Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Definisi: Perancangan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Definisi: Perancangan"— Transcript presentasi:

1 PERANCANGAN DAN PENGUBALAN DASAR & STRATEGI PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

2 Definisi: Perancangan
Bermaksud perbuatan (tindakan,usaha) merancang sesuatu. Menggubal Bermaksud membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dan lain-lain), membentuk dan mengatur (menyusun). Strategi adalah terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

3 Definisi: Pendidikan teknik dan vokasional
ialah pendidikan yang berbentuk ilmu kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka (Abdul Samad,2004).

4 DASAR-DASAR DAN STRATEGI KERAJAAN
1. Dasar Pendidikan Kebangsaan 2. Laporan Rahman Talib Akta Pelajaran Laporan Kabinet Dasar Pandang Ke Timur 6. Rang Undang-undang Pendidikan Akta Pendidikan 1996

5 1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 Disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961

6 Dasar Pendidikan Kebangsaan (Samb...)
Berlaku perubahan kurikulum di sekolah vokasional pada tahun 1988, peperiksaan SPVM di mansuhkan dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Vokasional mula mengambil peperiksaan (Sijil Pelajaran Malaysia [Vokasional]) SPM(V) yang setaraf dengan peperiksaan (Sijil Pelajaran Malaysia) SPM. Menaikkan taraf sekolah vokasional di seluruh negara menjadi sekolah menengah teknik. Cth: penaikan taraf ini Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang sekali lagi ditukarkan nama menjadi Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang (SMTBL), Pulau Pinang.

7 2. Laporan Rahman Talib 1960 Sistem Pendidikan Anika Jurusan (Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan ) ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Pelaksanaan dalam bidang peperiksaan telah mewujudkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM).

8 3. Akta Pelajaran 1961 Sistem Pendidikan Aneka Jurusan, (seni perusahaan / perdagangan / sains rumah tangga / pertanian). Guru-guru mula dilatih di maktab-maktab perguruan (MPT,MPIK,MPTI) di Sekolah Menengah Vokasional pada tahun 1968.

9 4. Laporan Kabinet 1979 Pendidikan menengah dalam jurusan vokasional.
Pada 11 Mac 1984, seramai 184 orang pelajar tingkatan 4 dari seluruh Semenanjung telah mendaftar diri di sekolah ini. Mata-mata pelajaran vokasional yang ditawarkan ialah Trengkas, Menaip, Simpan Kira, Latihan Perdagangan, dan Commercial English.

10 5. Dasar Pandang Ke Timur Diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato`Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Persidangan 5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA di Hilton Kuala Lumpur pada 8 Februari 1982. Mewujudkan kerjasama di antara Malaysia dengan Jepun dan Republik Korea terutamanya dalam bidang latihan-latihan teknikal dan akademik, ekonomi, perindustrian, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.

11 Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur
Latihan Perindustrian dan Teknikal Program Pengajian Akademik Program Pengajian Teknikal Program Kemajuan Eksekutif Hubungan di antara Institusi-institusi Skim Latihan Pembangunan Usahawan

12 6. RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995
Mempertingkatkan pendidikan sains dan teknologi dengan menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik. Membenarkan politeknik menganjurkan program berkembar dengan IPT bagi program ijazah. Politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan termasuk program pertukaran.

13 7. Akta Pendidikan 1996 Akta ini menggantikan Akta Pelajaran khususnya peruntukan kuasa-kuasa Menteri Pelajaran dan penginstitusian prasekolah. Dan bahagian pendidikan teknik dan vokasional masih kekal sama dengann kandungan yang terdapat dalam Rang Undang-undang Pendidikan 1995.

14 Perancangan dan penggubalan dasar dan strategi PLTV dalam Rancangan Malaysia
Rancangan Malaysia Ke empat (RMK-4: ) Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7 : ( ) Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: )

15 Program Pembangunan Wilayah
Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi Koridor Timur. Setiap kawasan akan dibina kolej komuniti.

16 Rancangan Malaysia Keempat (RMK- 4 : 1981-1985)
Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini adalah sejumlah RM40 ribu juta dan sejumlah 7.6 % drpdnya untuk pelajaran dan latihan. Beri keutamaan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan teknikal dan keusahawanan. Institut Latihan Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti dan kolej telah dipergiatkan

17 Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) : (1996-2000)
Merujuk Bab 4 : Kependudukan, Gunatenaga dan Pembangunan Tenaga dalam profil rancangannya menyatakan; Meningkatkan Sistem Penyampaian Pendidikan dan Kemahiran. Mengorientasi Semula Kecenderungan Masyarakat dan Individu Kepada Pekerjaan Teknikal.

18 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9): (2006-2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pd. 30 Mac 2006 dengan objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” dan bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”.

19 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9): (2006-2010) .... Samb...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) mulai tahun 2005. Sehingga Jun 2008, terdapat 822 buah sekolah telah menawarkan MPV di seluruh negara. Terdapat 18 buah sekolah tidak dapat melaksanakan peluasan MPV kerana masalah penyediaan bengkel pada tahun 2007. Sebanyak 144 bengkel siap dibina, 126 dalam pembinaan dan 30 pada peringkat prabina.

20 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9): (2006-2010).....Samb....
KPM telah memperkenalkan sebanyak 39 kursus mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) yang dilaksanakan di 69 buah sekolah menengah teknik seluruh negara. Mulai tahun 2008, sebanyak 28 kursus MPAV baru telah diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah berkenaan.

21 Kesimpulan Dalam usaha untuk menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program latihan dan pendidikan bidang ini maka, kerjasama yang erat adalah perlu diwujudkan secara konsisten di antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Ini bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional mampu mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita-cita negara kita ke arah menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

22 Sekian, terima kasih…..!!!!


Download ppt "Definisi: Perancangan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google