Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SELAMAT DATANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA UKM : Suatu Imbasan

2 UKM : Suatu Imbasan Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903 Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada Mei 1970. 2

3 UKM : Suatu Imbasan UKM berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai 12 fakulti dan Graduate School of Business (GSB-UKM), dan 14 insititut kecemerlangan penyelidikan. Kampus induk UKM yang mempunyai keluasan 1, hektar terletak di Bangi, Selangor Darul Ehsan, kira-kira 35 kilometer dari Kuala Lumpur. 3

4 UKM : Suatu Imbasan Dalam usia 39 tahun penubuhannya, UKM telah mengeluarkan sejumlah : Graduan Sarjana Muda Sarjana PhD Jumlah 113,975 15,895 1,389 Ini adalah hasil penawaran lebih daripada 103 program prasiswazah dan 170 program pascasiswazah. Peningkatan jumlah pelajar luar negara yang setakat ini berjumlah 2,415 pelajar dari 55 buah negara membuktikan penerimaan global terhadap program dan ekosistem ilmu UKM. 4

5 UKM : Suatu Imbasan Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih tiga dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia pada tahun 2006.  Keunggulan UKM terserlah dengan penempatan institut penyelidikan nasional dan antarabangsa, iaitu Institut Genom Malaysia (GENOMalaysia) dan International Institute of Global Health, United Nations University.  Proses pemantapan bidang penyelidikan disusuli dengan pengwujudan projek-projek tertumpu di bawah lapan (8) nic yang dikenalpasti iaitu Cabaran Membina Negara Bangsa, Pembangunan Lestari Wilayah, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Kesihatan & Perubatan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi & Bahan termaju, Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi dan ICT: Informatik Isian. 5

6 UKM : Suatu Imbasan UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006.  Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengurusan.  Dengan asas yang mantap ini,  UKM melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM (PS2020).  Kini, UKM tampil dengan citra baru melalui garis tanda “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan”.  Garis tanda ini memberi keyakinan kepada warganya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki, tempat memupuk kebolehan, labuhan untuk berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut, kerana di sini mereka disediakan dengan prasarana untuk memiliki masa depan yang gemilang. 6

7 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google