7 MENGHASILKAN ISI TERSURAT
B:  STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT   STRATEGI 1:   Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,     -  Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.   (masa dicadangkan 2 minit)    -  Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.        (masa dicadangkan 5 minit)

8 Fokus 1 = Isi tersurat Fokus 2 = Isi tersirat
  STRATEGI 2: Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.   Fokus 1 = Isi tersurat Fokus 2 = Isi tersirat KLIK Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.   CONTOH 1   Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang     faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.    

9 STRATEGI 3: Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]

10 Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

11 Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. (Segala  perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran. 

12   Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
  untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu   faedah-faedah hidup berjiran. Perpaduan ialah  kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

13 Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

14 Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
  STRATEGI 4: Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.   Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran -  Dapat menjana kehidupan  setempat yang aman dan harmoni  [ 8 ]   -  Mudah  memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]   -  Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 Atau   -  Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]   -  Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]   -  Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]   -  Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]   -  Dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat.    [ 9 ]   -  Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]   -  Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan      perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]   -  Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

15 STRATEGI 5:   Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.   -  Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu       memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad.    Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan.   -  Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.     

16 CONTOH:           Antara faedah hidup berjiran ialah  dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ] Jom Pi Tengok Petikan

17 MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
C : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT STRATEGI:   -  Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan.        -  Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan      isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.   -  Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi      tersirat.   -  Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan      isi tersirat.

18 memupuk semangat kejiranan.
STRATEGI 1:   Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara   memupuk semangat kejiranan. CONTOH :   -  Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia      memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]   -  Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian /  ziarah menziarahi / perihatin      atau ambil berat hal ehwal jiran /  bertanya kabar / pelihara hubungan      kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali  [ konsep : Interaksi tidak formal ]   -  Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.   -  Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan /  tabung khairat.   -  Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun      tetangga / persatuan belia / JKKK  [ Konsep : Interaksi formal ]   -  Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan   -  Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak      sombong / berbaik sangka dengan jiran .

19 CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
STRATEGI 2:   Membina perenggan isi tersirat.   CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah  dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

20 MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN -  Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2. -  Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut. -  Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut    berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut. -  Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan    atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya,    demi’. -  Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan    bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan. -  Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …

21 CONTOH KESIMPULAN: Kesimpulannya,  semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan   Atau   Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam     masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat   diwujudkan.

22 CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP
    Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalam sesebuah masyarakat.    Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.         Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.    Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.                                                                                [ 100 patah perkataan]

23 Soalan 1 – Rumusan. (rujuk lembaran kerja)
Markah Isi: 20 Markah Bahasa: 10 Jumlah markah rumusan ialah 30. 1. Panduan mengira perkataan: Perkataan yang dikira sebagai 1 perkataan adalah seperti berikut: i. Nama khas , kata ganda, penggunaan kata depan: di dan ke ii. Tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan & gelaran 2. Markah diberi bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. Jumlah maksimum isi tersurat ialah 6 dan jumlah minimum isi tersurat ialah 2. Jumlah maksimum isi tersirat ialah 6 dan jumlah minimum isi tersirat ialah 2. Jumlah isi tersurat dan tersirat mestilah tidak melebihi 8 isi. Asas pemberian markah bahasa adalah bergantung kepada Markah isi.

24 Jika bahasanya agak baik , tambah 1 markah
Soalan 1 – Rumusan. (rujuk lembaran kerja) Jika bahasanya agak baik , tambah 1 markah Jika rumusan kurang 120 perkataan, markah tidak dipotong. Jawapan dalam bentuk ‘point’ – markah bahasa tolak 50%. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120, berikan 0 markah 7. Jika bahasa kurang memuaskan, tolak 1 markah. Pelajar mestilah menggunakan penanda wacana untuk menghubungkaitkan atau mewujudkan pertalian antara isi rumusan.

25 JOM KITA PI… CONTOH PETIKAN PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah  tidak melebihi 120 patah perkataan.              Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.              Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir  dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat  daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.              Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.              Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.             Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.                         (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan                                                       Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,                                                                             Utusan Malaysia, Jun 2003

26 Penanda Wacana

27 CONTOH PETIKAN

28 SEKIAN…TERIMA KASIH


Download ppt "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA STRATEGI MENULIS RUMUSAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google