Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Perkembangan Bidang Komunikasi di Malaysia

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Perkembangan Bidang Komunikasi di Malaysia"— Transcript presentasi:

1 Perkembangan Bidang Komunikasi di Malaysia
Penubuhan empat jabatan bidang komunikasi di Malaysia pada tahun 1970an merupakan titik tolak perkembangan bidang ini secara sistematik di Malaysia. Jabatan komunikasi pertama ditubuhkan pada tahun 1970 ialah dia Universiti Sains Malaysia (USM). Ini diikuti oleh Kajian Sebaran Am di Institut Teknologi Mara (ITM) atau sekarang ini Universiti Teknologi Mara pada tahun 1972, Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976, Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) pada tahun 1979.

2 Walaupun di UITM sahaja bidang komunikasi mendapat tempat utama dengan pembentukan 'School of Mass Communication' atau Kajian Sebaran Am, tetapi di universiti lain ia merupakan satu jabatan dalam fakulti yang berbeza. Tenaga pengajar melaksanakan tiga fungsi utama iaitu pengajaran, penyelidikan, dan penulisan. Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM, yang diletakkan di bawah PPPL menerbitkan bahan-bahan penerbitan seperti risalah, majalah serta bahan-bahan pandang dengar (ABM) untuk memyampaikan maklumat pembangunan kepada para petani dan masyarakat di kawasan pembangunan di UPM

3 Ini membuktikan bahawa di UPM penekanan ialah terhadap usaha-usaha membangunkan masyarakat tani yang merupakan pengguna terakhir segala maklumat yang dihasilkan melalui peyelidikan di fakulti-fakulti lain di UPM Jabatan Komunikasi Pembagunan menawarkan kursus kursus sokongan bagi menampung keperluan pelajar Diploma dan Bacelor dari fakulti-fakulti lain di UPM. Kusus bercorak kemahiran bertumpu kepada pengucapan awan dan amalan komunikasi. UPM kami tidak menawarkan program peringkat Bacelor sehingga tahun 1998 dengan penawaran program Bacelor komunikasi.

4 UPM lebih terkenal dengan penawaran program peringkat Sarjana (Masters) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dan dengan bilangan calon yang mengambil kedua-dua program semakin bertambah sejak pengambilan pertama pada tahun 1979 maka bilangan penyelidikan berteraskan komunikasi semakin menigkat dan ini menyumbang kepada perkembangan ilmu komunikasi di Malaysia. Seperti juga perkembangan bidang komunikasi di barat, merekan yang memasuki bidang komunikasi di Malaysia adalah dari bidang-bidang berkaitan seerti sains politik, pendidikan,, pengembangan, sosiologi dan psikologi sosial. Walaubagaimanpun ada juga para sarjana yang mendapatkan pedidikan peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang komunikasi dari universiti-universiti di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

5 Di samping itu ada juga yang mendapat pendidikan di Philipines terutama mereka yang dilatih dalam bidang komunikasi pembangnan. Ini terutamanya bagi mereka yang memasuki Jabatan Komunikasi Pembangunan UPM sekitar 1970an. Sebagai rumusan bolehlah kita katakan bahawa perkembangan bidang komunikasi di Malalaysia amat dipengaruhi oleh apa yang berlaku di Barat kerana pengasas bidang komunikasi juga mendapat pendidikan dan latihan di Barat. Walaubagaimanapun kita dapati bahawa mereka ini tidak mengambil bulat-bulat apa yang dipelajari malahan telah membuat penyesuaian bagi membolehkan bidang ini menjadi secocok dengan nilai dan budaya masayarakat timur.


Download ppt "Perkembangan Bidang Komunikasi di Malaysia"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google