Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HAK-HAK WANITA ISLAM SEMASA DAN SELEPAS PERKAHWINAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HAK-HAK WANITA ISLAM SEMASA DAN SELEPAS PERKAHWINAN"— Transcript presentasi:

1 HAK-HAK WANITA ISLAM SEMASA DAN SELEPAS PERKAHWINAN
Dr Fauziah Mohd Noor Penyelaras, Klinik Guaman Shari’e Kull. Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM

2 Hak Semasa Perkahwinan
Apabila berlakunya sebuah perkahwinan maka seseorang isteri itu berhak mendapat hak-hak berikut: a. hak mendapat mas kahwin b. hak mendapat nafkah

3 Hak Mendapat Mas Kahwin
Seksyen 21 (1), Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) memperuntukkan: “Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.”

4 Sambungan… Seksyen 57 pula memperuntukkan:
“Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang perempuan yang berkahwin di bawah Hukum Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa sebahagian daripadanya apabila perkahwinan dibubarkan.”

5 Definisi Mahar (mas kahwin)
Mahar bermaksud suatu pemberian yang wajib sama ada berbentuk wang atau barangan berharga daripada suami kepada isteri selepas selesai akad nikah. Sebaik-baiknya maskahwin hendaklah sederhana atau mengikut kemampuan suami dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

6 Hak Mendapat Nafkah Suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Nafkah batin bermaksud suami hendaklah memberi layanan yang baik kepada isteri dan mencurahkan kasih saying kepada isteri dan melayani keinginan seks isteri. Nafkah zahir pula, suami hendaklah menyediakan keperluan asas rumahtangga seperti rumah kediaman, makanan, pakaian dan juga perubatan.

7 Sambungan… seorang suami juga mempunyai hak yang wajib dipenuhi oleh seorang isteri. Contohnya isteri wajib mentaati suami selagi tidak menyalahi Syarak. Isteri juga wajib memelihara kehormatan dan maruah diri. Isteri juga wajib memberi layanan yang baik kepada suami dan sentiasa melayan suami dengan mesra.

8 Hak seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya
Ibu tunggal adalah isteri yang telah kehilangan suami samada kerana berlakunya perceraian (cerai hidup) atau pun kerana kematian suami (cerai mati). Pada hari ini istilah ibu tunggal telah digunakan secara meluas di mana ia merangkumi isteri yang menpunyai anak dan yang tidak mempunyai anak.

9 Hak-hak selepas perceraian
Hak-hak yang boleh dituntut oleh seorang ibu tunggal yang diceraikan oleh suaminya adalah seperti berikut: hak-hak kewangan; hak penjagaan anak

10 Hak-hak kewangan Isteri yang diceraikan oleh suaminya boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah kepada bekas suaminya memberi nafkah dalam tempoh ‘iddah. Menjadi kewajiban seorang suami untuk menyara atau memberi nafkah kepada isteri yang diceraikan selagi di dalam tempoh ‘iddah.

11 Sambungan… Nafkah di dalam tafsiran undang-undang meliputi makan minum, pakaian, penginapan, perbelanjaan dan nafkah anak. Nafkah di sini juga merangkumi nafkah tertunggak, contohnya seorang suami telah meninggalkan isterinya selama berbulan-bulan tanpa memberi nafkah, maka isteri yang diceraikan boleh menuntut nafkah tertunggak tersebut.

12 Peruntukan Undang-undang
Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) pindaan 2006, seksyen 59(1) memperuntukkan seperti berikut: “Tertakluk kepada hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.”

13 Sambungan… Bagaimanapun, jika isteri tersebut diceraikan kerana nusyuz, nafkah ‘iddah isteri tersebut boleh digugurkan. Seksyen 59 (2) memperuntukkan: “Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berkah mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya,

14 Definisi Nusyuz apabila dia menjauhkan diri darinya atau enggan disetubuhi oleh suaminya, apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kehendak suaminya, apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

15 Jumlah Nafkah Mahkamah berkuasa untuk menentukan jumlah nafkah yang perlu dibayar kepada seorang isteri yang telah diceraikan. Pertimbangan Mahkamah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan pihak-pihak yang terlibat di dalam tuntutan tersebut. Mahkamah akan melihat jumlah pendapatan yang diperolehi oleh suami setiap bulan dan sebagainya.

16 Peruntukan Undang-undang
Seksyen 61, “Pada menentukan jumlah apa-apa nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentafsirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafjah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.”

17 Nafkah Sementara Seksyen 70(1):
“ seorang isteri yang telah diceraikan boleh menuntut nafkah sementara kepada Mahkamah. Jika Mahkamah berpuas bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengan serta merta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan untuk nafkah.”

18 Nafkah Tertunggak Seksyen 69 (1),
“tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu, dan jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalan kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pesakanya.

19 Sambungan: Seksyen 69(2) memperuntukkan:
“Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri orang itu di sisi undang-undang orang itu.”

20 Sambungan… Hak nafkah isteri yang diceraikan merangkumi nafkah semasa ‘iddah, nafkah sementara, dan nafkah tertunggak. Apabila tamat tempoh ‘iddah, maka suami tidak lagi wajib memberi nafkah kepada bekas isterinya. Manakala nafkah untuk anak-anak akan terus berjalan sehingga satu masa yang ditetapkan menurut undang-undang Syarak.

21 Hak Isteri yang Kematian Suami
Bagi isteri yang kematian suami, keseluruhan ulamak bersependapat bahawa isteri tidak berhak mendapat nafkah. Ini adalah kerana, isteri yang kematian suami berhak mendapat haknya melalui undang-undang harta pusaka. Contohnya, isteri yang kematian suami dan tidak mempunyai anak akan mendapat ¼ daripada harta suaminya. Sebaliknya jika isteri itu mempunyai anak hasil daripada perkahwinan tersebut, maka beliau akan mendapat 1/8 daripada harta suaminya yang telah meninggal dunia.

22 Nafkah anak Nafkah anak/anak-anak merangkumi:
tempat tinggal yang selamat untuk anak-anaknya, pakaian, makan minum dan perubatan, perbelanjaan pelajaran mengikut kemampuan dan taraf kehidupan si ayah

23 Peruntukan undang-undang Seksyen 73 (1)
“Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya- jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu; jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu di dalam jagaan isterinya; dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri; atau apabila membuat atau selepas daripada membuat sesuatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

24 Tempoh Nafkah Untuk Anak-anak
seksyen 79, jika Mahkamah tidak menetapkan tempoh tertentu kepada si suami untuk membayar nafkah anak-anaknya, maka kebiasaannya Mahkamah akan memerintahkan si ayah membayar nafkah kepada anak perempuan dan anak lelaki sehingga mereka berusia 18 tahun. Bagaimanapun, Mahkamah boleh atas permohonan anaknya itu atau oleh seorang lain, melanjutkan perintah pembayaran nafkah ke suatu tempoh yang munasabah, bagi membolehkan anaknya itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

25 Hak Nafkah anak tidak sahtaraf
Seksyen 80, nafkah anak tak sahtaraf adalah menjadi kewajiban si ibu. Bagaimanapun nafkah tersebut cuma disebut sebagai elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah. Anak tak sahtaraf ialah anak yang dilahirkan hasil daripada perbuatan sumbang seperti zina, dan bukannya anak yang dilahirkan kerana dirogol. Nafkah anak yang dilahirkan kerana perbuatan merogol adalah menjadi tanggungjawab pihak pemerintah di dalam sesebuah negara. Di dalam konteks negara kita tanggungjawab itu akan diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitul Mal. Bagaimanapun, sekiranya seorang ibu tidak mampu untuk menanggung anak tak sahtaraf, tugas memberi nafkah masih menjadi tugas pemerintah di dalam negara tersebut.

26 Nafkah Anak Angkat Seksyen 78(1), jika seorang lelaki (suami) telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajibannya menanggung nafkah kanak-kanak tersebut setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

27 Sambungan… Seksyen 78(2) memperuntukkan kewajiban menanggung nafkah anak angkat hendaklah terhenti jika kanak-kanak tersebut dibawa balik oleh ibubapa kandungnya.

28 Hak tempat tinggal Seksyen 71:
Seorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isterinya.

29 Sambungan… Hak tempat tinggal hanya akan terhenti atau tamat di dalam keadaan-keadaan berikut: jika tempoh ‘iddah telah tamat, jika tempoh penjagaan anak telah tamat, jika perempuan itu telah berkahwin semula, atau jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah

30 Harta Sepencarian Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta sama harta alih atau tak alih yang dimiliki bersama oleh sepasang suami isteri dalam tempoh perkahwinan mereka. Harta ini tidak termasuk harta sebelum perkahwinan kerana harta ini dipanggil harta bawaan.

31 Sambungan… pihak isteri tidak bekerja, Mahkamah boleh membahagikan asset-aset atau hasil jualan asset tersebut mengikut kadar yang difikirkan munasabah. Mahkamah akan menimbangkan takat sumbangan yang diberikan oleh pihak yang tidak memiliki aset dengan mengambil kira kebajikan keluarga dan anak-anak yang masih kecil.

32 Peruntukan undang-undang
Seksyen 58(1), “kuasa mahkamah memerintahkan pembahagian harta sepencarian. Harta yang diperolehi oleh pasangan dalam tempoh perkahwinan hasil usaha bersama maka hasik jualan harta tersebut boleh dibahagikan sama rata.”

33 Faktor-faktor yang diambil kira:
Mahkamah akan melihat kepada aspek-aspek tertentu, antaranya ialah kadar sumbangan yang dibuat oleh tiap-tiap pihak dalam bentuk wang, harta, kerja, atau perkhidmatan bagi memperolehi aset-aset tersebut. Mahkamah juga akan melihat apa-apa hutang yang terhutang olah salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka. Aspek ketiga ialah keperluan anak-anak yang belum dewasa.

34 Mut’ah Mut’ah ialah pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Bayaran ini yang dibuat berdasarkan kepada kemampuan seorang suami. Tujuan pemberian mut’ah ialah untuk mengurangkan penderitaan isteri yang diceraikan oleh suaminya. Al-Quran tidak menetapkan kadar bayaran mut’ah secara jelas dan tepat. Namun faktor penentu utama adalah kemampuan seorang suami.

35 Peruntukan undang-undang
Seksyen 56: Bahawa seorang perempuan berhak memohon mut’ah atau pemberian saguhati, dan Mahkamah apabila berpuas hati boleh memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

36 Hak penjagaan anak Hadhanah bermaksud perlindungan daripada bahaya atau penjagan yang diberikan kepada seseorang yang tidak boleh melindungi dirinya sendiri seperti seorang kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akalnya. Penjagaan yang dimaksudkan di sini adalah dari segi makan minum dan apa-apa saja yang memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada mereka.

37 Siapa yang berhak? Ulamak bersependapat bahawa ibu adalah orang yang paling berhak untuk mendapat hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil. Ini adalah kerana kebiasaannya ibu adalah lebih penyayang dan lebih memahami selok belok penjagaan anak lebih-lebih lagi jika si anak masih menyusu susu ibunya.

38 Peruntukan undang-undang
Seksyen 81 memperuntukkan bahawa tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya semasa masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

39 Kelayakan Penjagaan Anak
Seksyen 82, seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak adalah berhak terhadap hadhanah jika dia seorang Islam yang mempunyai akal yang sempurna. Umurnya melayakkan dia memberikan jagaan dan kasih sayang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut. Orang itu juga perlulah mempunyai akhlak Islamiah yang baik dan dia juga tinggal di tempat yang tidak akan mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada apa-apa akibat buruk dari segi akhlak dan jasmani.

40 Hilang hak penjagaan anak
Seksyen 83 “Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah akan hilang apabila dia telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai apa-apa ikatan pertalian dengan kanak-kanak tersebut. Hak hadhanah juga hilang jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan atau terang-terangan.

41 Sambungan… jika perempuan itu menukar tempat bermastautin dengan tujuan untuk menghalang bapa kanak-kanak tersebut menjalankan pengawasan ke atas kanak-kanak itu. Bagaimana pun seorang isteri itu dibenarkan membawa anaknya ke tempat lahir isteri tadi (tempat kelahiran isteri) atau kampong halamannya. Faktor seterusnya ialah jika perempuan itu murtad atau jika perempuan itu mencuaikan tanggungjawabnya atau menganiaya kanak-kanak tersebut.

42 Hak Memilih Penjaga Mengikut pendapat ulama Shafi’e, hak penjagaan kanak-kanak akan berakhir apabila kanak-kanak lelaki 7 tahun dan perempuan berusia 9 tahun. Pada peringkat ini, kanak-anak ini akan diberi pilihan samada untuk terus tinggal bersama ibu atau dengan bapanya. Namun begitu hak memilih ini tidak sampai boleh menjejaskan ‘aqidah dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

43 Sambungan… Seksyen 86 (2)(b):
“Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seorang kanak-kanak patut diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan tertakluk kepada Mahkamah ini hendaklah memberi perhatian kepada kemahuan kanak-kanak itu, jika ia telah meningkat umur dan dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri.”

44 Kesimpulan kita dapat merumuskan bahwa sebenarnya Islam tidak pernah menzalimi seorang wanita yang telah diceraikan atau yang kematian suami. Mahkamah-mahkamah Syari’ah di Malaysia juga telah memperuntukkan undang-undang yang bertujuan menjaga kepentingan ister-isteri, ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka. Bagaimanapun, kekurangan dan kelemahan terjadi kerana sikap manusia itu sendiri. Jika semua manusia bertanggungjawab, pasti tidak akan berlaku istilah ‘gantung tidak bertali’ dan sebagainya.

45 Kata-kata Hikmah Akal yang hidup selalu berfikir.
jiwa yang hidup selalu berzikir Iman yang hidup selalu bertenang Insan yang hidup mesti berjuang

46 HAK-HAK WANITA BUKAN ISLAM SELEPAS PERCERAIAN.
Perkahwinan orang bukan Islam adalah di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Di bawah Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976. Tidak menyebut hak-hak semasa perkahwinan, tetapi hanya menyebut hak-hak selepas perceraian

47 Hak yang boleh dituntut
Harta Perkahwinan (Matrimonial asset) Seksyen 76 (1), sama ada kerana perceraian atau berpisah dengan arahan mahkamah (judicial separation), mahkamah boleh mengarahkan supaya dibahagikan harta yang diperolehi secara bersama (joints efforts) atau dibahagikan hasil daripada jualan harta tersebut.

48 Sambungan: Seksyen 76(2): Mahkamah akan melihat kepada:
Sumbangan yang telah diberikan oleh setiap pihak di dalam memperolehi harta tersebut. Hutang2 yang ditanggung oleh suami atau isteri untuk tujuan faedah mereka bersama semasa perkahwinan. Keperluan anak2 yang masih kecil.

49 Sambungan: Seksyen 76(5):
- Harta yang dimaksudkan di sini boleh juga merangkumi harta yang dimiliki sebelum perkahwinan tetapi telah menjadi bertambah baik atau besar dengan usaha salah satu pihak atau kedua-dua pihak.

50 Nafkah untuk isteri Seksyen 77(1) juga boleh memerintahkan suami supaya membayar nafkah kepada isterinya atau bekas isterinya: Semasa perbicaraan sedang berjalan Apabila perceraian atau perpisahan oleh arahan mahkamah telah dijatuhkan oleh mahkamah Atau isteri yang disangka telah mati, didapati masih hidup

51 Sambungan… Seksyen 77 (2), mahkamah juga boleh memerintahkan isteri supaya membayar nafkah kepada suami atau bekas suami yang tidak berupya untuk mencari nafkah disebabkan sakit mental atau mana2 kecederaan fizikal dengan syarat mahkamah berpuas hati dengan keadaan yang dialami oleh suami tersebut.

52 Jumlah nafkah Seksyen 78, di dalam menentukan jumlah nafkah yang perlu dibayar, mahkamah akan melihat kepada pendapatan dan keperluan yang diperlukan oleh pihak isteri atau suami. Dan juga akan melihat kepada siapa yang bertanggungjawab kepada perceraian tersebut.

53 Tempoh untuk memberi nafkah
Seksyen 81: a. jika nafkah itu tidak diletakkan di bawah jagaan pemegang amanah, nafkah mestilah dibayar sehingga suami atau isteri tersebut meninggal dunia. b. jika harta itu di bawah pemegang amanah, nafkah mesti dibayar….

54 Hilang hak mendapatkan nafkah
Hak mendapat nafkah untuk suami atau isteri yang telah bercerai akan hilang apabila suami atau isteri tersebut telah berkahwin lain atau bersekedudukan dengan orang lain.

55 Nafkah tertunggak Seksyen 86 (1) suami atau isteri boleh menuntut nafkah tertunggak dan dianggap hutang pihak yang gagal membayar nafkah tersebut. Jikalau pihak tersebut meninggal dunia, maka boleh dituntut daripada harta peninggalannya. (estate).

56 Hak penjagaan anak2. Anak2 bermakna anak daripada perkahwinan tersebut dan di bawah umur 18 tahun. Mahkamah boleh memberi hak penjagaan anak tersebut kepada ibu atau bapa atau mana-mana ahli keluarga suami atau isteri berkenaan

57 Sambungan… Seksyen 88 (2) dalam memberi hak penjagaan itu, mahkamah akan melihat kepada permintaan ibubapa kanak2 tersebut. Juga akan melihat kepada permintaan anak2 yang sudah boleh memberikan pendapat mereka sendiri.

58 Sambungan… Seksyen 88(3), mahkamah juga boleh mempertimbangkan hak penjagaan anak-anak di bawah 7 tahun supaya diberikan kepada si ibu. Bagaimanapun mahkamah akan memastikan bahawa pertukaran hak penjagaan tidak akan mengganggu atau menjejaskan kehiodupan anak tersebut.

59 Sambungan… Seksyen 88(4), mahkamah tidak semestinya bertanggungjawab untuk meletakkan kesemua anak di bawah jagaan orang yang sama, tetapi mahkamah akan melihat kepda kebajikan anak-anak tersebut.

60 Nafkah untuk anak Seksyen 92 memperuntukkan nafkah untuk anak adalah tanggungjawab ibubapa, sama ada anak tersebut di bawah penjagaannya atau penjagaan orang lain. Nafkah yang dimaksudkan merangkumi pakaian, makanan dan pelajaran mengikut kemampuan ibubapa tersebut.

61 Sambungan… Bagaimanapun, mahkamah boleh memerintahkan suami atau isteri membayar nafkah anak dengan syarat-syarat tertentu.

62 Tempoh Bayaran nafkah Seksyen 95, tempoh bayaran nafkah adalah sehingga anak itu berusia 18 tahun atau jika anak itu mempunyai ketidak upayaan fizikal atau mental, maka nafkahnya mesti dibayar sehingga dia sembuh.. (whichever is the later)

63 Nafkah anak angkat Seksyen 99 (1), jika seorang lelaki telah bersetuju menerima seorang kanak-kanak sebagai ahli keluarganya, maka lelaki tersebut hendaklah menanggung nafkah anak tersebut, jika ibubapa kandung kanak2 tersebut tidak dapat berbuat demikian. Jika kanak2 itu diambil semula oleh ibubapa kandungnya , maka bapa angkat tidak perlu memberi nafkah lagi.

64 Kuasa mahkamah melarang membawa anak keluar dari Malaysia
Sekyen 101 (1), mahkamah boleh melarang seorang ibu atau bapa daripada membawa anaknya keluar dari Malaysia semasa perbicaraan masih berlangsung atau apabila hak penjagaan anak telah diberikan kepada pihak ibu atau bapa. Ketidakpatuhan kepada perintah mahkamah tersebut akan dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah.


Download ppt "HAK-HAK WANITA ISLAM SEMASA DAN SELEPAS PERKAHWINAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google