Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn"— Transcript presentasi:

1 Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
Kaedah dan Teknik Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn

2 OBJEKTIF PENGAJARAN Objektif pengajaran:
adalah pernyataan yang menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." (Bloom, B.S. 1956) adalah pengajaran adalah suatu pernyataan yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat dikuasai oleh murid-murid pada akhir pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar.

3 KAEDAH MENGAJAR Kaedah mengajar adalah merupakan satu prosedur yang diamalkan oleh seorang guru secara sistematik dan teratur untuk melaksanakan sesuatu pelajaran dan mencapai objektifnya.

4 TEKNIK PENGAJARAN Teknik pelajaran adalah merupakan satu strategi pelaksanaan yang dirancangkan oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya.

5 TEKNIK PENGAJARAN Penggunaan pelbagai gaya dan teknik pengajaran adalah penting kerana tidak semua perkara dapat dibincangkan dengan menggunakan pendekatan yang sama. Beberapa jenis teknik-teknik pengajaran yang boleh diamalkan oleh guru dalam penyampaian pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah Demonstrasi, Ceramah, Perbincangan, Sumbangsaran, Lakonan, Projek, Lawatan, Bercerita, Nyanyian, Teknik dan Penyelesaian Masalah

6 KEPENTINGAN KAEDAH DAN TEKNIK
Menurut Gagne, Briggs & Wager (1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran, iaitu: (i) menarik perhatian (ii) menyatakan objektif pelajaran (iii) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas (iv) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar (v) memberikan bimbingan (vi) tugasan dan soalan (vii) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar (viii) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar

7 GAYA PENGAJARAN Gaya Langsung Berdasarkan Teori Pembelajaran
Tingkah laku (Behavioristic). Lebih berpusatkan kepada guru. (Guru buat semua atau sebahagian besar keputusan - Apa? Bagaimana? dan Bila?‘) Guru dianggap mempunyai pengetahuan terhadap pergerakan/kemahiran yang bakal dilakukan dan mengetahui cara-cara yang betul.

8 GAYA PENGAJARAN Gaya Tidak Langsung Berdasarkan Teori
Pembelajaran Kognitif. Berpusatkan murid berdasarkan kpd falsafah bahawa seseorang individu mampu mencapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.

9 KEPELBAGAIAN KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
Projek - Projek adalah satu teknik pembelajaran yang memerlukan murid-murid mengaplikasikan kemahirannya dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. - Melibatkan murid-murid secara individu atau berkumpulan dalam sesuatu situasi pembelajaran. - Memberi peluang kepada murid-murid memperolehi pengalaman pembelajaran secara langsung dan penglibatan dirinya secara aktif. - Menggalakkan murid-murid menggunakan dan memantapkan kemahiran belajarnya.

10 KEPELBAGAIAN KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
(ii) Seminar/Ceramah Garis panduan kaedah ceramah adalah: • Peringkat umur dan tahap kefahaman murid. • Penggunaan alat bantu mengajar yg sesuai & menarik (slaid, gambar, carta, pita video). • Peruntukan masa yg sesuai supaya tidak membebankan konsentrasi murid. • Guna bahasa yg dapat difahami murid dan contoh yang berkait dgn pengalaman • Keselesaan murid diberi perhatian. • Peluang penyertaan (sesi soal-jawab) • Soalan-soalan yg boleh bantu menajamkan daya pemikiran murid- murid.

11 KEPELBAGAIAN KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
(iii) Persembahan/Lakonan Kaedah pengajaran ini melibatkan murid-murid yang terpilih melakukan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi yang berkait dengan tajuk pelajar yang hendak disampaikan oleh guru. Situasi untuk main peranan boleh berbentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Perancangan awal diadakan di mana peranan `pelakon' dibincangkan dengan murid-murid yang terbabit

12 KEPELBAGAIAN KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
(iv) Simulasi Satu situasi yg diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yg perlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri. Pelajar dapat guna kemahiran belajar (kumpul maklumat, temuramah dan catat isi penting. Pelajar digalakan untuk beri pendapat, cadangan, buat keputusan dan penyelesaian masalah berdasarkan peranan. Peluang kpd pelajar alami sendiri situasi dan masalah. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan (kemahiran lisan, membaca, menulis) Dapat ujudkan pelabagi aktiviti menarik yg menjadi sumber motivasi kpd pelajar.

13 KAEDAH DAN TEKNIK DALAM BILIK DARJAH
(a) Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Melalui teknik murid mendapat: (i) Kembangkan kecekapan berkomunikasi dgn berkesan; (ii) Berfikir dgn pantas dan melahirkan buah fikiran dgn tepat dan teratur; (iii) Kuasai kemahiran berbahasa dgn menggunakan struktur ayat yg betul dan laras bahasa yang sesuai; (iv) Kemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif; (v) Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.

14 KAEDAH DAN TEKNIK DALAM BILIK DARJAH
(b) Demonstrasi - Kaedah ini merupakan cara pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali dijalankan di hadapan murid-murid. - Demonstrasi diamalkan adalah untuk menerangkan isi pelajaran kepada murid supaya mereka akan lebih faham apa yang mereka cuba pelajari. - Kaedah ini melibatkan pembelajaran melalui pelbagai deria iaitu deria pendengaran, penglihatan dan pengamatan yang lebih tajam.

15 KAEDAH DAN TEKNIK DALAM BILIK DARJAH
(c) Perbincangan - Merupakan teknik pembelajaran yg menggalakkan murid-murid bertukar- tukar fikiran sambil berkongsi maklumat tentang sesuatu tajuk pelajaran yg diperbincangkan. - Kaedah perbincangan adalah satu kaedah di mana kelas dibahagikan kpd kumpulan kecil untuk menjalankan tugasannya. - Tiap kumpulan pilih seorang pengerusi, pencatat dan pelapor. Guru sebagai fasilitator dan buat rumusan muktamad setelah wakil-wakil kumpulan bentangkan rumusan atau laporan.

16 KAEDAH DAN TEKNIK DALAM BILIK DARJAH
(d) Sumbangsaran Dikenali juga sbg percambahan fikiran. Ciri-ciri utama sumbangsaran adalah: Murid bebas beri pandangan dan kuantiti idea (ii) Kritikan terhadap idea yg tidak dibenarkan. (iii) Penelitian dan penilaian setiap idea dibuat di peringkat akhir. (iv) Idea yg paling sesuai dijadikan hasil perbincangan. Rumusan kumpulan dibentangkan wakil kumpulan kpd kelas. (vi) Guru bantu kumpulan buat rumusan atau menghalusi hasil perbincangan.

17 KAEDAH DAN TEKNIK DALAM BILIK DARJAH
(e) Penyelesaian Masalah Kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: (i) Kenal pasti dan faham masalah. (ii) Jelaskan masalah. (ii) Cari alternatif penyelesaian masalah. (iv) Lakukan operasi penyelesaian. (v) Nilaikan penyelesaian.

18 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google