Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KRISIS DAN IMPAK KE ATAS PERSEKITARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KRISIS DAN IMPAK KE ATAS PERSEKITARAN"— Transcript presentasi:

1 KRISIS DAN IMPAK KE ATAS PERSEKITARAN
KOC4362 Pengurusan Krisis Organisasi

2 Objektif Selepas mengikuti kuliah ini anda akan dapat:
Menerangkan jenis-jenis krisis persekitaran Menjelaskan kesan operasi korporat terhadap persekitaran Merancang komunikasi semasa krisis persekitaran

3 Pengenalan Krisis persekitaran atau lebih dikenali sebagai krisis alam sekitar ialah ancaman kepada alam sekitar disebabkan aktiviti korporat dan krisis alam. Apa pun sebabnya apabila berlaku ancaman terhadap alam sekitar maka organisasi akan menerima kesannya sama ada secara langsung atau tidak.

4 Fikirkan Aktiviti organisasi yang memerlukan bahan mentah daripada kayu-kayan menyebabkan pokok di hutan ditebang tanpa kawalan sehingga mengancam keseimbangan ekosistem. Kawasan tadahan air menjadi berkurangan, air hujan tidak dapat menyerap ke dalam bumi sebaliknya menyebabkan banjir kilat, banjir lumpur dan keadaan seumpamanya.

5 Fikirkan Lapisan ozon pada hari ini semakin nipis disebabkan pencemaran udara yang berleluasa. Persoalannya apakah yang menyebabkan pencemaran udara? Pengeluaran karbon dioksida dan mono-oksida yang berlebihan hasil daripada aktiviti kilang-kilang pengeluaran dan juga daripada kenderaan yang semakin banyak di jalan-jalan raya. Aktiviti organisasi ini memberi kesan seperti pengeluaran gas toksid, hujan asid, dan akhirnya persekitaran menjadi tidak sesuai untuk kehidupan.

6 Apa perlu dibuat? Bagaimana harus krisis sebegini ditangani?
Apa peranan organisasi dalam mengurus krisis yang mungkin berlaku?

7 Dua Kategori Krisis Alam Sekitar
Kesan operasi korporat terhadap persekitaran * Tindakan/kurang tindakan beri kesan terhadap persekitaran. * Krisis lapisan ozon, gas toksid, hujan asid, “global warming”.

8 Dua Kategori Krisis Alam Sekitar
Krisis persekitaran/krisis semulajadi * Fenomena alam sekitar seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut, tanah runtuh, banjir, kemarau. * Risiko dalam persekitaran yang perlu diambil kira dalam merancang pengurusan krisis. * Boleh jangka bencana yang mungkin berlaku.

9 PERSOALAN TENTANG KRISIS PERSEKITARAN DISEBABKAN AKTIVITI KORPORAT
Kenapa krisis persekitaran berlaku? Apakah peranan organisasi dalam mengurangkan krisis persekitaran? Apakah peranan pihak berkuasa/kerajaa dan juga NGO dalam hal ini? Apakah peranan masyarakat dalam mengurus krisis persekitaran? Apakah akta dan undang-undang mengawal krisis alam sekitar daripada berlaku? Apakah krisis persekitaran yang berlaku di Malaysia masa kini dan kemungkinan berlaku masa hadapan?

10 Krisis Love Canal Krisis alam sekitar disebabkan pembuangan sisa toksid di satu kawasan lapang di Love Canal, New York, 1977. Organisasi yang terlibat ialah Hooker Chemical Company yang telah membuang anggaran tan sisa toksid di kawasan lapang. Selang beberapa tahun sebuah sekolah telah dibina di situ. Kanak-kanak sekolah selalu bermain berhampiran kawasan terdapat bahan hitam berminyak yang timbul di permukaan tanah di kawasan berkenaan. Penyakit seperti barah, keguguran, penyakit jantung, leukemia sering menyerang penduduk berkenaan.

11 Bagaimana masyarakat dan sektor perniagaan memberi tindakbalas terhadap krisis persekitaran. Contoh Love Canal. Laporan penduduk terhadap masalah kesihatan-tiada tindakan pihak berkuasa tempatan. Laporan pada wakil kongres dan White House-bersimpati, tiada tindakan, takut menjadi rujukan bagi kes-kes lain. Penglibatan aktres Jane Fonda, aktivis - persidangan akhbar. Tumpuan media-tiada bantahan. Penduduk tahan 2 tebusan, tumpuan media-campur tangan White House janji tindakan kerajaan. Bantuan kewangan supaya penduduk pindah. Masa yang diambil untuk tindakan 6 tahun ( ).

12 Kaedah Mengurus Krisis Persekitaran
Pengurangan (Mitigation):usaha kurangkan kerosakan. Persediaan: usaha untuk tingkatkan keupayaan untuk respon. Respon: aktiviti yang diambil sejurus sebelum, semasa dan selepas kejadian untuk kurangkan kerosakan. Pemulihan (Recovery): aktiviti untuk menstabilkan keadaan dan balik pada keadaan normal.

13 Mitigation (Pengurangan)
Kenalpasti kelemahan/ risiko (e.g. banjir) Ambil langkah bersedia: * respon struktur-bina benteng simen * respon persekitaran-tanam pokok * respon pasif-buat tempat berselindung * respon kajicuaca-pembenihan awan untuk halang hujan berlebihan

14 Persediaan Buat persediaan hadapi bencana:
# tutup saluran minyak/ gas # beli insuran # “backup” # pusat kecemasan Sistem amaran awal # kaedah saintifik untuk ramalan bencana. # beri amaran kepada penduduk supaya berpindah. Pendidikan umum # beri maklumat penting rancangan menghadapi krisis. Cth: minum banyak air, jangan buat aktiviti di luar rumah dll

15 # sebelum krisis beri kesedaran, maklumkan kepada pihak pengurusan.
# bentuk dan kekalkan saluran komunikasi umum: sediakan dan edarkan bahan cetak, buat temubual dengan pegawai pengurusan bencana. # libatkan masyarakat dalam merancang-edar pelan pada orang ramai, latih mereka kenali amaran krisis, beri maklumat jelas. Libatkan media # beri maklumat awal # beri amaran bencana # beri maklumat dan panduan semasa krisis

16 Komunikasi organisasi
# sedia maklumat untuk pekerja dan orang awam panduan hadapi bencana. # latihan untuk pekerja. Latihan untuk tindakan bila berlaku bencana.

17 Respon Peranan media # amaran bencana seterusnya.
# beri maklumat kepada umum tentang tindakan. # media perlu berusaha menyampaikan berita. Masalah menjangka perlakuan pemindahan mangsa # apa tindakan orang ramai bila berlaku krisis? # adakah amaran untuk berpindah diikuti? # adakah pekerja organisasi membantu di pejabat atau balik membantu keluarga? # perlu latih pekerja untuk tentukan tanggungjawab pada organisasi.

18 Kawalan sosial/ undang-undang
# kawalan keselamatan selepas bencana # halang kecurian di pasaraya, masalah sampingan spt. dadah, dsb # libatkan tentera, polis dll

19 Pemulihan (Recovery) Aktiviti untuk stabilkan keadaan dan balik kepada keadaan normal Kawal keadaan dan maklumkan kepada masyarakat organisasi bertindak tegas terhadap aktiviti yang menjejaskan alam sekitar Tegaskan organisasi akan bantu benteras masalah yang timbul Bantu organisasi pulih seperti sedia kala

20 Soalan Ulangkaji Apa yang dimaksudkan krisis persekitaran atau alam sekitar? Terangkan dua kategori krisis alam sekitar. Apakah tindakan yang boleh diambil dalam menangani krisis alam sekitar? Apakah tujuan utama komunikasi semasa krisis alam sekitar? Apakah jenis-jenis komunikasi bercorak pendidikan umum semasa krisis alam sekitar?

21 terima kasih


Download ppt "KRISIS DAN IMPAK KE ATAS PERSEKITARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google