Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FACE TO FACE TWO.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FACE TO FACE TWO."— Transcript presentasi:

1 FACE TO FACE TWO

2 Konsep Membuat Keputusan
Apa beza membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? 1. Membuat keputusan adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah 2. Perlu buat keputusan untuk selesaikan masalah 3. Tidak semua keputusan dapat menyelesaikan masalah, mungkin boleh menambah masalah

3 Konsep Membuat Keputusan (samb.)
4. Dua faktor penting dalam membuat keputusan yang perlu diberi perhatian a. Kualiti keputusan b. Penerimaan keputusan Bagaimana merealisasikan faktor-faktor ini?

4 Konsep Membuat Keputusan (samb.)
Fahami proses membuat keputusan. Membuat keputusan adalah aktiviti seni dan sains kerana memerlukan kreativiti dan satu proses yang sistematik Membuat keputusan melibatkan pertimbangan dan penetapan pilihan daripada alternatif sedia ada.

5 Proses Membuat Keputusan
Menilai situasi semasa: Analisis yang mendalam mengenai situasi Kenal pasti matlamat kumpulan dan alternatif: Matlamat mesti jelas dan difahami oleh ahli kumpulan Kenal pasti kesan positif/negatif setiap alternatif yang ada: Penilaian yang teliti tentang kebaikan dan keburukan alternatif Pilih alternatif terbaik: berdasarkan maklumat yang tepat dan lengkap Kesimpulan munasabah: realistik dan boleh dilaksanakan.

6 Kaedah Membuat Keputusan
Ikut kata pakar dalam kumpulan: berkesan jika ahli berkemahiran tetapi ahli kurang puas kerana masa bincang tidak cukup Ikut kata pakar dalam kumpulan: berkesan jika ahli tidak mempunyai kemahiran dalam isu yang dibincangkan Purata kedudukan dan pengkelasan alternatif: ahli sendiri membuat susunan alternatif sehingga kurang perbincangan dan kurang pemuafakatan

7 Kaedah Membuat Keputusan (samb.)
4. Cara rawak: keputusan dibuat secara rambang tanpa perbincangan terperinci dan sistematik, sesuai untuk situasi terdesak (ikut konteks isu) 5. Suara majoriti: persetujuan ramai selepas perbincangan yang mencukupi, kebanyakan ahli berpuas hati

8 Kaedah Membuat Keputusan (samb.)
6. Kaedah konsensus/banci: andaian semua ahli akur walaupun ada yang membantah dalam senyap. Cth: umumnya kita setuju dengan cadangan tersebut. 7. Ikut kata ketua: ketua buat keputusan secara autokratik berdasarkan input yang diterima dari ahli, lazimnya ahli pasrah dan berdoa agar keputusan itu bermanfaat.

9 Menyelasaikan Masalah dalam Kumpulan Kecil
Konsep Masalah: Wujud bila berlaku keadaan yang tidak diingini Ada jurang antara apa yang berlaku dengan apa yang sepatutnya berlaku Ada keperluan dan hasrat untuk berubah dan mesti berubah Ada perkara yang menghalang kumpulan daripada mencapai obkektifnya.

10 Kategori Masalah Berdasarkan Beebe & Masterson (1994)
1. Masalah Rutin: - masalah yang biasa dan kerap berlaku - perlu diselesaikan segera - sifat masalah diketahui - cara penyelesaiannya mudah dan sedia diketahui

11 2. Masalah Bukan Rutin: - timbul bila sesuatu itu menyimpang dari yang sepatutnya - punca masalah tidak diketahui - memerlukan kaedah penyelesaian masalah untuk mengatasinya

12 3. Masalah Kreatif/Inovatif:
- masalah berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan prestasi sesuatu keadaan atau sistem (pengurusan)

13 Kategori Masalah Berdasarkan VanGundy (1981)
Masalah Berstruktur: Masalah yang mudah dikesan berdasarkan maklumat sedia ada (dapat meramalkan penyelesaiannya) Masalah Tidak Berstruktur: Masalah apabila kumpulan mempunyai kurang maklumat dan ketidakpastian yang tinggi

14 Berdasarkan Baker, Wahler & Watson (1995)
Masalah Fakta: masalah yang memerlukan fakta untuk penyelesaian Masalah Sikap: masalah yang melibatkan pertimbangan nilai Masalah Polisi & Tindakan: Masalah yang dapat diselesaikan melalui perbincangan berperingkat.

15 Proses Penyelesaian Masalah dalam Kumpulan Kecil
1. Mengenalpasti dan mendefinisikan masalah: Apa masalah sebenar? Apa jenis masalah? 2. Analisis Masalah: Gunakan teknik analisis masalah yang sesuai 3. Menjana Alternatif: Gunakan teknik menjana idea – sumbangsaran 4. Memilih Alternatif Penyelesaian: Rujuk pilihan mengikut kriteria (a). kelemahan/kelebihan alternatif (b). Kesan jangka pendek/panjang (c). Timbangkan faktor logistik, kos dan polisi 5. Laksanakan pilihan/keputusan sebagai penyelesaian masalah: (a) keputusan diterima ramai dan boleh dilaksanakan (b) menyatakan sebab keputusan dipilih dan beritahu bagaimana keputusan itu dilaksanakan.

16 LANGKAH-LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH
Mengenalpasti dan mendefinisi masalah Analisis Masalah Menjana Alternatif Memilih Alternatif Penyelesaian Laksanakan Pilihan

17 TEKNIK-TEKNIK ANALISIS MASALAH
Teknik Apa Ia dan Bukannya Teknik Medan Pengaruh Teknik 6 Soalan Wartawan Teknik Analisis 6 Faktor

18 TEKNIK MENJANA ALTERNATIF
Menggunakan teknik SUMBANGSARAN dengan pelbagai kaedah seperti: Kaedah SIL Kaedah Perbandingan Otak Terbelah Kaedah Longgokan Idea Bertulis Kaedah Galeri Kaedah Kumpulan Nominal

19 FORMAT KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL
FORUM PANEL KOLOKIUM SIMPOSIUM/SEMINAR DAN PERSIDANGAN

20 FORUM Bincang isu semasa dan beri penerangan tentang isu semasa
Penganjur dapat pendapat dari audien Melibatkan penceramah, pengerusi sesi dan audien Audien diberi peluang beri pendapat tapi dalam masa yang terhad

21 PANEL Membahaskan isu semasa
Menyedarkan dan memaklumkan tentang isu semasa Melibatkan 4-8 orang pembicara utama, pengerusi sesi dan audien 2 variasi: a. audien terlibat selepas pembentangan panel dan b. audien tidak terlibat dalam masa yang terhad

22 KOLOKIUM Membincangkan masalah semasa yang melibatkan audien
Penyelesaian masalah Melibatkan 3-6 orang pembicara utama, pengerusi sesi dan audien Audien terlibat langsung dalam perbincangan ahli panel (penglibatan tidak terhad)

23 SIMPOSIUM/SEMINAR Menyampaikan maklumat mengenai sesuatu isu atau topik Menghasilkan resolusi dan penerbitan prosiding Melibatkan pembentang kertas kerja, pembahas, pengerusi sesi, pengerusi biasa dan pencatat sesi, audien ramai Audien membaca kertas kerja sebelum/selepas sesi dan ada sesi soaljawab dengan masa yang terhad.

24 PENGURUSAN KONFLIK DALAM KUMPULAN
Definisi Konflik: Konflik berlaku apabila ahli dalam kumpulan tidak bersetuju mengenai dua atau lebih pilihan yang boleh dibuat oleh ahli kumpulan bagi tujuan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan.

25 JENIS-JENIS KONFLIK Konflik Pseudo/Palsu Konflik Mudah Konflik Ego

26 KONFLIK PSEUDO Konflik yang berlaku akibat salahfaham terhadap persepsi atau tanggapan individu mengenai masalah

27 KONFLIK MUDAH Konflik yang berlaku akibat ketidaksetujuan individu dalam kumpulan mengenai arah tindakan yang perlu dilaksanakan Dua perlakuan yang berbeza akibat pandangan yang berbeza.

28 KONFLIK EGO Konflik yang berlaku akibat individu mempertahankan ego, kepercayaan dan keyakinan masing-masing dengan menimbulkan isu peribadi dan bukannnya masalah yang mahu diselesaikan

29 STRATEGI PENGURUSAN KONFLIK
Bentuk sikap positif terhadap konflik Wujudkan ruang untuk berkomunikasi Pentingkan ketepatan semasa berkomunikasi Buat pertimbangan yang saksama Amalkan kaedah penyelesaian masalah

30 KAEDAH MEREDAKAN KONFLIK
Dominasi Berkompromi Integrasi Mengelak Mengalah


Download ppt "FACE TO FACE TWO."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google