Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PROSES PENYERAHAN DAN TUNTUTAN KEMBALI WANG TAK DITUNTUT (“WTD”)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PROSES PENYERAHAN DAN TUNTUTAN KEMBALI WANG TAK DITUNTUT (“WTD”)"— Transcript presentasi:

1 PROSES PENYERAHAN DAN TUNTUTAN KEMBALI WANG TAK DITUNTUT (“WTD”)

2 SIAPAKAH PENDAFTAR WTD?
Akauntan Negara Malaysia (“ANM”) telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar WTD berkuatkuasa mulai 1 Jun 1975 bagi menjalankan tugas dan fungsi Bahagian II, Akta WTD 1965.

3 PERUNTUKAN AKTA WTD 1965 YANG DIGUNAPAKAI MERANGKUMI APA?
Akta WTD 1965 merangkumi aspek-aspek penting seperti berikut :- Memberi pengertian tentang WTD; Menetapkan tanggungjawab entiti yang wajib mematuhi peruntukan Akta; Menjelaskan peranan dan tugas Pendaftar sebagai pemegang amanah terhadap WTD; Memberi kuasa kepada Pendaftar untuk pembayaran balik WTD kepada penuntut yang berhak; Memberi kuasa kepada Pendaftar untuk memeriksa rekod-rekod entiti untuk memastikan kepatuhan peruntukan Akta WTD 1965; Menetapkan hukuman denda terhadap entiti yang gagal mematuhi peruntukan Akta WTD 1965; dan Lain-lain aspek perundangan berhubungkait WTD.

4 APAKAH DEFINASI WTD? Seksyen 8, Akta WTD 1965 merujuk WTD sebagai :-
Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun dari tarikh ianya kena dibayar. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun

5 APAKAH ENTITI YANG TERLIBAT DALAM WTD?
Seksyen 8, Akta WTD 1965, mewajibkan entiti-entiti berikut untuk mematuhi peruntukkan Akta WTD 1965; Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965 (atau syarikat yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut) dan termasuk; Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah persaraan; Semua pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan; Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan Firma (iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan)

6 APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN PENYERAHAN WTD?
BORANG PENGUNAAN BILANGAN DIPERLUKAN UMA-3 Daftar WTD 4 UMA-4 Borang Serahan WTD Dengan Borang UMA-3 3 UMA-7 Permohonan Bayaran Balik WTD 1

7 APAKAH TEMPOH MENJADI WTD DAN BORANG YANG DIGUNAKAN BAGI PENYERAHAN?
Semua wang yang menjadi tak dituntut bagi tempoh 1hb Jan sehingga 31hb Disember hendaklah dimasukkan ke dalam borang UMA-3 bertarikh 31 Disember tahun berkenaan seperti diperuntukan di bawah seksyen 10(2) Akta WTD 1965.

8 BILAKAH PENGHANTARAN WTD DILAKUKAN DAN BORANG-BORANG TERBABIT?
Salinan borang UMA-3 perlu dihantar kepada Akauntan Negara Malaysia (“ANM”) yang telah dilantik sebagai Pendaftar WTD dalam tempoh 3 bulan dari bulan Januari sehingga akhir bulan Mac setiap tahun ( iaitu selewat-lewatnya 31 Mac seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 10(2), Akta WTD 1965):- Salinan asal borang UMA-3 kepada pendaftar (dibawah peruntukan Seksyen 10(2) Akta WTD 1965 berserta dengan “soft-copy”). Salinan kedua dan ketiga borang UMA-3 kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (untuk diwartakan menurut Seksyen 10A(1) Akta WTD 1965 ; dimana kos perwartaan akan ditanggung oleh kerajaan) Salinan ke empat Borang UMA-3 disimpan oleh entiti untuk rujukan.

9 Entiti juga perlu menyediakan tiga (3) salinan borang UMA-4 di mana satu (1) salinan di simpan oleh entiti untuk tujuan rujukan. Salinan asal dan salinan kedua dihantar kepada Pendaftar sebagai borang iringan kepada UMA-3 bersama cek bayaran WTD. Cek bayaran WTD perlu dikeluarkan atas nama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (“ANM”). Menurut Seksyen 10 (3) Akta WTD 1965, entiti boleh memohon tempoh lanjutan bagi menyerahkan WTD dengan mengemukakan rayuan kepada Pendaftar.

10 APAKAH TANGGUNGJAWAB SYABAS SEKIRANYA TERDAPAT TUNTUTAN DARI EMPUNYA WTD?
Entiti hendaklah mengeluarkan surat pengesahan kepada empunya WTD sekiranya terdapat tuntutan daripada empunya setelah serahan WTD dihantar kepada Pendaftar. Surat pengesahan tersebut mengandungi butiran terperinci bekenaan WTD yang telah diserahkan kepada Pendaftar dan merupakan dokumen sokongan bagi memproses bayaran balik tuntutan kepada empunya berkenaan.

11 ADA BERAPA KATEGORI WTD BAGI SYABAS?
Dalam konteks SYABAS, WTD terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu; Kategori BASIS Wang berbaki kredit dalam akaun dagangan (lebihan dari kontra deposit dengan baki tertunggak setelah akaun ditamatkan) yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga melebihi satu (1) tahun. Tidak termasuk akaun berbaki kredit yang disebabkan oleh pengguna terlebih bayar yang hanya akan diketegorikan sebagai WTD bilamana ia tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga melebihi dua (2) tahun.

12 Kategori Perakaunan Wang kena bayar tetapi tidak dibayar melebihi satu (1) tahun dari tarikh akhir bayaran perlu dibuat bagi akaun pemiutang pelbagai dan melebihi dua (2) tahun dari tarikh akhir bayaran perlu dibuat bagi akaun pemiutang dagangan (seperti yang termaktub dalam Akta WTD1965 ) . Merangkumi semua pembayaran yang telah disediakan kepada penerima (kontraktor, pembekal, pengguna dan lain-lain) yang tidak ditunaikan serta telah tamat tempoh.

13 APAKAH PROSEDUR TUNTUTAN KEMBALI WTD MENURUT AKTA WTD 1965?
Bagi membolehkan bayaran balik wang yang tak dituntut dilakukan, pihak yang menuntut perlu meyakinkan Pendaftar bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang terhadap wang yang di tuntut itu. Berikut adalah prosedur bagi tuntutan yang dikemukakan; Tuntutan oleh individu Tuntutan oleh syarikat/firma

14 TUNTUTAN OLEH INDIVIDU
Dokumen-dokumen perlu dikemukakan kepada pejabat Pendaftar oleh pihak yang menuntut :- Satu salinan Borang UMA-7 yang siap telah diisikan dan ditandatangani; Dokumen asal yang menunjukan hak kepunyaan wang yang di tuntut ; dan Salinan fotostat kad pengenalan pihak yang menuntut yang telah diakuisahkan. Salinan muka surat buku akaun atau penyata bank tempatan yang mengandungi maklumat pemegang akaun (pemohon) dan nombor akaun yang telah disahkan. Pemohon perlu memastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pemohon.

15 TUNTUTAN OLEH INDIVIDU
Nota: Jika pihak yang menuntut tidak dapat menyerahkan dokumen asal yang membuktikan hak kepunyaan WTD sepertimana yang ditetapkan di atas, beliau perlu memperolehi surat pengesahan (yang menunjukkan butir-butir terperinci terhadap wang yang ingin dituntut) dari Entiti yang menyerahkan WTD itu kepada Pendaftar. Warga negara asing yang membuat tuntutan perlu mengemukakan salinan fotostat muka surat passport yang mengandungi butiran seperti nombor passport, nama negara yang mengeluarkannya, nama dan gambar pemegang passport dan muka surat yag menunjukkan tempoh sah laku passport tersebut. Bagi warga asing yang tidak mempunyai dokumen passport, surat kuasa sah lain yang dapat mengesahkan pengenalan dirinya perlu dikemukakan.

16 TUNTUTAN OLEH INDIVIDU
Nota: Jika pihak penuntut bukan empunya asal wang tetapi mempunyai hak di sisi undang-undang terhadapnya (termasuk empunya yang meninggal dunia), beliau dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen yang dapat membuktikan kesahihan tuntutan tersebut bergantung kepada kesesuaian. Berikut adalah contoh-contoh dokumen yang boleh dikemukakan oleh sipenuntut: (salah satu atau kesemuanya sekali) - Surat Kuasa Mentabdir; Sijil Pemberian Probat; Surat Wakil Kuasa; Borang E / F menurut Akta Harta Pusaka (Pembahagian) 1955; Perintah Mahkamah; Sijil Faraid; atau Pengesahan dari entiti bahawa si mati telah membuat penamaan waris.

17 TUNTUTAN OLEH SYARIKAT/FIRMA
Tuntutan oleh syarikat/firma tertakluk kepada keperluan tambahan dan panduan yang dijelaskan dalam tuntutan oleh individu di atas yang juga digunapakai untuk syarikat/firma bagi mengemukakan tuntutan : Semasa mengisi borang UMA-7, pengarah syarikat/firma yang membuat tuntutan perlu menurunkan tandatangan, meletakkan cop nama dan jawatan pemohon berserta cop syarikat/firma berkenaan. Surat wakil kuasa kepada individu diberi oleh syarikat/firma yang mempunyai hak di sisi undang-undang terhadap wang yang dituntut

18 iii) Syarikat/firma perlu membuat maklumat terhadap akaun dan alamat banknya bagi membolehkan cek bayaran balik WTD dikeluarkan. iv) Jika tuntutan adalah untuk dipulangkan wang tersilap hantar kepada Pendaftar sebagai WTD, syarikat/firma perlulah mengemukakan dokumen bukti yang dapat menunjukkan bahawa wang tersebut telah dihantar kepada pendaftar sebagai WTD dan dokumen bukti yang dapat menunjukkan bahawa wang yang telah dihantar oleh syarikat/firma sememangnya kepunyaan syarikat/firma berkenaan. Selain itu, Borang Bon Gantirugi (UMA-8) juga perlu diisi dan dimatikan setem hasil RM10.00 oleh syarikat/firma berkenaan.

19 SIAPAKAH YANG BOLEH MENGESAHKAN SALINAN DOKUMEN SOKONGAN ?
Pengesahan bagi semua salinan dokumen sokongan boleh dilakukan oleh individu-individu warganegara Malaysia seperti berikut :- Pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan professional Penghulu atau penggawa atau pengerusi JKKK Pegawai daerah Ahli dewan undangan negeri Ahli parlimen Pesuruhjaya sumpah atau jaksa pendamai

20 APAKAH PROSES TUNTUTAN KEMBALI WTD BAGI WTD YANG TELAH DISERAHKAN OLEH SYABAS?
Proses pengesahan oleh SYABAS berlaku sekiranya didapati nilai baki pengguna atau pemiutang telah diserahkan kepada Pendaftar WTD. Sekiranya pihak Ibu Pejabat atau mana-mana Wilayah menerima permohonan pemulangan yang mana nilai baki untuk pemulangan telah diserahkan kepada Pendaftar WTD. Pihak Ibu Pejabat atau Wilayah tidak dibenarkan membuat pemprosesan bayaran balik kepada pemohon tersebut. Sebaliknya, pihak Ibu Pejabat atau Wilayah hendaklah mengeluarkan surat pengesahan bagi menyokong tuntutan pemgembalian wang dari pihak Pendaftar WTD kepada pemohon. Senarai dan butiran lanjut akaun yang diserahkan kepada Pendaftar WTD telah dipaparkan di dalam halaman e-mesra di Jabatan Kewangan & Perakaunan di bawah tajuk “Unclaimed Monies. Untuk mengeluarkan surat pengesahan, butiran penuntut adalah berdasarkan kepada kategori Basis atau Perakaunan.

21 APAKAH PROSES MENGELUARKAN SURAT PENGESAHAN BAGI SETIAP KATEGORI?
Kategori Basis Pihak Wilayah boleh merujuk kepada sistem BASIS bagi pengeluaran surat pengesahan di mana status akaun pengguna telah diklasifikasikan sebagai WTD. Kategori Perakaunan Hanya FAD, HQ sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan Surat Pengesahan.

22 KATEGORI BASIS Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak Wilayah adalah seperti berikut : Mengesahkan pihak yang menuntut; Mengesahkan jumlah yang dituntut adalah sama dengan jumlah yang dihantar kepada Pendaftar WTD (senarai WTD dari e-mesra disertakan bersama permohonan yang dikemukakan); Mengeluarkan Surat Balasan dan Surat Pengesahan (kedua-dua surat disediakan dengan nombor rujukan khas WTD mengikut tahun WTD terbabit) bersama-sama Borang UMA-7 melalui sistem BASIS dengan merujuk kepada langkah-langkah pengeluaran Borang UMA-7, Surat Balasan dan Surat Pengesahan. Surat Pengesahan ini perlu ditandatangani oleh PKW. Pihak Wilayah perlu menyimpan sesalinan surat tersebut untuk rekod. Mengemaskini “Supply Comment” di dalam sistem BASIS bahawa Surat Pengesahan telah dikeluarkan dengan memasukkan nombor rujukan surat berkenaan

23 KATEGORI PERAKAUNAN Langkah-langkah yang akan diambil oleh FAD, HQ adalah seperti berikut; Mengesahkan pihak yang menuntut; Mengesahkan jumlah yang dituntut adalah sama dengan jumlah yang dihantar kepada Pendaftar WTD (senarai WTD dari e-mesra disertakan bersama permohonan yang dikemukakan);

24 KATEGORI PERAKAUNAN Mengeluarkan Surat Balasan dan Surat Pengesahan (kedua-duanya dengan nombor rujukan khas WTD mengikut tahun WTD terbabit). Surat ini perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan FAD, HQ dan sesalinan surat tersebut disimpan sebagai rekod serta direkodkan ke dalam senarai tuntutan WTD beserta nombor rujukan surat yang dikeluarkan; dan Pemberian Borang UMA-7 kepada penuntut Oleh yang demikian, sekiranya pihak Wilayah menerima sebarang pertanyaan berhubung kategori perakaunan di atas, pihak Wilayah hendaklah meminta penuntut supaya menghubungi pihak FAD, HQ.

25 BOLEHKAH SATU-SATU INDIVIDU MENGEMUKAKAN TUNTUTAN BAGI PIHAK LAIN ?
Mengikut seksyen 13(1) Akta Wang Tak Dituntut 1965 & (Pindaan) 2002, mana-mana pihak yang mempunyai hak ke atas wang yang ingin dituntut itu boleh membuat tuntutan. Tuntutan daripada pihak yang bukan empunya wang tak dituntut dalam keadaan seperti berikut akan diberi pertimbangan oleh pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut : Pihak yang membuat tuntutan itu mempunyai surat wakil kuasa (power of attorney); Pihak yang membuat tuntutan itu telah dibenarkan oleh mahkamah untuk menerima wang yang dituntut;

26 BOLEHKAH SATU-SATU INDIVIDU MENGEMUKAKAN TUNTUTAN BAGI PIHAK LAIN ?
Empunya wang tak dituntut telah mati dan pihak yang membuat tuntutan itu telah diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang untuk mentadbir harta pusaka simati; Wang yang ingin dituntut adalah kepunyaan entiti (bukan individu) dan pihak yang membuat tuntutan itu telah diberi kuasa untuk mewakili entiti yang dimaksudkan. Cek bayaran balik akan dikeluarkan di atas nama entiti yang mempunyai hak ke atas wang yang dituntut itu.

27 ADAKAH PENDAFTAR WTD MENGENAKAN SEBARANG CAJ KE ATAS TUNTUTAN BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT?
Pendaftar Wang Tak Dituntut akan membayar balik amaun wang yang diterima olehnya tanpa mengenakan sebarang caj atau bayaran faedah.

28 Tidak. Tuntutan boleh juga dikemukakan melalui pos.
ADAKAH PENUNTUT WANG TAK DITUNTUT PERLU HADIR KE PEJABAT PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT UNTUK MENUNTUT BALIK WANGNYA? Tidak. Tuntutan boleh juga dikemukakan melalui pos.

29 UNTUK TUNTUTAN BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT, ADAKAH PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT MENETAPKAN HAD AMAUN MINIMUM YANG BOLEH DITUNTUT? Tidak. Mana-mana pihak yang ada wang tak dituntut dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut boleh menuntut balik wang mereka, tidak kira amaun wang yang terlibat atau tempoh masa wang itu telah menjadi tak dituntut.

30 ADAKAH PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT MENETAPKAN HAD TEMPOH MASA UNTUK MENUNTUT BALIK WANG TAK DITUNTUT ? Tiada had tempoh masa ditetapkan. Wang yang diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tak dituntut.

31 BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL OLEH PEJABAT PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT UNTUK MENGURUSKAN BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT ? Jika permohonan didapati teratur, cek bayaran balik harus diterima oleh penuntut dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh permohonan itu diterima oleh Pendaftar Wang Tak Dituntut. Bayaran balik mungkin mengambil masa yang lebih jika wang tak dituntut dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut telah melampaui 15 tahun disebabkan seksyen 13(1) Akta menghendaki Pendaftar memohon kelulusan Menteri Kewangan sebelum bayaran balik boleh dilakukan.

32 JIKA DOKUMEN ASAL YANG MENDEDAHKAN IDENTITI SERTA HAK KEPUNYAAN WANG TAK DITUNTUT TIDAK DAPAT DIPEROLEHI, BOLEHKAH TUNTUTAN DIBUAT? Boleh. Pemohon perlu mengemukakan surat dari pihak yang telah menyerah wang tak dituntut untuk mengesahkan bahawa wang tak dituntut pemohon telah dikemukakan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut


Download ppt "PROSES PENYERAHAN DAN TUNTUTAN KEMBALI WANG TAK DITUNTUT (“WTD”)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google