Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENYEBARAN BAHASA MELAYU  .

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENYEBARAN BAHASA MELAYU  ."— Transcript presentasi:

1 PENYEBARAN BAHASA MELAYU

2 Menurut Amat Juhari Moain, perkembangan zaman-zaman
bahasa Melayu itu kepada lima zaman, iaitu: Zaman bahasa Melayu Purba Zaman bahasa Melayu Kuno Zaman bahasa Melayu Klasik Zaman bahasa Melayu Pramoden Zaman bahasa Melayu Moden 18-Sep-18

3 Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah. Terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam (Harry Judge, 1991). Bagi mengetahui keadaan dan kedudukan bahasa Melayu pada zaman purba, ahli-ahli bahasa ada yang membuat rekonstruksi bahasa berdasarkan maklumat-maklumat pada bahasa dan dialek Melayu yang wujud pada masa ini. Cth: nama pokok gajus (Anacardium accidentale) yang mempunyai pelbagai nama spt seperti gajus, jagus, janggus, kajus, ketereh, jambu golok dan jambu monyet. 18-Sep-18

4 Bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi, iaitu berdasarkan penemuan sebuah prasasti berbahasa Melayu di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam abad ke-4M. Selepas dari tarikh ini terdapat pelbagai prasasti yang ditemui di beberapa banyak tempat di Asia Tenggara, terutama sekali di Sumatera dan Jawa, dan prasasti-prasasti ini kebanyakannya bertarikh pada abad ke-7 Masihi dan selepasnya. Prasasti-prasasti yang ditemui kebanyakannya menggunakan tulisan-tulisan dari India atau tulisan daripada pengaruh tulisan India, seperti tulisan Devanagari, Pallava, Vangki, Jawa Kuno, Kawi dan lain-lain. Di Pulau Jawa, prasasti berbahasa Melayu yang tertua bertarikh pada awal abad ke-7 Masihi dan ditemui di Sajamerta, sebuah tempat di pantai utara Jawa Tengah. Prasasti-prasasti lain yang ditemui di Pulau Jawa ialah di Bukateja, Dang Pu Hawang Galis., Manjusyrigraha, Sang Hyang Wintang, Gunung Sundoro, Kebun Kopi (Jawa Barat) dan lain-lain. Bahasa Melayu Kuno 18-Sep-18

5 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
Tulisan yang digunakan ialah tulisan yang berasal dari India seperti Devanagari, Vangki, dan Pallava dan tulisan yang berasal daripada pengaruh tulisan India seperti Jawa kuno dan Kawi. Pada prasasti-prasasti ini terdapat banyak kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit terutama sekali kata-kata yang berkaitan rapat dengan kebudayaan India dan agama Hindu dan Buddha. Bahasa Melayu kuno tidak mempunyai pengaruh bahasa Arab sama ada dari segi tulisan atau kosa kata. Kosa kata bahasa Melayu kuno masih banyak yang kekal sampai kini. Imbuhan kata bahasa Melayu kuno ada yang berbeza dengan Bahasa Melayu kini disebabkan oleh peredaran zaman. Bahasa Melayu kuno ada meminjam fonem-fonem bahasa Sanskrit terutama untuk kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. 18-Sep-18

6 Bahasa Melayu klasik Ia bermula dari awal abad ke-14 M. hingga ke akhir abad ke-18 M. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu yang bertarikh pada 702 H. bersamaan dengan tahun 1303 M. Prasasti ini menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya dan mempunyai kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab. Bahasa Melayu Klasik ini muncul dan terpisah daripada Bahasa Melayu Kuno apabila mula wujud penggunaan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti-prasasti banyak terdapat di Tanah Semenanjung seperti di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah. Di Sumatera juga terdapat banyak prasasti bebahasa Melayu klasik seperti di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. 18-Sep-18

7 Tulisan berbahasa Melayu klasik banyak yang terabadi dalam bentuk manuskrip-manuskrip Melayu lama yang ditulis pada kulit kambing, kertas, kain, ukiran pada kayu, gading, batang buluh, daun lontar, dan lain-lain. Jumlahnya lebih daripada 12,000 naskhah dan kebanyakan manuskrip ini tersimpan di 14 buah negara dunia terutama di Barat. Manuskrip Melayu yang tertua berbentuk surat-surat kiriman yang dikirim oleh Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugis bertarikh pada 1521 dan 1522M. 18-Sep-18

8 Manuskrip dalam bentuk buku yang paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa’id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M. (998 H.). Sekarang ini, kitab ini dimiliki oleh Prof. Diraja Ungku Aziz. Kemudian barulah muncul manuskrip yang lain seperti Tutinameh (1600 M.), Hikayat Seri Rama (1633 M.), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602 M.), dan Surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King James I (1615 M). Bahasa Melayu klasik tersebar luas di beberapa bahagian dunia timur 18-Sep-18

9 yang penting untuk menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara ini.
Selain sebagai bahasa lingua franca, bahasa Melayu juga dijadikan Bahasa yang penting untuk menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara ini. Ini dapat dibuktikan daripada kitab-kitab yang dikarang oleh ulama-ulama Asia Tenggara seperti Sabil al-Muhtadin (oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dari negeri Banjar). Furu’ al-Masa’il (oleh Syeikh Muhammad Daud al-Fatani, dari Patani, Thailand), Siyar al-Salikin dan Hidayat al-Salikin (oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, dari Palembang, Sumatera Selatan), Siratal-Mustaqim dan lain-lain (oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri, dari Acheh dan Gujerat, India), Terjemahan Tafsir al-Quran al-Badhawi (oleh Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri atrau Singkil), dan banyak yang lain lagi. Kitab dan buku itu bukan sahaja mengenai agama seperti fiqh, al-hadith, tafsir al-Qur’an, tasawwuf dan lain-lain tetapi juga bidang-bidang yang lain seperti sejarah, hikayat, bintang dua belas, hal ehwal haiwan, perdukunan dan perubatan Melayu, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah, pengembaraan dan seterusnya yang lain-lain. 18-Sep-18

10 Bahasa Melayu pramoden
Abad ke-19 adalah abad kebanjiran pendatang luar ke Asia Tenggara. Pada masa ini pelbagai bangsa terutama dari Barat datang untuk menguasai Asia Tenggara. Orang-orang Belanda menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu yang kemudian dikenali sebagai Kepulauan Hindia Timur Belanda atau Indonesia, Inggeris pula menguasai negeri-negeri Melayu terutama di Semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara. Orang Perancis menguasai Indo-China, orang Portugis di Timor Timur, sedangkan Sepanyol dan kemudian Amerika menguasai Filipina. 18-Sep-18

11 Bangsa-bangsa Barat ini bukan sahaja menguasai perdagangan tetapi juga politik. Bahkan negara-negara yang telah mereka datangi itu telah ditakluki terus dijadikan tanah jajahan mereka. Bagi meneguhkan penguasaan mereka, pihak penjajah telah mengkaji bahasa dan budaya peribumi, sehingga dengan itu timbul pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya peribumi terutama Melayu di universiti-universiti di Barat, seperti misalnya di Universiti Leiden, Belanda dan Universiti London di United Kingdom. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah, budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-perpustakaan di barat ini. 18-Sep-18

12 Pada masa yang sama penjajah barat memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat pencetak, kapal api, dan lain-lain termasuk penerbitan akhbar, majalah dan jurnal serta percetakan buku-buku dan kitab-kitab. Perkataan-perkataan dari bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu sedikit demi sedikit tetapi pasti. Akibat daripada itu, maka pusat kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa Melayu Klasik ke dalam masyarakat umum. Dengan kata lain kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat. 18-Sep-18

13 Pada awal abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa anak
jajahan yang penting di Semenanjuang Tanah Melayu, Singapura, arawak, Brunei dan Borneo Utara. Hal yang sama berlaku juga di Indonesia. Di negara Indonesia yang dijajah Belanda, bahasa Melayu menjadi bahasa utama di kalangan peribumi. Bahkan pada tahun 1928, iaitu dalam Kongres Pemuda seluruh Indonesia, telah diadakan Sumpah Pemuda yang menyatakan bahawa bahasa Melayu (yang ditukar namanya menjadi bahasa Indonesia) menjadi bahasa kesatuan bagi negara dan bangsa Indonesia (baca: bahasa Melayu). Bahasa Melayu Moden 18-Sep-18

14 Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku,
majalah, dan jurnal berbahasa Melayu yang diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura mahu pun di Brunei Darussalam, terutama sekali pada masa selepas Perang Dunia Kedua. Dalam terbitan-terbitan ini pelbagai maklumat, pengetahuan dan ilmu yang disajikan dan kesemuanya ditulis melalui media bahasa Melayu. Tujuannya ialah untuk meningkatkan kecerdasan berfikir dan peluasan ilmu para pembacanya. Majalah dan akhbar seperti al-Imam (terbit 1906), Panji Poestaka, Poedjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu dan lain-lain telah terbit pada separuh awal abad kedua puluh. Selepas Perang Dunia Kedua jumlah terbitan-terbitan semakin banyak dan mutunya tetap meningkat dari semasa ke semasa. 18-Sep-18


Download ppt "PENYEBARAN BAHASA MELAYU  ."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google